Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, June 10, 2016

Tempat Makan Best Johor| Pineapple Cafe Pontian | Kerepek Nanas| Masakan Berasaskan Nanas

Siapa di sini suka makan nanas? Anda sudah pernah mencuba kerepek nanas? Pernah melihat bagaimana kerepek nanas dihasilkan?

Baru-baru ini saya berkesempatan mencuba kerepek nanas, tetapi masih lagi tidak berpeluang untuk melihat cara kerepek ini dihasilkan. Puas saya dan Cik Lan mencari kilang yang membuat kerepek nanas tetapi pencarian kami ketika itu masih lagi menemui jalan buntu. 

Agak lewat petang, seseorang menunjukkan kami jalan ke kilang tersebut. Disebabkan kami mempunyai perancangan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai, maka hasrat untuk menyaksikan pembuatan kerepek nanas ditangguhkan sementara waktu sehinggalah ada masa yang sesuai kelak.


Lokasi Jualan Kerepek Nanas

Jika anda hanya ingin makan kerepek nanas dan tidak berhasrat untuk melihat proses penghasilannya, maka kerepek ini boleh didapati di Pontian, Johor. Antara kedai yang menjual kerepek nanas adalah:

1) Seri Ananas Shoppe

2) Pineapple Cafe

Kedua-dua kedai ini terletak bersebelahan sahaja iaitu berhadapan dengan Terminal Pengangkutan Awam Pontian.

Waktu kami tiba, Seri Ananas Shoppe tutup pada hari tersebut. Maka, kami ke Pineapple Cafe atau dikenali juga sebagai Anasia Cafe.

Alamat tempat jualan kerepek nanas:

Pineapple Cafe (Kafe Nanas)
Jalan Delima 2

Ini adalah Seri Ananas Shoppe. Betul-betul berhadapan dengan Terminal Pengangkutan Awam Pontian

Masakan Berasaskan Nanas di Pineapple Cafe @ Anasia Cafe


Jualan kerepek nanas di Pineapple Cafe hanyalah sampingan sahaja. Kafe yang berkonsepkan nanas ini sebenarnya mempunyai pelbagai menu menarik yang sedap dan patut anda cuba. Ya, pastinya menu mereka berasaskan nanas!
  
Hiasan dalaman kedai ringkas sahaja tetapi masih cuba mengekalkan konsep hiasan berasaskan nanas. Gambar di atas adalah pencungkil gigi dan tempat letak tisu yang mempunyai bentuk nanas.

Damia pula sudah berkenan dengan bekas makanan berbentuk nanas

Menu di Pineapple Cafe @ Anasia Cafe

Antara menu istimewa berasaskan nanas ialah:

- Nasi Ayam Penyet Nanas
- Pat Bing Soo Pineapple
- Pineapple Milk Shake
- Cendol Nanas Karamel
- Mee Goreng Nanas
- Jus Nanas Segar
- Nasi Goreng Nanas
- Sup Kambing Nanas

 
 
Selain itu, mereka turut menjual makanan panas yang biasa (tidak berasaskan nanas). Anda boleh merujuk senarai harga makanan seperti di atas.

Menu Pilihan Kami di Pineapple Cafe


Ini pula adalah menu yang kami cuba di sini:

 ~ Nasi Goreng Nanas dan Jus Nanas ~

 ~ Sup Kambing Nanas dan Cendol Nanas  ~

 ~ Mee Goreng Nanas  ~


Memang sedap makanan di sini. Terasa manis dan masam buah nanas yang seimbang dalam setiap masakan. Kenapa seimbang? Kerana mereka menggunakan nanas yang manis, maka rasa masakan tidak berasa terlalu masam.

Kerepek Nanas

Inilah dia kerepek nanas yang saya maksudkan. Ianya didatangkan dengan bungkusan yang sangat menarik. Masih mengekalkan rasa asli nenas yang manis dan sedikit masam. Tetapi bagi saya ianya agak manis, mungkin ada gula tambahan.

 ~ Kerepek Nanas (Pineapple Chips) ~

Antara bahan yang digunakan untuk membuat kerepek nanas ialah nanas, sirap glukosa dan minyak kelapa sawit. Harga kerepek ini ialah RM 7 sebungkus. Isi kandungan kerepek ini tidaklah terlalu banyak, sekitar 7 atau 8 hirisan nanas sahaja.

Kerepek ini dikilangkan oleh Pusat Bimbingan Usahawan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Selain kerepek nanas, anda juga boleh mencuba kopi nanas

Produk berasaskan nanas telah diperkenalkan secara komersial di Malaysia dan ini membuktikan bahawa kita juga mampu menghasilkan produk yang mempunyai identiti tersendiri. Selain buah nanas, buah-buahan lain yang turut dikomersialkan menjadi kerepek ialah buah cempedak dan lobak merah (carrot). Jika berpeluang, saya juga ingin mencuba kerepek cempedak dan kerepek carrot kelak.



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno