Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, April 18, 2016

De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia Cameron Highlands| Indah Khabar Dari Rupa

Entri ini bukanlah ditulis bertujuan untuk memburukkan perniagaan orang lain, apatah lagi perniagaan yang dikendalikan oleh peniaga Melayu Muslim. Ianya sekadar sebuah panduan dan langkah berjaga-jaga yang patut diambil oleh pengunjung lain yang ingin menjadikan De Bamboo Steamboat & Grill sebagai pilihan tempat menjamu selera ketika berkunjung ke Cameron Highlands.

Kenapa entri saya kali ini kedengaran sedikit tegang?

Kerana layanan yang kami terima ketika berada di sana teramatlah teruk dan sangat mengecewakan. Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Indah khabar dari rupa; itu sahaja perkataan yang tepat menggambarkan kekecewaan kami waktu itu.

Lokasi De Bamboo Steamboat & Grill 


Perancangan saya dan Cik Lan ke Cameron Highlands adalah perancangan yang boleh dikatakan "last minute". Apa tidaknya, kami hanya packing barang, masukkan dalam kereta then bertolak tanpa membuat sebarang keputusan untuk kemana-mana tempat yang pasti. Cameron Highlands, Port Dickson atau Janda Baik? Tiga tempat yang kami masih lagi berkira-kira, "Nak pergi mana ni?"

Beberapa hari sebelum itu, saya dapat tahu Siti, Kak Farah dan Kak Rock (bekas rakan sekerja ketika di Hong Leong) akan bercuti bersama-sama ke Cameron Highlands. Memandangkan suhu Cameron yang dingin (nak lari dari El-Nino la kononnya) dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa pun ada di sana, maka saya dan Cik Lan buat keputusan untuk ke Cameron Highlands.

De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia menjadi lokasi pilihan kami sebagai tempat "small reunion". Dah lama tak jumpa kawan-kawan, borak-borak sambil makan steamboat mesti best. Tu je dalam kepala saya waktu tu. Tempat ni pula Siti yang pilih, mungkin dia mendapat maklumat dari Facebook tentang konsep bamboo yang menarik perhatian. Saya dan Cik Lan seperti kebiasaannya, memang suka mencuba makanan di tempat baru.

Lokasi/De Bamboo Steamboat & Grill:

Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Pahang

Mengapa De Bamboo Steamboat & Grill Hanya Indah Khabar Dari Rupa & Highly Not Recommended?


Hari dan waktu yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, Sabtu-16/4/2016. Pertemuan yang dibayangkan akan berakhir dengan sebuah "gambar kumpulan" yang menarik berakhir dengan suatu perpisahan tanpa noktah. Aduh, sadisnya ayat..Nak buat macam mana, memang saya rasa macam tu.

Teruk sangat ke De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia? Beberapa sebab yang owner perniagaan ini patut ambil perhatian dan perbaiki untuk masa hadapan:


1) Tidak menepati konsep booking 

Menurut Siti, dia dah "booked" De Bamboo Steamboat & Grill untuk pukul 8.30 malam iaitu 2 meja beserta 6 set steamboat. Saya dan Cik Lan sampai awal ketika itu, lebih kurang jam 8.15 malam. Saya terus masuk dan bertanyakan meja yang Siti dah booking.

Pekerja menunjukkan meja di luar yang masih diduduki pelanggan lain. Terlalu banyak meja, saya sendiri tidak pasti yang mana. "Akak booking pukul 8.30 kan? Kena tunggu customer tu siap makan dulu".

Cik Lan pula tanya tak ada meja kosong lain ke? Meja tu kan kosong? sambil tangannya menuding ke arah deretan meja kosong di sudut sebelah kiri kedai.

"Itu dah reserved"

"Ah, ok" ringkas saya membalas sambil kaki melangkah ke arah luar kedai.

"Meja kita kan dah booking, tapi tak pula dia letak tanda Reserved then boleh bagi pelanggan lain duduk meja tu. Meja yang lagi satu tu kenapa boleh pula dikosongkan dan diletakkan tanda Reserved?" soalan selamba yang terpacul dari mulut Cik Lan itu benar-benar buat saya rasa macam kena smashed dengan bulu tangkis badminton tepat ke muka.

Betul jugak cakap Cik Lan. Dari air muka Cik Lan waktu itu saya dapat mengagak "peperangan" bakal berlaku. Aduish..

Tercongok-congok di tepi kedai macam orang bodoh, last-last Cik Lan ajak tunggu Siti, Kak Farah dan Kak Rock dalam kereta je.

2) Servis sangat lambat

Sewaktu kawan-kawan yang lain dah sampai, meja tadi masih belum dibersihkan. Lebih kurang 20 minit kami tercegat-cegat kat sebelah meja tu dengan hujan yang sudah mula turun renyai-renyai. Waktu tu tak ada seorang pekerja pun yang memberitahu mana satu meja kami sebenarnya. Diaorang sibuk buat kerja lain yang tidak pasti entah apa. Keluar masuk, keluar masuk. Kitaorang kat tepi ni sekali lagi dilayan macam orang bodoh. Akhirnya Kak Farah bersuara dan pekerja menunjukkan  kami dua buah meja yang masih belum dibersihkan.

"Pergi tempat lain jelah, banyak lagi kedai makan", lebih tegas nada Cik Lan kali ini. Sedang kami berbincang nak makan dimana, tiba-tiba pekerja membawa keluar set yang telah kami tempah.

Makanan dah sampai,takkan nak tinggal? Kalau ikutkan Cik Lan, 20 minit yang lepas lagi dia dah tinggalkan kedai ni.

So, duduklah kami di meja yang tidak dilap tu.

3) Layanan pekerja yang tidak beradab

 Korang rasa patut tak kalau korang makan kat mana-mana kedai makan then pelayan dia buat macam ni? Buat macam ni:
- Tarik dan buat muka masam dan menyampah bila korang minta dan bertanya sesuatu

- Hantar pinggan dengan cara menghentak ke meja. Ko ingat nak bagi makan anjing?

- Buat bodoh dan muka selamba bila korang minta sesuatu. Gas dapur kecil untuk panaskan steamboat tu terlalu perlahan, so kuahnya lambat sangat nak menggelegak menyebabkan makanan dalam tu pun lambat masak. Bila panggil pelayan, dia boleh tengok je gas tu dan tak buat apa-apa then beredar macam tu je.

Kesian Kak Farah n Siti. At last, Kak Farah bawa sosej, segala jenis bebola dia yang belum masak, datang n masak kat meja saya n Kak Rock. Korang rasa ni kurang ajar tahap gaban ke tak? Tolonglah, bila pelanggan bagitahu ada benda tak kena, sila ambil perhatian and do something. Bukannya jalan melenggang dan pergi macam tu je.

4) Kebersihan makanan

Kami order 6 set steamboat, 1 set terpaksa ditolak kerana terdapat lalat yang terperangkap di dalam plastik membaluti set steamboat tersebut.

5) Susun atur yang kurang selesa

Yang ini saya tak ada nak salahkan sesiapa.  Memang saiz restoran ni agak kecil, maka meja di sini disusun agak rapat antara satu meja dengan meja yang lain. Susunan yang ternyata menyukarkan pelanggan bergerak untuk mengambil makanan.

De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia Cameron Highlands|

De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia Cameron Highlands|
 Tak ada mood untuk bergambar beramai-ramai di sini

De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia Cameron Highlands|
Masih mampu memaniskan muka setelah apa yang terjadi

Kesimpulan 

Tatkala kita sebagai pengusaha/ pemilik restoran ligat mencari jalan mempromosikan perniagaan kita, aspek layanan terhadap pelanggan jangan dilupakan sama sekali. Pelanggan itu adalah nyawa sesebuah perniagaan. Gah macam mana sekalipun dekorasi kedai anda, andai pelanggan yang menjadi medium promosi bergerak ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, maka perniagaan anda tidak akan kemana-mana, sama ada terus lingkup atau tidak mampu berkembang ke tahap yang lebih baik. Sebab itulah, mana-mana syarikat pasti mempunyai bahagian yang dikenali sebagai "Customer Service" yang mengendalikan pelbagai ragam pelanggan.

Maka, selain aspek promosi, latihan kepada staf juga sangat penting kerana cara staf/pekerja  melayan pelanggan menggambarkan keseluruhan perniagaan anda. Sebagai business owner, anda tidak akan selalu berada dan turun padang bersama pelanggan. Pekerja itu adalah cerminan dan duta anda.

Semoga feedback dari kami mendapat perhatian, diperbaiki dan tidak diulangi kepada pelanggan yang lain. Lain orang, lain cara mereka menyatakan tidak puas hati. Ketika pekerja anda menghentak pinggan ke meja sewaktu menghantar makanan kepada kami,  kami hanya berdiam diri. Sekali lagi pekerja anda melakukan perkara tersebut kepada pelanggan lain, belum tentu mereka akan berdiam diri. Mungkin sahaja pinggan atau tangan akan hinggap ke muka pekerja anda. Itu biadap namanya. Sila ajari mereka adab sopan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Penjelasan Dan Maaf Dari Pengurusan De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia



Review dari Siti terhadap Facebook Page De Bamboo Steamboat & Grill, juga penjelasan dari pihak pengurusan

Penjelasan dan permohonan maaf atas segala kesulitan yang berlaku

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan yang mengambil serius feedback kami. Semoga teguran dan pandangan yang tidak seberapa ini dijadikan panduan ketika menambah baik sistem di restoran anda. Selamat maju jaya De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia, Cameron Highlands!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno