Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, February 29, 2016

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor

Nampaknya pasaran hotel di Malaysia sudah mula mengorak langkah ke arah mewujudkan hotel yang unik dan pelik tetapi selesa untuk didiami malah menarik perhatian untuk tujuan pelancongan. Selain bas yang yurut dijadikan hotel dimana entri mengenai itu pernah saya tulis disini--> Bustel Melaka, baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi untuk merasai pengalaman bermalam di dalam kontena yang telah diubah suai menjadi sebuah penginapan (hotel).

Macam manalah agaknya tidur dalam kontena ye?

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Dari luar, Hotel Kontena yang terletak di Muar ini kelihatan menarik untuk dijadikan tempat singgah bermalam kepada sesiapa sahaja jika bertandang ke Bandar Muar...

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Kontena-kontena disusun secara bertindih sehingga membentuk 3 bangunan tingkat...

Lokasi Hotel Pelik & Unik Malaysia| Hotel Kontena Muar Johor


 Muar juga turut dikenali sebagai Bandar Maharani @ Bandar Diraja dan sebagai salah satu daerah di utara negeri Johor serta bersempadan dengan Negeri Melaka. Salah satu mercu tanda Bandar Muar ini ini adalah replika Mahkota Diraja Johor yang terletak di salah satu bulatan di tangah-tengah bandar Muar ini.

 Hotel Kontena (Container Hotel) yang terletak di Muar, Johor ini terletak di alamat seperti berikut:

PPT Muar Hotel (Container Hotel)
Alamat:
41-3, Jalan Bakri
84000 Muar, Johor. 
Tel. No.: 06 - 953 9999   
Fax No.: 06 - 952 3377
Website: www.pptmuarhotel.com


Anda perlu mencari hotel yang dipanggil PPT Muar Hotel. Kalau guna waze, maka search PPT Muar Hotel sebab Hotel Kontena ni merupakan salah satu hotel baru bagi PPT Muar Hotel. Pengurusan kedua-dua buah hotel ini adalah sama.


PPT Muar Hotel dan Hotel Kontena Muar atau Container Hotel Muar terletak bersebelahan dalam satu kawasan yang sama sahaja.Al-maklum, sebab kedua-dua pengurusan hotel ini terletak dibawah pengurusan yang sama.

Persekitaran Luar Hotel Kontena Muar

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Perkarangan Hotel Kontena

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Pandangan tepi Hotel Kontena Muar

Susun Atur Bilik & Kemudahan di Hotel Kontena Muar


Bilik-bilik yang asalnya merupakan kontena ini di sini disusun secara sistematik dan kemas

Satu kontena = satu bilik

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Terdapat tangga utama yang menghubungkan setiap satu tingkat di Hotel Kontena. Tangga di Tingkat 2 dan 3 pula bercabang ke kiri dan kanan bahagian Hotel Kontena


Hiasan dalaman hotel juga menarik dan kebersihan hotel memang terbaik. Bagi setiap 2 buah kontena, terdapat satu mesin penapis air bagi memudahkan pengunjung mendapatkan bekalan air bersih. Pada setiap tingkat juga terdapat telefon awam yang boleh digunakan untuk berhubung dengan bahagian pengurusan hotel. 

p/s: Saya guna telefon ni untuk request sterika

Untuk pengetahuan anda, Hotel Kontena Muar ini berkongsi receptionist dan servis pengurusan hotel yang sama dengan PPT Hotel Muar. Maksudnya di sini, ketika anda ingin mendaftar untuk menginap di hotel ini, anda perlu berurusan di bahagian penyambut tetamu di PPT Hotel.

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Pandangan atas/bumbung dalam Hotel Kontena ini pula dihiasi dengan lukisan awan yang nampak seolah-olah awan yang sebenar dan seolah-olahnya kontena ini berada di luar...

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Anda akan dapati ada pelbagai jenis kontena dalam hotel ni..

Rekaan Dalaman Bilik di Hotel Kontena Muar 

Mesti anda tertanya-tanya dan tidak sabar untuk melihat rekaan dalaman bilik di Hotel Kontena ni kan? Yelah,untuk bermalam walaupun sehari, keselesaan adalah perkara penting yang wajib diambil perhatian sebelum memilih sesuatu hotel.
 
Bilik kami Kontena B201..

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Ok tak? Ada nampak macam kontena tak? Nampak macam hotel biasa je kan?

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
Ok, side lagi satu ni dah start nampak kontena sebab bilik kami merupakan bilik yang paling hujung

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor

Dinding tandas adalah dinding kontena yang asal. Waktu mandi kalau ada orang berdiri di luar memang boleh dengarlah bunyi korang mandi. Macam mana saya tahu? Sebab masa Cik Lan mandi, kebetulan saya keluar bilik ambil air dari penapis air, so dengarlah Cik Lan bercakap sorang-sorang dalam bilik air. Haha

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor

Tapi katil dan tilam memang selesa. Standard hotel biasalah..cuma ruang untuk bergerak tu agak terbatas sedikit. Walau bagaimanapun Hotel Kontena Muar ini agak sedikit luas berbanding Bustel di Melaka.


Kami memilih bilik yang dilengkapi dengan balkoni. So, bolehlah kalau nak ambil angin luar sambil tengok pemandangan Bandar Muar. Bilik yang ada balkoni kalau tak silap dikenakan ekstra charge.

Suasana Malam di Hotel Kontena Muar Johor

Hotel Unik dan Pelik di Malaysia|Hotel Kontena Muar Johor | Container Hotel Muar Johor
colourful....


Suatu pengalaman yang menarik dan lari dari kebiasaan menginap di hotel-hotel biasa. Hotel yang lain dari yang lain ini juga kadangkala kosnya sedikit rendah berbanding hotel biasa. Contohnya seperti hotel kontena ni, satu malam bayaran yang dikenakan adalah RM130. 

Bagi saya, tahap keselesaan di Hotel Kontena Muar ini masih di paras yang memuaskan cuma anda perlu tahan telinga sedikit ketika hujan. Bunyi hujan yang jatuh di atas zink kontena itu sedikit merimaskan. Haha.

Diharapkan semoga pada waktu akan datang terdapat banyak lagi hotel unik dan pelik yang akan dibina di Malaysia supaya kami boleh cuba lagi dan cerita kepada anda! Selamat mencuba dan merasai pengalaman menarik menginap di Hotel Kontena Muar!

Wednesday, February 24, 2016

Hargai Pasangan Selagi Dia Masih Ada

Jodoh,pertemuan dan ajal semuanya telah tersurat di tangan Tuhan. Siapa kita untuk membantah dan menidakkan kuasa-Nya. Terkadang mungkin kita terasa, "Mengapa aku ditemukan dan dijodohkan dengan dia? Mengapa kami dipertemukan dengan cara yang sedemikian rupa? Suratan atau kebetulan?

Percaya dan yakinlah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Percayalah sesungguhnya jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Pasti ada kelebihan dirinya yang dapat menampal kelemahan diri kita. Sebaiknya, syukur dan sentiasa menerima pasangan kita seadanya. Kurang atau lebihnya dia,terimalah. Sebagaimana dia boleh menerima baik dan buruk rupa diri kita sama ada luaran atau dalaman, begitu juga kita harus menerima mereka tanpa syarat.

Ya, selagi kita masih punya nyawa. Selagi nafas ini masih lagi berfungsi normal, hargailah pasangan kita. Apatah lagi jika sudah beranak-pinak. Lebih banyak masa suka, duka, juga pengalaman hidup pahit dan manis yang telah ditempuhi. Mungkin ianya pahit, tidak seindah dan semanis orang lain. Tapi yakinlah itulah yang terbaik untuk kita. Suatu ketentuan yang telah terlebih awal ditulis-Nya di Luh Mahfuz, suatu tempat yang kekal tersimpan rahsianya sampai bila-bila.

Tatkala terasa diri terlalu dihantui persoalan "Mengapa".Mengapa dia tidak begitu? Kulihat pasangan lain begitu intim berkasih sayang. Post-post mesra mereka di Facebook, gambar-gambar melancong serata dunia. Aku tidak seperti mereka. Stop! Hentikan perasaan sedemikian rupa. Jangan pernah cemburu dan iri hati, jangan pernah rasa alangkah baik jika aku dapat jadi seperti itu. Itu rezeki mereka. Biarkan, lepaskan. Sekali lagi, percaya dan yakinlah bahawa apa yang kita ada hari ini adalah rezeki terbaik dari Pencipta Yang Maha Kuasa. Barangkali ada insan lain pula yang cemburu dengan kejayaan dan rezeki kita.

Hayatilah Firman-Nya:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui
(Al-Baqarah: 216)

Ingatlah, kita merancang. Allah jua merancang. Tetapi, perancangan-Nya adalah perancangan yang terbaik di setiap waktu dan ketika selama-lamanya.

                                 

Tuesday, February 23, 2016

Tempat Makan Best Muar| A Class Otak-Otak | Otak-Otak Muar

Kalau di Johor Bahru, otak-otak yang famous ialah Otak-otak Kempas tapi di Muar lain pula otak-otak yang sedap dan famousnya iaitu otak-otak A Class. Macam mana kami tahu kewujudan otak-otak Muar ni? 

Alkisahnya begini; Suatu hari setelah sampai seruan dari Illahi, maka bernikahlah seorang sepupu yang bernama Syubhi atau lebih dikenali sebagai Bihi. Pemuda yang kacak dan bergaya ini telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan gadis kelahiran Muar. Maka sambil menghantar rombongan pengantin, maka sambil kami berjalan-jalan mencari juadah istimewa yang bakal menjadi rezeki Sang Perut pada waktu tersebut.

Haha..Sekian cerita penglipur lara!

Senarai Tempat Makan Best di Muar....

Dijadikan cerita, ketika kami bersarapan pagi di Restoran R&H Satay Maharani, cashier kedai tersebut memberikan suatu tanda buku yang dipenuhi dengan senarai tempat makan best, sedap dan wajib cuba di Muar Bandar Maharani.

Boleh rujuk gambar di atas untuk senarai tempat makan best di Muar. Ada banyak kedai dan tempat makan sedap yang disenaraikan. Kami sempat mencuba beberapa buah sahaja dan salah satu daripadanya ialah Otak-otak A-Class ataupun A Class Otak-Otak Products. Gerai Otak-Otak A-Class ni berkonsepkan cafe santai yang menjual minuman ringan seperti air tin dan menu utamanya adalah otak-otak dari pelbagai jenis dan rasa.

A Class Otak-Otak @ Otak-Otak A Class...semestinya Halal...hehe

Ini dia Cafe Otak-Otak A Class yang pernah mendapat liputan sebuah rancangan di televisyen. Ianya juga mendapat kelulusan dan pengiktirafan Halal dari JAKIM.

Lokasi Otak-Otak A Class, Muar


Lokasi Otak-Otak A Class, Muar terletak di Jalan Bentayan, Muar Johor. Boleh rujuk alamat di bawah:


Premis Otak-Otak A Class terletak di deretan kedai yang paling hujung. Ada replika otak-otak besar di papan tanda kedai (rujuk gambar di atas)

Bahagian luar kedai dijadikan tempat membakar otak-otak, manakala bahagian dalamnya pula dilengkapi pendingin hawa dan disediakan tempat untuk makan

P/S: Jika anda berkunjung ke sini, sila jangan confius ye. Pekerja di Otak-otak A Class terdiri dari pelbagai bangsa. Sewaktu kami di sana, yang membakar otak-otak adalah pekerja berbangsa India, pelayan berbangsa Melayu, manakala terdapat 2 atau 3 orang pekerja lelaki berbangsa Cina yang keluar masuk menguruskan stok.

Mengikut penduduk setempat berbangsa Melayu yang kami jumpa, premis dan perniagaan ini sememangnya Halal kerana yang membuat otak-otak itu sendiri adalah orang Islam. Cuma, marketing strategi dan publisiti sahaja diuruskan oleh Non-Muslim. Malah kedai ni mendapat pengesahan Halal dari JAKIM. Dipamerkan juga sijil Halal di kaunter depan dalam kedai.

Jenis Otak-Otak A Class

Memang rambang mata ketika mahu memilih pelbagai jenis otak-otak yang patut dicuba kerana ada pelbagai perisa otak-otak. Antaranya seperti otak-otak ikan, lala, ketam dan udang. Mereka bukan hanya menjual otak-otak yang dibungkus di dalam daun. Malah, otak-otak sejuk beku juga turut terdapat di sini.

Otak-otak sejuk beku dan daun yang terdapat di dalam stok peti sejuk mereka

Pelbagai jenis otak-otak yang dijual

Senarai otak-otak yang mereka jual disediakan dalam bentuk pamplete yang mudah untuk dibaca dan bergambar


Pamplete ini juga menerangkan asal-usul kewujudan otak-otak. Menurut pamplet ini, otak-otak berasal dari Sumatera Indonesia kerana disana penduduknya ramai menjalankan kegiatan perikanan. Maka disebabkan itu mereka sangat kreatif dalam menyediakan menu ikan dalam masakan seharian mereka.

Otak-Otak A Class Yang Kami Cuba

Di sini kami sempat mencuba 3 jenis otak-otak antaranya otak-otak ikan, lala dan udang. Rasa otak-otak A Class ini sangat berbeza dari otak-otak yang selalu kita makan di tempat lain. Ianya sangat kaya dengan isi. Maksud saya, jika otak-otak itu ialah otak-otak ikan, maka terasa sangat ikannya. Jika otak-otak itu adalah udang, maka terasa udangnya.

Apa yang saya boleh komen, rasanya bukan seperti Otak-otak Kempas atau otak-otak lain yang biasa terdapat di kedai.

Setiap otak-otak ditanda dengan pelekat yang menggambarkan isi otak-otak tersebut

Memang puas makan otak-otak hari tu. Terima kasih Cik Lan belanja otak-otak! Hehe

Damialah yang paling happy sebab otak-otak favourite dia

Isi Otak-Otak A Class

Memang sedap dan puas kami makan Otak-otak A Class. Terbaik!

Harga pula tidak jauh berbeza dari harga jualan otak-otak di tempat lain. Cuma otak-otak ketam je mahal sikit. Boleh rujuk senarai harga di bawah:

Otak-otak Ikan =RM 0.75
Otak-otak Lala =RM 0.85
Otak-otak Udang =RM 0.85
Otak-otak Ketam =RM 1.70

Apapun, jika anda penggemar kental otak-otak, Restoran Otak-otak A Class yang terletak di Muar Johor ini merupakan suatu destinasi tempat makan best dan sedap yang patut anda kunjungi ketika berada di Muar.

Tuesday, February 16, 2016

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

Jika disebut menu nasi dagang pastinya kita terbayang nasi berhalba beserta kari ikan tongkol. Nasi dagang sememangnya terkenal sebagai makanan tarikan utama dari pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Tetapi entri kali ini adalah nasi dagang yang terletak diutara semenanjung Malaysia dan terletak di pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi.

Nasi Dagang Pak Malau; Namanya sahaja sudah membuatkan hati tertarik dan fikiran melayang-layang membayangkan rupa Pak Malau yang namanya sering disebut dalam pantun filem melayu klasik.

"Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu"

Barangkali disebabkan nama keramat tersebut, gerai Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Langkawi ini menjadi perhatian ramai pengunjung dan mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri.

Konsep Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Gerai Nasi Dagang Pak Malau ini mempunyai konsep Melayu klasik lama ala-ala nama Pak Malau juga. Kebetulan, sewaktu kami hadir pemilik kedai yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Malau turut berada di situ. 

Gaya pakaiannya tidak ubah seperti watak Pak Pandir yang sering digambarkan oleh penulis buku cerita kanak-kanak--> seorang lelaki yang berkain pelekat, berbaju t-shirt putih, bertali pinggang hijau besar, berkopiah putih serta berjanggut agak panjang dalam lingkungan usia 60-an.

Rupa-rupanya akhbar Utusan juga pernah membuat liputan mengenai Gerai Nasi Dagang Pak Malau ini. Patutlah, pengunjung sentiasa ramai, telah mendapat publisiti media rupa-rupanya. Boleh baca akhbar Utusan DISINI-Nasi Dagang Pak Malau.

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

Bersebelahan dengan Gerai Nasi Dagang Pak Malau turut disediakan homestay yang diberi nama Teratak Pak Malau yang boleh disewa untuk bermalam kepada pelawat. Gerai dan homestay ini terletak betul-betul di kawasan sawah padi yang berlatar belakangkan kawasan Gunung Raya. 

Konsep gerai Nasi Dagang Pak Malau ni juga bercirikan melayu tradisional. Jika dilihat ruang makan di dalam gerai dan susun atur kerusi juga meja kayunya, akan mengingatkan kita pada drama Melayu lama ketika zaman pendekar.

p/s: Drama berunsur pendekar yang boleh terbang dan melompat tinggi sekarang dah takde. Masa saya kecik dulu selalu tengok drama pendekar. Korang pernah tengok ke?

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Di sekitar Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Homestay yang terletak bersebelahan dengan Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Lokasi Nasi Dagang Pak Malau Langkawi


Nasi dagang Pak Malau terletak di :

Jalan Makam Mahsuri,
Pulau Langkawi Kedah. 


Untuk mempermudahkan pencarian Gerai Nasi Dagang Pak Malau ni, anda boleh cari saja lokasi ke Makam Mahsuri. Ini kerana Gerai Nasi Dagang Pak Malau ni terletak di Jalan Makam Mahsuri.

Bagi saya yang sekali-sekala sampai di Langkawi ni, guna waze je senang. Tak payah pening-pening dan terpusing-pusing. Haha. Sekarang kan dah banyak Apps canggih di telefon. Manfaatkanlah sebaik mungkin ye..


Nasi Dagang Pak Malau mempunyai pilihan hidangan yang tersendiri seperti kambing kurma, ikan / ayam gulai, daging kerutub dan ayam goreng berempah dengan harga berpatutan. Senarai harga  untuk set Nasi Dagang Pak Malau:

Kambing Kurma = RM14.00
Ikan / Ayam Gulai = RM7.00
Daging Kerutub = RM8.00
Ayam goreng berempah = RM8.00

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Suasana dalam Gerai Pak Malau dengan cara susunan yang unik dan tersendiri seperti dalam filem melayu lama..ala-ala melayu tradisional..


Menu Hidangan Nasi Dagang Pak Malau Langkawi


Nasi Dagang Pak Malau ini boleh dimakan dengan pilihan hidangan seperti Kambing Kurma, Ikan/Ayam Gulai, daging kerutub dan ayam goreng berempah.

Kami hanya memilih hidangan ikan gulai dan daging gulai untuk dimakan bersama nasi dagang.

Korang tahu tak Gulai tu apa? Gulai = Kari ye..

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
 ~ Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Tongkol ~

 ~ Nasi Dagang bersama Gulai Daging Lembu ~

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

 Memang seronok dapat makan dengan sausana berlatar belakangkan sawah padi yang menguning beserta angin yang sepoi-sepoi bahasa disertakan pula dengan burung burung sawah yang beterbangan...suasananya memang tenang dan mengujakan kepada tetamu pelanggan
Nasi Dagang Pak Malau ni...

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau 
Hidangan nasi dagang beserta kuah gulai (kuah kari) yang memang teramatlah sedap. Kualiti beras yang baik (seperti pulut) serta nasi dagang beraromakan halba (sejenis herba), memang tip top..malah kuah karinya juga pekat dan berasa.

Memang sedap. Serius! Maknanya gerai Nasi Dagang Pak Malau ni menjadi tumpuan ramai pengunjung bukan hanya kerana namanya yang unik, malah masakannya juga sedap dan harga yang berpatutan. 

Jika singgah ke Langkawi, jangan lupa singgah makan Nasi Dagang Pak Malau ye, memang sebuah tempat makan best dan sedap di Langkawi yang patut anda kunjungi dan cuba.

Thursday, February 4, 2016

Coffee on Table Penang

Anda pernah tengok kopi 3D yang dalamnya ada kucing?
Err...ada ke? Kalau ada, di mana nak dapatkan kopi tersebut?

Kedai kopi istimewa yang saya dimaksudkan ni terletak di Georgetown Pulau Pinang. Tapi bukanlah kucing betul yang duduk dalam kopi tu. Kucing tersebut sebenarnya adalah 3D Latte Art yang dibuat khas oleh barista yang berkemahiran tinggi...Kucing 3D ni macam foam atau buih sabun...hehe

Tak tahu 3D Latte Art tu apa? Jom tengok gambar...


Pintu masuk Coffee on Table Cafe

Lokasi Coffee on Table Cafe

Alamat lengkap:

Coffee on Table Cafe
No. 164, Lebuh Pantai
10200 Georgetown Penang

Seni 3D Coffee on Table Cafe

Tada!! inilah dia kucing yang saya maksudkan tu. Comel kan? Seolah-olah kucing tu tengah berenang..



Corak 3D yang comel ni boleh dilakukan di atas kopi yang panas atau sejuk.
Malah jenis kopinya bergantung kepada peminat kopi..boleh order Mocha, Latte, Cappucino dll...seni 3D tu dikira sebagai hiasan tambahan jer...
"Mia tak naklah minumlah kopi ni, mama. Kesian kucing tu.."
Selamat mencuba!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno