Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, April 22, 2016

Review Buku| Percepatan Rezeki Dengan Otak Kanan Dalam 40 Hari

Buat pertama kalinya saya membaca sebuah karya dalam Bahasa Indonesia- Percepatan Rezeki Dengan Otak Kanan Dalam 40 hari. Baru sahaja menerima buku ini yang dikirim dari seorang kawan. Buku karangan Ippho Right Santosa ini tidak ada di pasaran Malaysia hanya di Indonesia sahaja. Kebetulan ada kawan yang ke Indonesia, maka saya pun kirim buku ini.


Masih lagi belum selesai membaca. Sebagaimana yang diceritakan oleh beberapa orang kawan, buku ini memang bagus idea dan tulisannya. Kupasan mengenai kaitan otak kanan dan rezeki yang sangat menarik. Walaupun saya hanya baru membaca 30 helai, tulisan penulis ini sangat dekat di hati. Antara isi yang menarik adalah mengenai kerja itu suatu ibadah.

Kandungan Buku

Antara isinya:

Nabi pernah berwasiat, "Di antara  dosa-dosa, ada dosa yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat. Ianya hanya dapat dihapus dengan bersusah-payah mencari nafkah"

Umar Al-Khattab mengajak pekerja untuk memiliki pendapatan tambahan. Nasihatnya lebih kurang berbunyi begini, "Jika keluar gaji, maka sebahagian belikan kambing. Demikian pula gaji selanjutnya. Jadikan itu harta pokok.

Islam sangat menuntut umatnya menjadi kaya. Nabi Muhammad itu sendiri kaya-raya. Bukti Nabi Muhammad s.a.w kaya:
1) Menjadi pedagang (trader) sejak usia 12 tahun dan menjadi pengusaha (businessman) selama 25 tahun

2) Nabi berdagang ke luar negeri setidak-tidaknya 18 kali, menjangkau Yaman, Syiria, Busra, Iraq, Yordania& Bahrain

3) Nabi menyerahkan puluhan unta muda untuk mas kahwin

4)Nabi memiliki banyak unta perah dan 20 untanya pernah dirampas oleh Uyainah bin Hishn

5)Memiliki unta pilihan (Al-Qashwa) dan keldai pilihan yang paling baik untuk memudahkan perjalanan dan perjuangan.

Cubang anda bayangkan, pada zaman sekarang sekiranya ada seseorang yang mampu berniaga hingga ke luar negara, mempunyai banyak ternakan dan harta, bagaimanakah kekayaan mereka?

Nabi itu kaya-raya rupanya. Hanya sahaja dia bersikap sederhana. Pakai yang sederhana,alas tidur yang sederhana. Sahabat nabi yang paling rapat juga kaya raya; Umar Bin Khattab, Usman Bin Affan, Abdurrahman Bin Auf. Di dalam buku "Fiqih Ekonomi Umar" ada disebut Umar mewariskan 70 000 properti yang bernilai trilion rupiah (korang convert la sendiri kalau dalam RM berapa ye..hehe).


Islam Menuntut Kita Menjadi Kaya. Islam Tidak Pernah Mengajar Kita Menjadi Miskin


Menurut Ippho Santosa juga, di dalam Al-Quran Allah tidak pernah menyebut perkataan miskin. Yang ada hanyalah kekayaan dan kecukupan. Tetapi mengapa masih ada umat Islam yang miskin? Itu adalah kerana salah diri mereka sendiri. Ada dijelaskan dalam Surah An-Nisa 4:79, Surah yasin 36:19 dan Surah As-Syura 42:30.

Pernah dengar hadis Nabi yang menyuruh kita belajar berkuda? Berenang? Menurut Ippho Santosa, kuda itu adalah kenderaan di zaman Nabi. Zaman kita apa? Pacuan 4 rodalah. Maka jadilah kaya, baru mampu miliki kenderaan pacuan 4 roda. Nabi suruh belajar berenang, maka jadilah kaya dan memiliki rumah yang mempunyai kolam renang supaya anak dan isteri boleh belajar berenang dengan tenang dan aman tanpa memikirkan soal aurat. Nah, gitu dalamnya maksud ajaran Nabi. 

Kita dituntut supaya menjadi kaya!

Lagi satu kisah yang menarik untuk diteladani:

Suatu ketika dahulu ketika Nabi di Madinah, pasar dan sumber air pernah dikuasai kaum yang lain. Nabi tahu pasar dan air adalah 2 sumber yang sangat penting. Maka diarahkannya Abdurrahman Bin Auf dan Usman Bin Affan untuk menguasai semula pasar dan sumber air tersebut (membeli semula pasar dan sumber air tersebut). Kerana apa? Kerana dalam mengembangkan sesebuah kota (penempatan), Nabi amat mengutamakan pasar dan masjid. Kerana pasar adalah sumber ekonomi (hal duniawi) dan masjid adalah tempat ibadah (mengejar akhirat).

Nabi mengajar kita untuk mengejar dunia dan akhirat. Bekerja dan berusaha di dunia untuk mencari rezeki yang banyak dan halal supaya dengannya kita mampu masuk ke syurga.

Sekian dahulu perkongsian ini. Semoga bermanfaat untuk anda.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno