Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 23, 2016

Tempat Makan Best Muar| A Class Otak-Otak | Otak-Otak Muar

Kalau di Johor Bahru, otak-otak yang famous ialah Otak-otak Kempas tapi di Muar lain pula otak-otak yang sedap dan famousnya iaitu otak-otak A Class. Macam mana kami tahu kewujudan otak-otak Muar ni? 

Alkisahnya begini; Suatu hari setelah sampai seruan dari Illahi, maka bernikahlah seorang sepupu yang bernama Syubhi atau lebih dikenali sebagai Bihi. Pemuda yang kacak dan bergaya ini telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan gadis kelahiran Muar. Maka sambil menghantar rombongan pengantin, maka sambil kami berjalan-jalan mencari juadah istimewa yang bakal menjadi rezeki Sang Perut pada waktu tersebut.

Haha..Sekian cerita penglipur lara!

Senarai Tempat Makan Best di Muar....

Dijadikan cerita, ketika kami bersarapan pagi di Restoran R&H Satay Maharani, cashier kedai tersebut memberikan suatu tanda buku yang dipenuhi dengan senarai tempat makan best, sedap dan wajib cuba di Muar Bandar Maharani.

Boleh rujuk gambar di atas untuk senarai tempat makan best di Muar. Ada banyak kedai dan tempat makan sedap yang disenaraikan. Kami sempat mencuba beberapa buah sahaja dan salah satu daripadanya ialah Otak-otak A-Class ataupun A Class Otak-Otak Products. Gerai Otak-Otak A-Class ni berkonsepkan cafe santai yang menjual minuman ringan seperti air tin dan menu utamanya adalah otak-otak dari pelbagai jenis dan rasa.

A Class Otak-Otak @ Otak-Otak A Class...semestinya Halal...hehe

Ini dia Cafe Otak-Otak A Class yang pernah mendapat liputan sebuah rancangan di televisyen. Ianya juga mendapat kelulusan dan pengiktirafan Halal dari JAKIM.

Lokasi Otak-Otak A Class, Muar


Lokasi Otak-Otak A Class, Muar terletak di Jalan Bentayan, Muar Johor. Boleh rujuk alamat di bawah:


Premis Otak-Otak A Class terletak di deretan kedai yang paling hujung. Ada replika otak-otak besar di papan tanda kedai (rujuk gambar di atas)

Bahagian luar kedai dijadikan tempat membakar otak-otak, manakala bahagian dalamnya pula dilengkapi pendingin hawa dan disediakan tempat untuk makan

P/S: Jika anda berkunjung ke sini, sila jangan confius ye. Pekerja di Otak-otak A Class terdiri dari pelbagai bangsa. Sewaktu kami di sana, yang membakar otak-otak adalah pekerja berbangsa India, pelayan berbangsa Melayu, manakala terdapat 2 atau 3 orang pekerja lelaki berbangsa Cina yang keluar masuk menguruskan stok.

Mengikut penduduk setempat berbangsa Melayu yang kami jumpa, premis dan perniagaan ini sememangnya Halal kerana yang membuat otak-otak itu sendiri adalah orang Islam. Cuma, marketing strategi dan publisiti sahaja diuruskan oleh Non-Muslim. Malah kedai ni mendapat pengesahan Halal dari JAKIM. Dipamerkan juga sijil Halal di kaunter depan dalam kedai.

Jenis Otak-Otak A Class

Memang rambang mata ketika mahu memilih pelbagai jenis otak-otak yang patut dicuba kerana ada pelbagai perisa otak-otak. Antaranya seperti otak-otak ikan, lala, ketam dan udang. Mereka bukan hanya menjual otak-otak yang dibungkus di dalam daun. Malah, otak-otak sejuk beku juga turut terdapat di sini.

Otak-otak sejuk beku dan daun yang terdapat di dalam stok peti sejuk mereka

Pelbagai jenis otak-otak yang dijual

Senarai otak-otak yang mereka jual disediakan dalam bentuk pamplete yang mudah untuk dibaca dan bergambar


Pamplete ini juga menerangkan asal-usul kewujudan otak-otak. Menurut pamplet ini, otak-otak berasal dari Sumatera Indonesia kerana disana penduduknya ramai menjalankan kegiatan perikanan. Maka disebabkan itu mereka sangat kreatif dalam menyediakan menu ikan dalam masakan seharian mereka.

Otak-Otak A Class Yang Kami Cuba

Di sini kami sempat mencuba 3 jenis otak-otak antaranya otak-otak ikan, lala dan udang. Rasa otak-otak A Class ini sangat berbeza dari otak-otak yang selalu kita makan di tempat lain. Ianya sangat kaya dengan isi. Maksud saya, jika otak-otak itu ialah otak-otak ikan, maka terasa sangat ikannya. Jika otak-otak itu adalah udang, maka terasa udangnya.

Apa yang saya boleh komen, rasanya bukan seperti Otak-otak Kempas atau otak-otak lain yang biasa terdapat di kedai.

Setiap otak-otak ditanda dengan pelekat yang menggambarkan isi otak-otak tersebut

Memang puas makan otak-otak hari tu. Terima kasih Cik Lan belanja otak-otak! Hehe

Damialah yang paling happy sebab otak-otak favourite dia

Isi Otak-Otak A Class

Memang sedap dan puas kami makan Otak-otak A Class. Terbaik!

Harga pula tidak jauh berbeza dari harga jualan otak-otak di tempat lain. Cuma otak-otak ketam je mahal sikit. Boleh rujuk senarai harga di bawah:

Otak-otak Ikan =RM 0.75
Otak-otak Lala =RM 0.85
Otak-otak Udang =RM 0.85
Otak-otak Ketam =RM 1.70

Apapun, jika anda penggemar kental otak-otak, Restoran Otak-otak A Class yang terletak di Muar Johor ini merupakan suatu destinasi tempat makan best dan sedap yang patut anda kunjungi ketika berada di Muar.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno