Cepat betul masa berlalu, pejam celik rupa-rupanya sudah hampir dua minggu kita menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2016. Bagi mereka yang tidak gemar bersesak membuat persiapan raya di akhir waktu, maka ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda membuat persiapan awal.
Entri kali ini saya ingin bercerita tentang Azhar Food Manufacturing Sdn Bhd yang merupakan pusat pemborong dan pembekal pelbagai jenis biskut raya. Pusat borong yang terletak di Batu Pahat ini turut menjual pelbagai jenis biskut, kerepek dan makanan ringan yang lain.
Kisah kejayaan Azhar Food sebagai pemborong dan pembekal biskut raya juga pernah mendapat liputan pihak Utusan. Boleh baca DISINI.
Kisah kejayaan Azhar Food sebagai pemborong dan pembekal biskut raya juga pernah mendapat liputan pihak Utusan. Boleh baca DISINI.
Lokasi Pembekal dan Pemborong Kuih & Biskut Raya
Azhar Manufacturing Sdn Bhd terletak di jalan Batu Pahat - Pontian iaitu kira-kira 1 hingga 2 km sebelum pekan Rengit.
Alamat:
AZHAR MANUFACTURING SDN BHD
(AZHAR FOOD)
Jalan Besar Sri Bahrum,
Jln. Pontian, 83100 Rengit,
Johor, Malaysia
Anda boleh juga menggunakan aplikasi Waze bagi memudahkan carian.
Pelbagai Jenis Makanan Ringan
Terdapat pelbagai jenis makanan ringan dijual di sini termasuklah kerepek, kacang, kek, asam dan biskut. Memang rambang mata untuk memilih. Kadangkala, satu jenis biskut dihasilkan oleh beberapa pengusaha,maka anda perlu lebih teliti dan bijak membuat pilihan.
~ Pelbagai Kerepek Bawang, Kerepek Pisang ~
~ Pelbagai Jenis Kacang, Pelbagai Jenis Rempeyek ~
~ Pelbagai Jenis Maruku ~
Memang tempat yang sesuai bagi sesiapa yang ingin berniaga biskut raya. Tak payah susah-susah nak buat, beli je dari pemborong dan jual kat ofis korang.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan jual beli anda boleh kemukakan kepada pihak Azhar Food. Sila rujuk Facebook Page mereka--> Facebook Azhar Food
waaaa bestnya...terbaikkk
ReplyDelete