Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 28, 2016

Tempat Menarik Di Perak| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak

Pengalaman menyaksikan proses penghasilan labu sayong secara "live" benar-benar mengujakan saya. Sudah agak lama saya berhajat untuk ke sini, namun baru kali ini berkesempatan melawat tempat penghasilan seni kraf tangan yang menjadi lambang warisan tradisional negeri Perak.

Proses pembuatan labu sayong sememangnya memerlukan kemahiran tinggi dan halus. Kemahiran ini kebiasaannya diwarisi secara turun temurun dari ahli keluarga masing-masing. 


Lokasi Tempat Penghasilan Labu Sayong


Tempat penghasilan labu sayong di negeri Perak terdapat dengan banyaknya di Kuala Kangsar. Kebanyakan lokasi penghasilan labu sayong ini bertempat di rumah pengusaha labu sayong itu sendiri. Berikut adalah dua lokasi utama yang boleh anda kunjungi:

1) Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas

2) Kampung Pauh Sayong Hulu, Mukim Sayong

**Bagi memudahkan pencarian, guna aplikasi Waze sahaja. Anda cari Sayong, Perak. Klik link ini untuk ke laman web Waze--> https://www.waze.com

Waktu operasi:

Sejujurnya saya tidak begitu pasti tentang waktu operasi tempat penghasilan labu sayong ini. Tetapi disebabkan mereka mengusahakan perniagaan membuat labu sayong ini di rumah, bagi saya anda bebas untuk berkunjung pada bila-bila waktu yang dirasakan sesuai untuk berkunjung ke rumah seseorang.

Anda faham maksud saya? Biasanya kalau berkunjung ke rumah seseorang, kita tidak akan datang seawal jam 8 pagi bukan? Pada fikiran saya jam 10 pagi ke atas adalah waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini.

Waktu tamat operasi pula saya agak pasti kerana kunjungan kami tempoh hari adalah sehingga jam 6 petang dimana pada waktu itu kebanyakan pengusaha telah pun menutup kedai mereka. Kami sampai kira-kira jam 4 petang, jadi sempat juga berkunjung ke tiga buah kedai.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Kami memilih untuk menyaksikan proses membuat labu sayong di Kampung Pauh kerana Cik Lan telah beberapa kali berkunjung ke sini. Tambahan pula, jarak antara satu pengusaha dengan pengusaha labu sayong yang lain hanyalah beberapa meter sahaja. Jadi, senanglah untuk pengunjung membuat perbandingan harga dan kekemasan labu sayong sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Di sepanjang jalan di Kampung Pauh ini, terdapat banyak pengusaha labu sayong. Ada pengusaha yang sangat ramah dan menerangkan dengan jelas tentang ciri-ciri labu sayong yang baik dan menunjukkan cara menghasilkannya. Namun ada juga yang bersikap acuh tidak acuh sahaja dengan anda. Jadi, jarak yang berdekatan antara mereka membolehkan anda untuk bebas memilih kedai yang anda sukai.

P/s: Ada kedai yang terletak berdekatan sehingga anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Namun ada juga yang memerlukan anda menaiki kenderaan. Tetapi yang pastinya, kesemua pengusaha ini terletak di dalam satu kampung yang sama.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Kami sempat berkunjung ke beberapa buah tempat yang berbeza. 

Pagar sekolah di dalam kampung ini turut dihiasi labu sayong di setiap tiang pagar. Menarik, bukan?

Tempat Membuat @ Pengusaha Labu Sayong di Kampung Pauh, Mukim Sayong Kuala Kangsar

(Nota: Kesilapan paling besar saya ketika ini adalah tidak mengambil nama perniagaan atau kedai mereka. Jadi saya tidak dapat berkongsi dengan anda secara tepat tentang tempat kami berkunjung tempoh hari. Harap maaf)

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 1 


Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Ini adalah tempat pertama yang kami kunjungi di Kampung Pauh untuk menyaksikan cara labu sayong dihasilkan. Teliti benar Damia memerhati.

Anda boleh juga lihat video ini di Youtube mengenai penghasilan labu sayong

Kedai ini juga merupakan antara kedai membuat labu sayong yang terbesar di kampung ini. Anda mempunyai banyak pilihan dengan harga yang sangat murah berbanding tempat lain.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Geram betul tengok labu sayong ni!!

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Damia pun sibuk mencuba bekas air yang diperbuat dari tanah liat ini


Membeli beberapa biji labu sayong sebagai pemberian kepada ahli keluarga

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 2 

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Ini pula adalah tempat kedua yang kami kunjungi di sini. Kali ini, pengusaha lebih menumpukan kepada pasaran borong seperti tempahan majlis perkahwinan. Mereka tidak mempunyai stok untuk dijual secara runcit. 

Jika ada yang menempah, baharulah labu sayong akan dibuat mengikut jumlah permintaan. Disebabkan pembelian adalah secara borong, maka harga yang ditawarkan juga adalah tersangat rendah.

Pengusaha menunjukkan tanah dan acuan yang digunakan untuk membuat labu sayong

Sambil rancak berbual, tangannya turut ligat mengukir labu sayong kecil yang sedang disiapkan untuk tempahan majlis perkahwinan.

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 3 


Kali ketiga, kami masuk ke sebuah kedai yang di luarnya bersusun beberapa buah kereta. Di suatu sudut di dalam kedai pula, terlihat sekumpulan pengunjung asyik melihat labu sayong diukir sambil mendengar penerangan dari pihak pengusaha.

Kedai ini juga mempunyai pelbagai pilihan labu sayong pelbagai kegunaan seperti dijadikan lampu, perhiasan rumah dan tempat menyimpan air

Halus sungguh hasil tangan mereka

Jika anda ingin mendapat gambaran yang jelas lagi mengenai labu sayong di Perak, boleh rujuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Blog tulisan Sobri Yaacob juga menjelaskan perihal labu sayong dengan terperinci.

Ini pula labu sayong yang kami beli dan dijadikan tempat menyimpan air.
Dingin betul air dari labu sayong.

Sekian sahaja kisah lawatan sambil belajar keluarga kecil kami. Satu lagi pendedahan baru buat Damia dan mamanya juga.

**********************************************************************************
Anda ingin bermalam di Perak? Sambil berpeluang menyaksikan pembuatan labu sayong, anda juga boleh melawat tempat menarik lain di negeri ini. Mencari hotel bukan lagi suatu perkara yang sukar kini dengan pelbagai kecanggihan teknologi. 

Anda ingin menempah hotel? Saya cadangkan anda ke laman HotelsCombined. Di situ, anda boleh membuat perbandingan harga terbaik bagi setiap hotel.

Ya, hanya pada satu website sahaja anda boleh membuat perbandingan harga hotel dan menempahnya dengan harga terbaik.

“Ingin menempah hotel? Banding tawaran hotel terbaik di HotelsCombined

Friday, May 20, 2016

Damia dan Si Anak Burung

Dua minggu lepas kami balik kampung di Batu Pahat, ada burung yang buat sarang di pokok bunga kertas mak mertua saya dan telur burung tersebut baru sahaja menetas. Maka terlihatlah sepasang anak burung yang masih togel tanpa sebarang bulu di badannya.

Damia excited tengok anak burung ni

Dan apabila Damia menghembus nafas ke arah anak burung, maka terbuka luaslah mulut mereka menciak-ciak

Mama burung mungkin keluar mencari makanan untuk anaknya

Selamat lahir ke dunia baru anak burung yang comel!

Monday, May 16, 2016

Three Series??

Apa yang three series nyer? Huhu. Today I turned 30 already. Alhamdulillah atas nikmat usia yang masih dipinjamkan. 30 tahun berlalu, diberi peluang untuk hidup, apa amalan aku untuk ke sana? Masih kosong lagi atau sudah terisi? Sendiri mau ingat la ye..Angka 3 kat depan ni betul-betul buat diri ni terasa lain sikit. Memang terasa lain. Aku yang perasan semata atau memang aku betul-betul dah lain? Bukan 20-an lagi..No more childish..am I a matured woman right now? 

Soalan bengong dari Nisa. Sebab aku memang "tak berapa nak betul" sikit kadang-kadang. Siapa yang betul-betul rapat ngan aku akan kenal la. Memang aku tak matured langsung. Selama ni aku sentiasa rasa I'm always 23, still muda remaja. Selalu sangat orang ingat student, lagi la perasan muda remaja kan. Walaupun aku dah 29 tahun, aku still rasa 23, hinggalah hari ni when I turned 30. I just realized, I am no more young. Zaman muda remaja tu dah lama berlalu. Kenapa baru hari ni aku perasan aku dah tua? Aiyoyo..

Anyway, thank you so much for the birthday wishes from husband, family and friends. And ada surprise jugak, tiba-tiba dapat kek kat ofis, Tadaa!

Tq Raudhah! Really appreciate it..


Wednesday, May 11, 2016

Tempat Menarik di Langkawi| Gamat Langkawi | Warisan Sireh Lagenda

Salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berkunjung ke Langkawi adalah tempat membuat minyak gamat dan produk-produk lain berasaskan gamat. Terdapat ramai pengusaha yang membuat perniagaan berasaskan gamat ini sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran. 


Salah satu tempat membuat minyak gamat yang popular di Langkawi adalah "Warisan Sireh Lagenda"


Kami tidak melepaskan peluang untuk melihat cara-cara minyak gamat dihasilkan 

Tempat Menarik di Langkawi| Gamat Langkawi | Warisan Sireh Lagenda

Menurut penerangan yang diberikan oleh pemilik perniagaan ini, minyak gamat dihasilkan dengan cara memasak gamat dengan herba seperti serai, bunga cengkih dan lain lain herba tradisi warisan. Gamat dan pelbagai campuran herba itu tadi kemudiannya dimasak menggunakan minyak masak.  Campuran ini dididihkan sehingga 2 minggu di atas bara api.

Tempat Menarik di Langkawi| Gamat Langkawi | Warisan Sireh Lagenda
 Menurut pemilik perniagaan ini, minyak yang telah dicampurkan dengan gamat tidak panas seperti minyak masak yang kita panaskan untuk menggoreng ikan.

Saya pun cuba mencelup jari untuk rasa betul ke tak panas minyak ni? Memang betul, hanya suam-suam sahaja panasnya.
Tempat Menarik di Langkawi| Gamat Langkawi | Warisan Sireh Lagenda
Kami turut melawat galeri jualan. Pelbagai produk berasaskan gamat seperti sabun, pencuci muka, losyen dan sebagainya dijual di sini.

Tempat Menarik di Langkawi| Gamat Langkawi | Warisan Sireh Lagenda
Saya rasa tempat ni adalah salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi ketika di Langkawi. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa Malaysia masih lagi mempunyai keunikan dan keistimewaan yang boleh diperkenalkan kepada pelancong asing.

Friday, May 6, 2016

Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands

The Smokehouse Hotel & Restaurant Cameron Highlands dibina pada tahun 1939 dan menggunakan ciri-ciri "English Tudor Style" dalam reka bentuk bangunannya. Bagi penggemar English style anda memang patut mencuba bermalam di sini.

p/s: Kitaorang pun tak pernah try tidur kat sini lagi



Lokasi Smokehouse Cameron Highlands


Alamat:

The Smoke House Hotel & Restaurant
By-The-Golf Course, Tanah Rata, 39000, Pahang, Malaysia


                                  Suasana luar bangunan yang dipenuhi bunga-bungaan

Persekitaran The Smokehouse


Perkarangan hotel


Taman bunga dan buaian yang memang sesuai dijadikan tempat istirehat

Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands
Actually kitaorang datang sini untuk makan tengahari je, tak tidur sini pun

Sambil tunggu makanan siap, bergambarlah kat mana-mana angle yang cantik

Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands
Sibuk bergambar sampai tak perasan ada mat saleh dok perhati. Haha. Mesti dia cakap orang ni jakun ke apa?

Hiasan Dalaman The Smokehouse

Ala-ala klasik gitu..

 Menu di The Smokehouse Restaurant

Antara menu yang kami order di sini:

Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands
 ~ Sirloin Steak ~

Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands
 ~ Salmom Grill ~

~ Bun and Butter (Starter) ~

Harga? Boleh tahan mahal jugak. 1 set steak tu RM 70 hingga RM 80

Sekali sekala bolehlah. Haha
Tempat Makan Best|The Smokehouse Hotel & Restaurant By The Golf Course Cameron Highlands


Macam biasalah ayat terakhir--> Selamat mencuba masakan di The Smokehouse Hotel & Restaurant Cameron Highlands!

p/s: Minggu yang teramat busy, tak sempat nak update blog dan mengarang panjang-panjang
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno