Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, March 16, 2016

Tempat Menarik di Langkawi | The Famous Malaysian Mozzarella Cheese | Buffalo Park Langkawi


Kebiasaannya, keju yang terdapat di pasaran berasal dari luar negara seperti Itali, Australia dan New Zealand. Namun, kali ini kami berpeluang untuk melawat kilang pembuatan keju keluaran syarikat tempatan yang terletak di Buffalo Park, Pulau Langkawi Kedah.

Ya, ianya merupakan keju pertama keluaran Malaysia!

Untuk pengetahuan anda, keju ini dihasilkan dari susu sapi (Lembu yang besar seperti kerbau)

Antara produk lain yang dihasilkan dari susu sapi ini ialah Mozarella Block, Ricotta Cheese, Ais Krim, Fresh Mozarella, Yogurt, Dadih dan susu segar

Lokasi Tempat Menarik di Langkawi| Buffalo Park


Buffalo Park Langkawi terletak kira-kira 40 minit dari Pekan Kuah dan 20 minit dari Langkawi International Airport. Berlatar belakang panorama semulajadi Gunung Raya dan Gunung Mat Chincang selain dikelilingi kawasan kelapa sawit dan sawah padi, Buffalo Park benar-benar memberikan suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang cinta akan alam semulajadi. 

Alamat:

Buffalo Park, Langkawi
Jalan Nyior Chabang, 
Kampung Nyior Cabang,
 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia


Panorama di sekeliling Buffalo Park yang menghijau

Aktiviti di Buffalo Park Langkawi


Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti menunggang sapi (Lembu), menaiki kereta sapi, sesi bergambar, memberi makan dan memberi minum susu kerbau dan melihat proses penghasilan mozarella cheese.



 Sebelum masuk ke kawasan ternakan kerbau, kami diberikan secawan susu sapi asli secara percuma. Rasanya yang sedikit berbeza dari kebiasaan susu lembu biasa.

Turut disediakan juga sehelai kain pelekat bagi setiap orang dan topi bagi tujuan penggambaran.



Damia memang excited part bagi makan ni walaupun mula-mula tu dia takut juga

Sapi (Lembu besar seperti kerbau) pula berebut-rebut makan rumput yang Damia bagi

Waktu kami datang ni, proses pembuatan Mozarella cheese telah selesai pada hari tersebut, maka tak dapatlah kami tengok bagaimana Mozarella Cheese dihasilkan.

 Berposing sebelum ke kafe

Kafe Buffalo Farm


Selain Mozarella Cheese, Buffalo Farm turut menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan yang berasaskan cheese seperti Buffalo Steak, Summer Tart, Cheese Bread dan Mozarella Cheese Tomato. Selain itu, mereka turut mengeluarkan produk tenusu yang lain seperti susu segar dan ais krim yogurt.

Kafe Buffalo Farm

Inilah keju pertama keluaran Malaysia dari susu kerbau

Di sini kami mencuba juadah Summer Tart dan aiskrim yogurt. 

Ada juga beli fridge magnet sebagai kenangan

An experienced not to be missed at Buffalo Park Langkawi

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno