Selepas makan di Satay Maharani pada sebelah paginya, kami menerima sekeping penanda buku yang memuatkan senarai tempat makan menarik di Bandar Muar, Johor. Antara yang menarik perhatian kami ialah Apam Balik Keluarga Hussien. Anda boleh rujuk penanda buku di bawah bagi mendapatkan senarai penuh tempat makan menarik yang dicadangkan oleh penduduk setempat Muar, Johor.
Checklist Senarai Tempat Makan Best Di Muar Bandar Di Raja beserta nombor telefon pemilik perniagaan
Lokasi Apam Balik Keluarga Hussein
Gerai apam balik ini terletak agak tersorok dari jalan utama. Ianya terletak di antara deretan bangunan lama di Jalan Sulaiman, Muar.
Lokasi Apam Balik Keluarga Hussein
Inilah dia gerai jualan Apam Balik Keluarga Hussein. Tiada sebarang papan tanda khusus diletakkan di gerai ini, maka berhati-hati ketika mencarinya. Takut-takut anda terlepas pandang...itu pun kami terlepas pandang juga dan terpaksa pusing sekali lagi..
Jenis Apam Balik
Hanya terdapat dua jenis perisa apam balik di sini iaitu apam balik perisa jagung dan perisa kacang merah sahaja...menurut empunya gerai ni ia memang mengekalkan rasa asal apam balik original sahaja...
Proses membuat apam balik
Khusyuk Damia memerhati
Pengusaha Apam Balik Keluarga Hussein yang peramah
Inilah dia apam balik yang telah siap dimasak. Bagaimana rasanya? Secara jujur, tidaklah sesedap mana pun. Bagi saya, tepungnya terlalu tebal menjadikan inti jagung di dalamnya tidak begitu berasa. Tapi, saya galakkan anda mencuba sendiri. Lain orang, lain cita rasanya.
Harga Apam Balik Keluarga Hussein
Saiz besar: 1 keping= RM 2.50
Saiz kecil: 7 keping= RM 2.50
Sebelum datang ke sini, anda juga boleh menelefon nombor yang tertera pada gambar di atas supaya tidak perlu menunggu lama. Tempah dahulu, kemudian baru datang ke gerai Apam Balik Keluarga Hussein.
No comments:
Post a Comment