Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, April 26, 2016

Lagi Kisah di Cameron Highlands

Day 1


Sekali lagi kami ke Cameron Highlands minggu lepas. Nampaknya El-Nino sedikit memberi kesan ke atas suhu di Cameron Highlands. Sewaktu kami tiba lebih kurang 4.30 petang, suhu nyaman sahaja. Tidaklah begitu sejuk seperti kebiasaannya. Kami tiba di Cameron pada hari Jumaat, jadi aliran trafik di Cameron Highlands masih lagi lengang.

Pekan Brinchang, Cameron Highland

Kali ini kami memilih untuk menginap di Iris Hotel

Iris Hotel terletak berdekatan dengan pasar malam Brinchang. Agak-agak malas nak bersesak mencari parking, jalan kaki lebih kurang 10 minit sampailah di pasar malam. Malah hotel ni pun berdekatan dengan pekan Brinchang serta pelbagai kemudahan seperti kedai makan, kedai serbanika, kedai runcit dan lain-lain.

Perkarangan lobi Iris Hotel

Boleh rujuk alamat Iris Hotel dibawah:

Iris House Hotel
56, Jalan Kuari, Brinchang,
39100 Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.


Phone no : 605-4911818 / 605-4912818

Sebelum sampai hotel, kami sempat membeli makanan kering di Pekan Tanah Rata seperti roti, jem strawberi (keluaran asli Cameron Highland), biskut dan lain-lain. Jadi petang tu, check in je hotel terus minum petang dengan roti disapu jem strawberi



Damia tekun betul belajar waktu ni, lepas siap minum petang terus dia keluarkan buku sekolah dan belajar

Malam tu pula, kami makan di Restoran Abang dan Keluarga (Steamboat dan Grill). Restoran ini terkenal dengan produk signature Sambal Strawberi. Lebih lanjut saya akan ceritakan mengenai restoran ini pada entri yang lain ye.

Day 2

Hari kedua di Cameron Highlands agak dingin serta berangin sedikit berbanding hari semalamnya yang agak bahang sikit walupun nyaman. Mungkin kerana hujan yang turun dengan lebat pada awal pagi. Lebih kurang jam 2 pagi hingga 5 pagi. Stay up sebab nak siapkan projek ghost writer. Tu yang tahu hujan turun. Haha..

 
Damia dengan semangat yang luar biasa sambung belajar semula. Pagi-pagi dah study.
Semangat bercuti la tu....haha

 Damia berehat selapas belajar

Dalam pukul 11 pagi keluar sebentar melawat ladang strawberi kat Taman Sedia. Kitaorang pergi tempat yang tak ramai orang--> YZ Agro Farm

Makan scone dengan jem strawberi
Damia pulak pergi Cameron kali ini "menggila" dia makan strawberi. Sebelum ni kitaorang pergi Cameron dia setakat jamah-jamah je. Kali ni dia makan banyak betul buah strawberi.

Lepas tu kami ke kebun bunga

Seronok berposing dengan bunga

Damia: "Mama, ni kan! Yi dou hua"..(Mama tengok! Itu bunga)

Time ni la segala perkataan mandarin keluar dari mulut Damia. Nilah bagusnya bawa anak-anak relax and refresh. Bila dia seronok, belajar pun senang...

Malam tu pulak dinner sama-sama dengan ex-office mate waktu kat Hong Leong. Kebetulan diaorang pun bercuti kat sini. Tapi sayangnya mini reunion yang dirancangkan berubah menjadi suasana tegang di De Bamboo Steamboat & Grill ni. Boleh baca Pengalaman Kurang Enak di DeBamboo Steamboat & Grill

Day 3

Hari ketiga kami di sini adalah pada hari Ahad. Keadaan trafik di Cameron Highlands berubah serta merta, seperti musim cuti sekolah. Trafik teramatlah sesak.

 Kesesakan trafik pada jam 9 pagi yang sempat dirakamkan dari bilik hotel (Lokasi Brincang)

 Jalan sesak dari Brincang menuju ke Kea Farm

Di pekan Brinchang

Memandangkan trafik terlalu sesak, maka kami mengambil keputusan untuk tidak ke atas, iaitu ke arah Kea Farm dan banyak lagi tempat menarik lain seperti Taman Lavender, Taman Rama-rama dan sebagainya. Aktiviti pagi kami digantikan dengan pasar pagidi Brinchang aje.

Ini strawberi paling murah yang kami jumpa 2 kg= RM 15

Pelbagai jenis bunga


Kemudian kami ke Smoke House untuk makan tengahari dan bertolak pulang selepas itu.

 Percutian yang ringkas tapi bermanfaat untuk Damia, saya dan juga Cik Lan. Semua home work Damia siap, progress PhD Cik Lan pun siap dan saya pula dapat idea untuk menulis buku bagi projek ghost writer.

1 comment:

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno