Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, January 4, 2016

Tempat Makan Best|Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang

Entri kali ini kitaorang nak kongsikan pengalaman mencuba satu lagi nasi kandar yang agak terkenal oleh penduduk sekitar di Georgetown, Pulau Pinang..Sebut sahaja restoran nasi kandar di Pulau Pinang sememangnya semua lauknya berasaskan kari. Yang semestinya kuah kari yang pekat dan melekat..Dan setiap kali sebut saja restoran nasi kandar, ia memerlukan kesabaran untuk beratur panjang bagi mendapatkan sepinggan nasi kandar. Restoran yang kitaorang maksudkan adalah Restoran Hameediyah Nasi Kandar.

Lokasi Restoran Hameediyah ni terletak di Lebuh Campbell, Georgetown Pulau Pinang


Jika anda berkereta untuk ke sini, sila perlahankan kenderaan anda ya..sebab restoran ni terselit di antara deretan kedai yang lain dan keluasannya agak terhad berbanding kedai yang lain...paling mudah kitaorang sarankan, korang parking kereta kat tempat parking yang berdekatan dan pastu berjalan untuk ke Restoran Hameediyah ni.

 Deretan kedai di sepanjang Lebuh Campbell


Bersabarlah walau ketika hendak makan..kena  beratur panjang lagi untuk mendapatkan nasi kandar ni...siap ada signboard "Please Q-Up"..Haha...Pengalaman kitaorang untuk restoran nasi kandar yang sedap dan terkenal macam ni, memang ramai pengunjung samada pengunjung luar ataupun dari pulau Pinang sendiri. Makanya kena beratur panajang dan tunggu giliran untuk memilih lauk..Korang boleh lihat entri ni berdasarkan pengalaman kitaorang di (Restoran Deen Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang) dan (Nasi Kandar Line Clear)

 Kalau pergi ramai-ramai anda boleh bahagikan tugas, Siapa yang perlu beratur, siapa yang perlu cari dan "cop" tempat makan. Cepatlah sikit kan, kalau tidak, dah ada makanan pun belum tentu anda dah boleh mula makan!


Selain nasi kandar, Restoran Hameediyah turut menjual pelbagai jenis murtabak seperti murtabak kambing, ayam, daging, sayur, udang, jumbo dan campur. Pelbagai jenis Nasi Beriyani juga ada dijual disini.

Senarai harga makanan di Restoran Hameediyah Nasi Kandar


Kandar yang dipamerkan dalam restoran

 Pelbagai jenis lauk berasaskan kari...

 Kali ini kami mencuba nasi kandar berlauk sotong. 


Restoran Hameediyah Nasi Kandar memang sedap dan terbaik!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno