Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, July 29, 2016

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Jika anda Google "cara kempiskan perut buncit" pasti anda akan terjumpa pelbagai teknik dan petua untuk mengempiskan perut yang buncit. Ada yang mencadangkan untuk minum air limau, halia dan sebagainya. Tetapi bagi saya cara yang paling berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit ialah melalui senaman. Betul, hanya dengan senaman sahaja lemak di bahagian perut mampu untuk dikurangkan. 

Tetapi, mengikut kata Kevin Zahri, sebelum melakukan sesuatu senaman yang bertumpu pada sesuatu bahagian abdomen sahaja seperti perut, seseorang perlulah melakukan aktiviti senaman kardiovaskular terlebih dahulu untuk keseluruhan tubuh badan. Jika anda ingin menurunkan berat badan, senaman kardio memang sangat penting bagi meningkatkan metabolisme badan anda.

Sangat Berkesan Kempiskan Perut Buncit


Namun, bagi mereka yang telah mempunyai berat badan ideal, tetapi hanya mempunyai masalah perut yang buncit, maka senaman mengempiskan perut buncit ini patut anda cuba lakukannya di rumah. Saya sendiri telah melakukannya dan terbukti sangat berkesan.

Masa yang diperlukan hanyalah 10 minit bagi setiap sesi. Jika anda ingin mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda boleh mengulangi langkah senaman tersebut sebanyak 3 kali. Bagi saya yang bekerja, saya hanya melakukan 10 minit sahaja sebelum pergi kerja dan setelah habis bekerja pada sebelah petang atau malam,saya akan melakukannya sekali lagi selama 10 minit. 

p/s: Tapi saya tak buat semua pergerakan pun, rasa macam tak mampu je. haha (sebenarnya malas, buat yang senang je). Tapi buat yang senang pun ada effect. Kalau korang konsisten ikut betul-betul mesti lagi kebabom perut korang!


Senaman Kempiskan Perut 10 Minit

Walaupun masa yang diambil hanyalah 10 minit, namun terdapat 10 jenis pergerakan berbeza di dalam senaman ini dimana setiap pergerakan perlu dilakukan selama 45 saat.

10 pergerakan
1 pergerakan= 45 saat
Rehat= 15 saat setelah selesai sesuatu pergerakan

Jadi, 10 pergerakan= 45 saat x 10= 450 saat
Rehat= 15 saat x 10 = 150 saat
Total= 600 saat= 10 minit

10 jenis pergerakan yang terdapat di dalam senaman ini adalah:

1) Flutter Kicks
2) Reaching Oblique Crunch
3) Pilates Side Hip Raises (Kiri)
4) Pilates Side Hip Raises (Kanan)
5) Russian Twists
6) Toe Touch Crunches
7) Pilates Leg Pulls (facing down)
8) Pilates Leg Pulls (facing up)
9) Pilates Toe Taps
10) Knee Tuck Crunches

1) Flutter Kicks

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Posisi berbaring. Kepala diangkat sedikit, tangan kiri dan kanan di sisi, kaki lurus. Perlahan-lahan, angkat kaki ke atas secara berselang seli. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

2) Reaching Oblique Crunch



Posisi berbaring tetapi kaki dibengkokkan ke atas seperti gambar. Sebelah tangan di bahagian bawah kepala, manakala sebelah tangan lagi cuba menyentuh sisi kaki secara bersilang (maksudnya, tangan kanan cuba sentuh sisi kaki sebelah kiri). Lakukan dalam kiraan 45 saat.

3) Pilates Side Hip Raises (Kiri)


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Posisi seperti gambarajah di atas. Tolakkan punggung ke atas. Tangan di bahagian bawah cuba menahan berat badan semampu mungkin. Ketika menolak punggung ke atas, posisi badan mestilah tegak.Lakukan dalam kiraan 45 saat.

4) Pilates Side Hip Raises (Kanan)

Sama seperti di atas. Bezanya hanya posisi kiri dan kanan pinggang sahaja.

5) Russian Twists


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Pergerakan ini mudah sahaja. Hanya perlu memusingkan badan ke kiri dan kanan dengan kedudukan tangan dan kaki seperti gambarajah. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

6) Toe Touch Crunches


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Posisi menelentang tetapi kaki dan tangan diangkat ke atas seperti gambarajah. Kemudian, angkat badan supaya tangan mencecah kaki. Lakukan dalam kiraan 45 saat.


