Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, March 29, 2016

Tempat Menarik di Langkawi | Makam Mahsuri

Sejarah Makam Mahsuri

Saya rasa ramai yang telah tahu tentang sejarah Mahsuri. Jadi di sini saya ringkaskan sahaja cerita di sebalik sejarah Mahsuri ya.

Mahsuri merupakan anak kepada pasangan Pandak Maya dan Mak Andam yang dikhabarkan sangat cantik rupa paras dan baik tingkah lakunya. Beliau telah berkahwin dengan Wan Derus dan telah mengandung tetapi tanpa pengetahuan Wan Derus kerana ketika itu Wan Derus telah keluar dari Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam.

Ketika pemergian Wan Derus, Mahsuri menetap di rumah ibu bapanya. Ditakdirkan ketika itu, datang pula seorang penyair (sesetengah sumber mengatakan peniaga) bernama Deramang dan dia menetap di rumah Mahsuri atas belas kasihan ibu bapa Mahsuri. Setelah Mahsuri melahirkan anaknya, fitnah tersebar luas dek perbuatan jahat Wan Mahora (kakak ipar Mahsuri) yang mengatakan bahawa Mahsuri mempunyai hubungan sulit dengan Deramang dan anak tersebut adalah anak mereka berdua.

Disebabkan itu, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman mati yang dijalankan di Padang Matsirat tanpa menunggu kepulangan suaminya, Wan Derus. Pujukan dan rayuan ibu bapa Mahsuri ketika itu tidak diendahkan sama sekali, maka terjatuhlah hukuman mati ke atas mereka berdua. Sebelum itu, Mahsuri yang telah difitnah sempat bersumpah bahawa dia tidak pernah menghalalkan darahnya jatuh ke bumi dan menyumpah Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Ibarat bumi menerima sumpahan tersebut, darah Mahsuri yang mengalir berwarna putih. Langkawi juga semenjak itu tidak pernah aman dari bala bencana seperti kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

(Sumber: Wikipedia--ayat telah diolah ikut gaya sendiri)

Makam Mahsuri

Lokasi Makam Mahsuri

Kini, jika anda ingin melawat Makam Mahsuri, ianya terletak kira-kira 17 km dari Langkawi International Airport (lebih kurang 20 minit).

Alamat: Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka (17 km dari Pekan Kuah)


Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Makam Mahsuri kini menjadi tumpuan utama pelancong ketika berkunjung ke Langkawi


Apa Yang Terdapat Di Makam Mahsuri?

Selain Makam Mahsuri itu sendiri, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh anda lihat di sini seperti rumah tradisional Kedah, Telaga Mahsuri dan pelbagai kuih-muih tradisional yang masih lagi panas.

1) Rumah Tradisional Kedah

                

                


Damia paling suka masuk dalam rumah ni


2) Telaga Mahsuri


Air dari telaga ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Ramai yang berkunjung ke sini akan membasuh muka dengan air dari telaga ini sebagai penyeri wajah. Tidak kurang juga yang datang berkerusi roda dan disapukan kepada kaki supaya cepat sembuh 

Saya dan Damia pun cuci muka jugak. Seri wajah...hehe

Cik Lan pun turut sama mencuba. Damia repeat banyak kali cuci muka dia. Excited tak pernah tengok perigi agaknya..

3) Gerai Makanan Kuih Tradisional


 Kuih Tradisional Kedah seperti Kuih Karas, Kuih Loyang dan Kuih Peneram turut dijual di sini

Kuih Peneram yang masih lagi "fresh" baru keluar dari kuali

Semoga info mengenai Makam Mahsuri  ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang ingin berkunjung ke sini ya. Jumpa lagi di lain entri!

Wednesday, March 16, 2016

Tempat Menarik di Langkawi | The Famous Malaysian Mozzarella Cheese | Buffalo Park Langkawi


Kebiasaannya, keju yang terdapat di pasaran berasal dari luar negara seperti Itali, Australia dan New Zealand. Namun, kali ini kami berpeluang untuk melawat kilang pembuatan keju keluaran syarikat tempatan yang terletak di Buffalo Park, Pulau Langkawi Kedah.

Ya, ianya merupakan keju pertama keluaran Malaysia!

Untuk pengetahuan anda, keju ini dihasilkan dari susu sapi (Lembu yang besar seperti kerbau)

Antara produk lain yang dihasilkan dari susu sapi ini ialah Mozarella Block, Ricotta Cheese, Ais Krim, Fresh Mozarella, Yogurt, Dadih dan susu segar

Lokasi Tempat Menarik di Langkawi| Buffalo Park


Buffalo Park Langkawi terletak kira-kira 40 minit dari Pekan Kuah dan 20 minit dari Langkawi International Airport. Berlatar belakang panorama semulajadi Gunung Raya dan Gunung Mat Chincang selain dikelilingi kawasan kelapa sawit dan sawah padi, Buffalo Park benar-benar memberikan suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang cinta akan alam semulajadi. 

Alamat:

Buffalo Park, Langkawi
Jalan Nyior Chabang, 
Kampung Nyior Cabang,
 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia


Panorama di sekeliling Buffalo Park yang menghijau

Aktiviti di Buffalo Park Langkawi


Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti menunggang sapi (Lembu), menaiki kereta sapi, sesi bergambar, memberi makan dan memberi minum susu kerbau dan melihat proses penghasilan mozarella cheese.



 Sebelum masuk ke kawasan ternakan kerbau, kami diberikan secawan susu sapi asli secara percuma. Rasanya yang sedikit berbeza dari kebiasaan susu lembu biasa.

Turut disediakan juga sehelai kain pelekat bagi setiap orang dan topi bagi tujuan penggambaran.



Damia memang excited part bagi makan ni walaupun mula-mula tu dia takut juga

Sapi (Lembu besar seperti kerbau) pula berebut-rebut makan rumput yang Damia bagi

Waktu kami datang ni, proses pembuatan Mozarella cheese telah selesai pada hari tersebut, maka tak dapatlah kami tengok bagaimana Mozarella Cheese dihasilkan.

 Berposing sebelum ke kafe

Kafe Buffalo Farm


Selain Mozarella Cheese, Buffalo Farm turut menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan yang berasaskan cheese seperti Buffalo Steak, Summer Tart, Cheese Bread dan Mozarella Cheese Tomato. Selain itu, mereka turut mengeluarkan produk tenusu yang lain seperti susu segar dan ais krim yogurt.

Kafe Buffalo Farm

Inilah keju pertama keluaran Malaysia dari susu kerbau

Di sini kami mencuba juadah Summer Tart dan aiskrim yogurt. 

Ada juga beli fridge magnet sebagai kenangan

An experienced not to be missed at Buffalo Park Langkawi

Wednesday, March 9, 2016

Ghost Writer Malaysia| Proses Keseluruhan Servis Ghost Writer

Sepanjang saya melakukan servis Ghost Writer ni, ramai juga yang bertanya:
"Gaya tulisan macam mana ye?"

Soalan yang sukar untuk dijawab sebab saya tak boleh nak bagi contoh atau testimoni pelanggan sebab semua ni 'private and confidential'.

Kalau saya publish secara terang-terangan di blog atau reply pertanyaan melalui whatsapp:
 "Tuan cari buku ni di pasaran, buku tu saya sebenarnya yang tulis"-Kantoi la nanti kan..

Jadi, kebiasaannya kalau pelanggan betul-betul ingin tahu, saya akan bawa manuskrip/draf buku yang saya buat dan tunjukkan kepada bakal pelanggan. Tajuk buku pula saya tulis secara umum sahaja atau saya ubah sepenuhnya bagi menjaga privasi pelanggan yang sedia ada.

Ada juga yang bertanya, macam mana pula proses keseluruhan servis ghost writer ini dari awal hinggalah buku siap? Baiklah, akan saya perincikan dalam entri kali ini.

Proses Keseluruhan Servis Ghost Writer

Langkah 1: Sesi perbincangan awal
Pelanggan bertanya bagi mendapatkan maklumat mengenai harga dan tempoh masa untuk menyiapkan sesebuah buku. Kebiasaannya pelanggan akan "call" atau "whatsapp"
Langkah 2: Sesi perbincangan lanjut
Perbincangan kali ini lebih mendalam dan jelas tentang hala tuju buku tersebut seperti target pembaca, gaya bahasa yang ingin digunakan, plot cerita dan isi kandungan. Pertemuan perlu diaturkan bagi memudahkan sesi perbincangan.
Langkah 3: Draf isi kandungan dan penyediaan bahan
Pelanggan perlu menyediakan draf isi kandungan. Sila nyatakan dengan jelas bilangan topik/bab yang ingin dihasilkan beserta penerangan bagi setiap bab.
Pelanggan juga perlu menyediakan segala jenis bahan rujukan yang ingin digunakan sepanjang proses penulisan. Bahan rujukan termasuklah buku, e-book, laman web dan sebagainya.
Langkah 4: Bayaran Pendahuluan
Bayaran pendahuluan berupa separuh (50%) dari jumlah anggaran harga keseluruhan buku.
Langkah 5: Proses penulisan buku
Tempoh masa menulis bergantung kepada bilangan muka surat yang ingin dihasilkan.
Langkah 6: Bayaran akhir
Pelanggan perlu melunaskan bayaran akhir dalam tempoh 3 hari setelah buku disiapkan.

Saya rasa sekian dahulu entri kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada mereka di luar sana yang memerlukan servis dan bantuan dari ghost writer. Jika ada yang masih kabur mengenai servis ghost writer boleh baca penerangan lanjut DISINI-Servis Ghost Writer

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno