Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, June 6, 2016

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia

Siapa sangka Benua Asia yang terdiri dari beberapa wilayah itu penghujungnya adalah di Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor. Tanjung Piai adalah tanah/titik penghujung paling selatan bagi Benua Asia. Sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi warga Johor, saya bangga dengan fakta tersebut. 

Tanjung Piai telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004. Kawasan ini merangkumi hutan paya bakau yang luas dan didiami oleh pelbagai spesies flora dan fauna. 

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia
Tugu "Selamat datang Ke Tanjung Piai"

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia
Posing Si Damia

Lokasi Taman Negara Tanjung Piai


Taman Negara Tanjung Piai terletak di Kukup,  Pontian, Johor iaitu kira-kira 75 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Jika anda dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar di susur keluar Simpang Renggam. Kemudian, gunakan Lebuhraya Benut-Pontian-Kukup. Apabila tiba di Kukup, ikut arah papan tanda menuju ke Tanjung Piai.

Alamat:

Mukim Serkat,
82030 Pontian
Tel           : 07-6969 712/ 6969 796
Faks        : 07-6969 786 / 07-6961 029
Website : www.johorparks.com.my

Waktu Operasi:
Selasa hingga Jumaat: 9.00 pagi -5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 9.00 pagi- 5.30 petang


Bayaran Masuk ke Taman Negara Tanjung Piai

Bayaran masuk adalah seperti di bawah:

Kategori
Warganegara
Bukan Warganegara
Dewasa
RM 5
RM 20
Bawah 18 Tahun dan Warga Emas
RM 3
RM 10
Kanak-kanak ( 6 Tahun ke bawah)
Percuma
Percuma


Persekitaran Taman Negara & Kemudahan Awam

Kawasan taman negara ini dipenuhi dengan haiwan liar terutamanya monyet yang begitu mudah dilihat dimana-mana sahaja di sekitar kawasan ini.

      Kelihatan begitu banyak monyet dan lotong (spesis monyet dengan muka bewarna putih)

Parkir meletak kenderaan disediakan dalam bilangan yang banyak. Kemudahan surau, tandas awam, tempat rehat dan kedai cenderahati turut terdapat di sini.


Apa yang ada di Taman Negara Tanjung Piai?


Sebaik sahaja kaki anda melepasi ruang pemeriksaan tiket, mata anda akan dijamu dengan pemandangan hutan paya bakau yang menebal. Bau lumpur yang sedikit kurang enak juga menerjah deria bau anda. Sesekali, kedengaran bunyi unggas sahut-sahutan.

Ruang pejalan kaki yang beratap telah dibina bagi memudahkan perjalanan pengunjung menelusuri hutan kayu bakau ini.

Anda memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat kerana perlu berjalan sejauh 534 meter untuk sampai ke destinasi yang dianggap titik akhir penghujung Benua Asia ini.

Pelbagai jenis spesies bakau terdapat di sini

Setiap jenis bakau ini dilabel dengan nama saintifik yang berbeza-beza. Sambil berjalan tambah pengetahuan.

Sedikit fakta:

1) Sebelum diisytiharkan sebagai Taman Negara, Tanjung Piai adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan

2) Tahun 2001: Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia

3) Tahun 2002: Taman ini telah dibuka kepada orang ramai

4) Tahun 2003: Diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada 31 Januari 2003

5) Tahun 2004: Digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004

Untuk info yang lebih lanjut boleh BACA DISINI

Kemudahan pelantar peninjau juga turut disediakan di sini

Pelantar tinjau ini memudahkan pengunjung melihat pandangan hutan kayu bakau secara lebih luas dari bahagian atas

Tips Melawat Taman Negara Tanjung Piai

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia

Tips 1: Pakai kasut yang bersesuaian

Disebabkan perjalanan agak jauh, maka tak perlulah bertumit tinggi especially yang tumit sebatang tu. Letih dan kesian kat kaki woo..Haha. 


Tips 2: Bawa pakaian ganti

Sememangnya akan berpeluh yang amat, maka anda boleh menukar pakaian jika membawa pakaian ekstra.


Tips 3: Bawa Air yang mencukupi


Hanya air sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kawasan Taman Negara. Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk sama sekali


Tips 4: Bawa stroller bagi yang membawa anak kecil



Kalau kita yang dewasa pun penat, apatah lagi anak-anak kecil. Silap haribulan kena dukung pula. Damia waktu ni memang dah tak larat. Tapi siapa yang larat nak dukung dia, dah 24 kg. Haha. Terpaksalah juga dia jalan perlahan-lahan. 

At last, saya cakap kat dia, lumba jalan cepat dengan mama. Siapa cepat sampai dia menang. Barulah Damia jalan cepat-cepat dan bersemangat nak sampai ke penghujung.

Baju Cik Lan pun dah lencun habis

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia
 ~ Penghujung Tanah Benua Asia di selatan ~

Tempat Menarik di Johor|Taman Negara Tanjung Piai Pontian- Penghujung Benua Asia
Akhirnya sampai juga ke penghujung paling selatan bagi Benua Asia ni. Agak mencabar bagi orang yang tak biasa exercise. Kalau hari-hari jogging ok rasanya.

Sekian sahaja entri kali ini mengenai tempat menarik di Johor. Orang Johor yang belum pernah sampai ke sini patut berbangga dan menjejakkan kaki ke Taman Negara Tanjung Piai secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno