Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, April 12, 2016

Tempat Menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang

Berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan terdapat Taman Rusa atau lebih dikenali sebagai Deerlands, Lanchang. Disebabkan kami sampai di Pusat Konservasi Gajah iaitu kira-kira jam 11 pagi, manakala waktu aktiviti terakhir sebelah pagi adalah pada pukul 10.30 pagi dan aktiviti seterusnya pada sebelah petang pada pukul 2 petang, maka waktu yang terluang dipenuhi dengan lawatan ke Deerlands, Lanchang. Boleh baca pengalaman dan cerita kami di Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang DI SINI

Pintu masuk Deerland


Lokasi Taman Rusa @ Deerlands, Lanchang


Deerland terletak di kawasan rizab hidupan liar Krau, Pahang dan kira-kira 140 km dari Kuantan iaitu kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur dan 1 jam dari Genting Highlands. Lokasinya hanya kira-kira 5 minit dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Boleh rujuk alamat Deerland seperti di bawah:

Deerland
Bukit Rengit


Walaupun namanya Deerland, tetapi jangan salah faham, bukan hanya rusa yang ada di sini. Terdapat juga pelbagai haiwan lain seperti burung, tupai tanah, ular, landak, ostrich, pelbagai spesis burung dan pelbagai spesis ayam dan banyak lagi. Boleh diumpamakan seperti taman mini zoo.

Trek pejalan kaki turut disediakan dari satu lokasi haiwan ke lokasi haiwan yang lain

Bayaran Masuk Deerland, Lanchang


Bayaran masuk adalah sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. RM 2 pula adalah untuk makanan rusa. Deerland beroperasi dari hari Sabtu hingga Khamis dan dibuka pada jam 11 pagi sehingga 5.30 petang.

Pemeriksaan tiket dijalankan sebelum ke kandang rusa dan makanan rusa turut diberikan ketika ini

Aktiviti di Deerland, Lanchang


Aktiviti biasa dijalankan seperti lawatan ke zoo, cuma bezanya di Deerland pengunjung dibenarkan masuk ke kandang haiwan dan memegang kebanyakan dari haiwan tersebut (bergantung kepada jenis haiwan. Pengunjung tidak dibenarkan menyentuh haiwan yang menggigit).

Banyak betul rusa di sini

Sesi memberi makan kepada rusa

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Sewaktu kami tiba, terdapat rombongan pelajar dari sekolah, maka riuh sedikit keadaan ketika itu. Barulah seronok nak kejar rusa, kalau kitaorang je kat situ mesti sunyi...Haha

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Macam biasa Damia, mula-mula takut lepas tu steady je dia

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Lepas bagi rusa makan, pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kandang dan bermesra dengan si rusa.
Nak pegang, peluk,bergambar semua boleh.


Sekitar kawasan Deerland


Katanya ini spesies landak (Landak Belanda kot), tapi bukan landak biasa yabg berbulu tajam tu. Yang ni tak setajam landak yang boleh menyerang dengan duri. Landak ni kecil dan bentuknya sama seperti hamster. bezanya hanya bulu dibadan seperti duri-duri kecil.

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Ular pulak ada 2 jenis kat sini. Yang satu sawa batik dari Malaysia, manakala satu lagi pula ular sawa batik dari Myanmar. Bezanya hanya bentuk dan corak batiknya sahaja...Eeei..Cik Lan n Damia je pegang.

Damia belajar mengenal dan tak takut haiwan dari Cik Lan. Jangan jadi macam mama ye, kucing pun mama takut. Huhu

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Tupai tanah (Chip munks) dan burung pun ada di sini

Tempat menarik Di Pahang|Taman Rusa | Deerland Lanchang Pahang
Damia yang berpeluh-peluh kepanasan tapi tetap happy sebab dapat tengok dan pegang haiwan-haiwan. Good experience for her!

Untuk maklumat lanjut mengenai Deerland yang merupakan salah satu tempat menarik di Pahang, boleh baca DISINI

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno