Bulan lepas saya berpeluang mengikuti kursus penulisan buku kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang diadakan di Menara DBP Kuala Lumpur. Bengkel penulisan selama dua hari tersebut benar-benar memberikan saya pendedahan akan realiti dunia penulisan yang sebenar.
Pagi tadi terima satu dokumen bersampul surat DBP
Rupa-rupanya DBP hantar sijil penyertaan
Gambar kenangan ketika hari terakhir bersama peserta kursus yang lain dari pelbagai latar belakang
Sentiasa mencari masa untuk menghasilkan karya sendiri dalam kesibukan kerja dan projek ghost writer. Teringin nak ada buku sendiri, asyik tolong orang lain tulis buku je...Doakan saya ya..
Bagi sesiapa yang beminat dalam bidang penulisan dan ingin mengikuti bengkel penulisan, saya cadangkan anda hadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak DBP. Pelbagai kursus telah diaturkan oleh pihak DBP bagi melahirkan penulis yang bukan sahaja berbakat malah mampu menghasilkan karya kreatif yang bermutu tinggi.
Sila rujuk laman web akademi DBP--->http://akademi.dbp.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment