Lokasi Beras Terbakar langkawi
Tidak banyak cerita dan perkara menarik yang boleh dikongsikan di Beras Terbakar Langkawi kerana kawasan beras terbakar tersebut dijaga rapi dan berpagar. Maka, beras terbakar tidak dapat dilihat secara "live". Yang ada hanyalah beras terbakar di dalam balang kaca bagi tujuan pameran.
Kawasan beras terbakar ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat, Langkawi
Bagi mengetahui sejarah beras terbakar boleh baca DISINI--> Asal Usul Beras Terbakar
Bagi mengetahui sejarah beras terbakar boleh baca DISINI--> Asal Usul Beras Terbakar
Pintu masuk beras terbakar dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata
Ini pula ialah tapak kawasan beras terbakar
Kawasan beras terbakar yang berpagar
Aktiviti di Tapak Berak Terbakar Langkawi
Ini first time saya datang ke Tapak Beras Terbakar. Oh, rupa-rupanya macam ni je. Ingatkan kat sini kita boleh pegang beras yang berwarna hitam. Haha teruk betul pengetahuan.
Contoh beras terbakar yang diletakkan di dalam almari kaca berdekatan kawasan berpagar
Ketika kami sampai, ada sekumpulan pengunjung India yang asyik tertunduk-tunduk, kelihatan seperti mengutip sesuatu. Menurutnya, terdapat beras terbakar yang terkeluar dari kawasan pagar dan dia menunjukkan beras terbakar yang ditemuinya. Tambahnya lagi, beras terbakar akan banyak selepas hujan akibat terkeluar dari timbunan dalam kawasan berpagar. Wallahualam.
Selepas dia beredar, apa lagi, saya pun cuba mencari beras yang dimaksudkan. Si kecil Damia pun ikut sama mencari beras! Haha lawak je
Sekadar 15 minit di sini, kami beredar tanpa sebarang beras terbakar yang ditemui. Mission not accomplished! Beras terbakar gagal ditemui. Ok bye!
No comments:
Post a Comment