7) Pilates Leg Pulls (facing down)

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Kedudukan badan, kaki dan tangan seperti gambarajah di atas. Muka menghadap ke bawah. Kemudian, angkat kaki kiri dan kanan secara berselang seli ke atas. Pastikan kaki anda lurus ketika ini. Tangan cuba sedaya upaya untuk menampung berat badan. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

8) Pilates Leg Pulls (facing up)

                                 Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman


Kedudukan tangan dan kaki hendaklah lurus seperti posisi di atas. Muka menghadap ke atas. Kemudian, angkat kaki kiri dan kanan secara berselang seli ke atas. Pastikan kaki anda lurus ketika ini. Tangan cuba sedaya upaya untuk menampung berat badan. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

9) Pilates Toe Taps

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Posisi menelentang dengan tangan kanan dan kiri di bahagian sisi. Kemudian, bengkokkan kaki 90 darjah seperti gambarajah di atas. Turunkan kaki kiri dan kanan secara berselang seli. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

10) Knee Tuck Crunches

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Kedudukan kaki dan tangan seperti posisi di atas. Perlahan-lahan, luruskan kaki ke hadapan tetapi jangan menyentuh lantai. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

Video Kempiskan Perut

Jika anda ingin menyaksikan pergerakan senaman ini dengan lebih jelas, maka saksikan video di bawah dari Fitness Blender.


Selamat mengempiskan perut buncit dan semoga berjaya!


Thursday, July 28, 2016

Malaysian International Food & Beverage 2016 | MIFB 2016

Semalam kitaorang kena attend conference bersempena Malaysian International Food & Beverage 2016 yang berlangsung selama 3 hari bermula 27 Julai 2016 sehinggalah 29 Julai 2016. Sempatlah juga merakam beberapa gambar penting ketika di sana.

Majlis Perasmian oleh Y.B Dato' Seri Ong Ka Chuan, Minister(II) International Trade & Industry

Y. B Dato' Dzulkifli Mahmud, CEO Matrade (bertali leher kuning)

 Speaker dari Australia

Speaker dari Singapura 
Speaker dari Nestle Malaysia

Speaker dari Monash Malaysia. Nak juga..haha. Takdelah, kitaorang tak present pun, meramaikan majlis je. Hihi

Untuk makluman lanjut mengenai MIFB 2016 sila layari www.mifb.com.my

Wednesday, July 27, 2016

Educational Toys For Damia

Damia sekarang sedang belajar mengira, jadi saya ada belikan dia alat bantu mengajar untuk dia lebih cepat faham operasi tambah dan tolak.

                                  
Saya beli dari Qoo10 pada 11/6/2016

Semalam 26/7/2016 baru sampai.Kira-kira sebulan setengah juga ambil masa untuk sampai kalau beli barang overseas ni.

 Wooden stick dengan 4 warna beserta blok nombor dan operasi

Harap Damia akan suka dan lebih seronok belajar Matematik lepas ni.. 

Tuesday, July 26, 2016

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi

SkyCab Cable Car Langkawi merupakan tempat wajib untuk dikunjungi jika anda berada di Langkawi. Namun bagi yang gayat mungkin harus berfikir beberapa kali. Kenapa? Kerana stesen kereta kabel ini hanya mempunyai 3 stesen iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Dalam erti kata mudahnya, kabel tempat gondola disangkutkan itu hanya dihubungkan oleh tiga batang pacak tiang sahaja untuk menyokongnya. Memang ngeri!


Lokasi SkyCab Cable Car Langkawi


SkyCab Cable Car Langkawi terletak di dalam Oriental Village, di kaki Gunung Machinchang iaitu kira-kira 39 minit memandu dari Pekan Kuah atau 20 minit memandu dari Langkawi International Airport.

Peta jalan ke SkyCab. Ihsan: www.panoramalangkawi.com

Dalam kawasan Oriental Village

Pemandangan Dari Dalam Gondola SkyCab Cable Car Langkawi

Menunggu Gondola

Kalau nak tahu harga tiket boleh RUJUK DISINI

Pandangan dari gondola di Base Station

Damia sangat sporting. Dia tak takut ketinggian

Cuak juga sebenarnya duduk dalam gondola ni. Terutamanya apabila gondola berhenti tiba-tiba dan kami terbuai-buai di atas kabel buat beberapa minit. Rupa-rupanya keadaan gondola terhenti itu adalah disebabkan oleh pengunjung yang mempunyai kesukaran untuk memasuki gondola.

Katakan terdapat warga emas ingin memasuki gondola, maka kelajuan pergerakan gondola akan dilambatkan sedikit bagi memudahkan warga emas itu tadi memasuki gondola. Jadi kami yang telah berada di tengah-tengah gunung ini turut terasa kesannya. Panjang lebar penerangan petugas di SkyCab ketika Cik Lan bertanya kenapa gondola berhenti seketika di awangan.

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Cantik betul pemandangan batuan di Gunung Machinchang

Menurut sumber, Langkawi Geopark adalah satu kawasan yang wujud hasil dari pembentukan batuan geologi lebih kurang 500 tahun dahulu. Kalau diikutkan, puncak pertama (Base Station) dan kedua (Middle Station) serta sky bridge (Top Station) ini terletak di atas batuan geologi.  

Top Station- Menunggu giliran menaiki Sky Glide untuk ke Sky Bridge

Waktu kami ke sini, Sky Glide baru sahaja seminggu beroperasi (kami pergi bulan Oktober 2015 kalau tak silap). Disebabkan baru sahaja beroperasi, maka beratur panjanglah pengunjung untuk menunggu khidmat Sky Glide ini. Buat masa ini hanya terdapat satu sahaja Sky Glide di Sky Cab Langkawi.

Tujuan utama Sky Glide ini adalah untuk memudahkan pengunjung terutamanya yang tidak berkemampuan untuk berjalan kaki ke Sky Bridge. 

Cik Lan pernah pergi sini tahun 2012, waktu tu Sky Glide tidak wujud lagi. Jadi, suka atau tidak pengunjung perlu berjalan kaki untuk sampai ke Sky Bridge. Menurut Cik Lan, jaraknya tidaklah terlalu jauh. Tetapi perjalanan yang berbukit-bukit itu menyukarkan pengunjung terutamanya warga emas dan pastinya juga buat mereka yang jarang bersenam.

Untuk turun ke Sky Bridge mungkin masih boleh bertahan, tetapi dari Sky Bridge untuk naik semula ke Top Station yang sedikit menyukarkan. Termengah-mengah mendaki dibuatnya.

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Sabar menunggu Sky Glide

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Sky Glide bentuknya seperti lif. Bezanya ada rel di bawah bagi menggerakkannya. Ala-ala naik roller coster yang bergerak perlahan dalam bentuk lif.

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Akhirnya sampai di Sky Bridge!

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Masha Allah, cantik betul pemandangan dari sini, pada ketinggian kira-kira 708 meter dari aras laut

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Di atas Sky Bridge terdapat beberapa kawasan yang dibina dari kaca. Jadi, pengunjung boleh berdiri di sini dan melihat pemandangan bawah secara terus. Boleh tahan kecut perut juga. Haha

Tempat Menarik di Langkawi| SkyCab Cable Car Langkawi
Salah seorang pengunjung di sini yang ingin bergambar dengan Damia. Mia comel sangat ke? Anak mama memang comel..Hehe

Bergambar kenangan di atas Sky Bridge dan diabadikan di dalam fridge magnet. Kenangan terindah di SkyCab Cable Car Langkawi!

Monday, July 25, 2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

Hari tu saya join giveway Spenda Lusuh dan menang hadiah wang tunai RM 5. Walaupun nampak nilai RM 5 tu kecil je, tapi seronok memeriahkan giveaway ni sebenarnya. Suatu hari nanti saya pun nak anjurkan giveaway sendiri.


Syarat-syaratnya ialah:
  • Follow Blog SpendaLusuh (bagi yang belum follow).
  • Like Facebook page SpendaLusuh (bagi yang belum like)
  • Buat satu entry bertajuk “Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh”
  • Comment di link post Spenda Lusuh.

- Pemenang2 akan ditentukan oleh SpendaLusuh sendiri
- SpendaLusuh akan memilih 7 follower yg paling FANTASTIC sebagai pemenang.
- Kalau sempat, keputusan akan diumumkan pada 1/8/2016.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.



Semoga berjaya!

Saturday, July 23, 2016

Kompleks Haji Ismail Group | Tempat Shopping Termurah di Langkawi

Tempat shopping di Langkawi sememangnya menjadi tarikan pelancong tempatan ataupun antarabangsa kerana status pulau sumpahan Mahsuri itu sebagai pusat perdagangan bebas cukai. Antara tempat shopping yang terkenal di sini ialah Kompleks HIG atau nama penuhnya Kompleks Haji Ismail Group.

Inilah dia Kompleks HIG yang sentiasa penuh dengan pengunjung

Lokasi Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

Haji Ismail Groupbermula dengan beberapa buah cawangan kedai di Langkawi. Namun kini, Haji Ismail Group (HIG) telah pun melebarkan empayarnya dengan memiliki Kompleks HIG ataupun HIG Mall dan juga Hotel HIG.

Alamat:

G1, Kompleks HIG,
Jalan Penarak, 07000,
Kuah, Langkawi


Kompleks HIG yang mula beroperasi pada tahun 2013 ini terletak bersebelahan dengan Hotel HIG. Jika anda ingin memudahkan proses shopping di Langkawi, anda boleh menginap di Hotel HIG. Hanya berjalan kaki anda sudah boleh sampai ke Kompleks HIG



Barangan Yang Dijual di Haji Ismail Group (HIG)

Terdapat pelbagai barangan seperti coklat, pinggan mangkuk, beg, periuk dan pelbagai lagi kelengkapan rumah ada dijual di sini. Sejujurnya, harga di HIG jauh lebih rendah berbanding pusat membeli belah bebas cukai lain yang terdapat di Langkawi.

Kompleks Haji Ismail Group | Tempat Shopping Termurah di Langkawi

Kompleks Haji Ismail Group | Tempat Shopping Termurah di Langkawi
Langkawi sememangnya merupakan syurga coklat di Malaysia. Kebanyakan coklat import atau local ada dijual disini

Hasil "Tangkapan" Kami di Haji Ismail Group (HIG)


Tiada apa-apa sangat yang kami beli di sini melainkan coklat

Daim, Belgian Chocolate, Beryls dan White Chocolate

Coklat yang paling tak sedap ialah Belgian Tiramisu Coklat (gambar kotak putih yang ada reben coklat tu). Saya tak boleh terima rasa dia. Uwek!!Haha
Coklat yang paling special pula ialah Espresso Coffee Delight keluaran Beryl's. Coklat ini mempunyai biji kopi goreng di dalamnya. Dalam setiap gigitan coklat pasti akan tergigit biji kopi. Cik Lan sukalah kopi, saya tak berapa suka sangat.

 
Damia? Dia lagi tak pandai makan coklat atau gula-gula sangat. Memang kitaorang tak bagi, sebab tu dia tak pandai makan. Haha. Tapi kali ni, bagilah dia makan sekali-sekala. Tapi dah bagi pun dia tak nak, sebab tak biasa makan.

Itu sahaja kisah kami di Kompleks HIG yang merupakan pusat membeli belah termurah di Langkawi. Jumpa lagi lain entri. Bye!



Friday, July 22, 2016

Farewell Party For Shazmin

Hari ni merupakan hari terakhir Shaz di Monash sebagai staff, lepas ni dia masih lagi di Monash, cuma status sahaja berbeza. Shaz sambung belajar, dia ambil Honours. Menu Farewell Party kali ni disediakan khas oleh Raudhah yang rajin mencuba resepi baru.

 Menu utama masakan Raudhah ialah Mandy Chicken

 Mandy makan dengan cili dan sup ayam

 Raudhah pun ada buat roti jala

Roti jala makan dengan kari ayam

 Untuk tambah-tambah menu yang ada saya bawalah Cheese Cake, Sushi dan Jus Jambu dan Tropicana Orange

Shaz pula bawa cup cakes


Menu kami hari ni..Kenyang makan, banyak lebih lagi. Almaklum makan berempat je..

 Inilah dia Shazmin..Warganegara Kenya

 First time tengok Chinese boleh makan guna tangan. Respect la Keith!


 Ini dia tukang masak yang comel! 

Good Luck, Shaz! Semoga senang dan dipermudahkan segala urusan buat Honours di Monash University ni. Amin..
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno