Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, July 29, 2016

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Jika anda Google "cara kempiskan perut buncit" pasti anda akan terjumpa pelbagai teknik dan petua untuk mengempiskan perut yang buncit. Ada yang mencadangkan untuk minum air limau, halia dan sebagainya. Tetapi bagi saya cara yang paling berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit ialah melalui senaman. Betul, hanya dengan senaman sahaja lemak di bahagian perut mampu untuk dikurangkan. 

Tetapi, mengikut kata Kevin Zahri, sebelum melakukan sesuatu senaman yang bertumpu pada sesuatu bahagian abdomen sahaja seperti perut, seseorang perlulah melakukan aktiviti senaman kardiovaskular terlebih dahulu untuk keseluruhan tubuh badan. Jika anda ingin menurunkan berat badan, senaman kardio memang sangat penting bagi meningkatkan metabolisme badan anda.

Sangat Berkesan Kempiskan Perut Buncit


Namun, bagi mereka yang telah mempunyai berat badan ideal, tetapi hanya mempunyai masalah perut yang buncit, maka senaman mengempiskan perut buncit ini patut anda cuba lakukannya di rumah. Saya sendiri telah melakukannya dan terbukti sangat berkesan.

Masa yang diperlukan hanyalah 10 minit bagi setiap sesi. Jika anda ingin mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda boleh mengulangi langkah senaman tersebut sebanyak 3 kali. Bagi saya yang bekerja, saya hanya melakukan 10 minit sahaja sebelum pergi kerja dan setelah habis bekerja pada sebelah petang atau malam,saya akan melakukannya sekali lagi selama 10 minit. 

p/s: Tapi saya tak buat semua pergerakan pun, rasa macam tak mampu je. haha (sebenarnya malas, buat yang senang je). Tapi buat yang senang pun ada effect. Kalau korang konsisten ikut betul-betul mesti lagi kebabom perut korang!


Senaman Kempiskan Perut 10 Minit

Walaupun masa yang diambil hanyalah 10 minit, namun terdapat 10 jenis pergerakan berbeza di dalam senaman ini dimana setiap pergerakan perlu dilakukan selama 45 saat.

10 pergerakan
1 pergerakan= 45 saat
Rehat= 15 saat setelah selesai sesuatu pergerakan

Jadi, 10 pergerakan= 45 saat x 10= 450 saat
Rehat= 15 saat x 10 = 150 saat
Total= 600 saat= 10 minit

10 jenis pergerakan yang terdapat di dalam senaman ini adalah:

1) Flutter Kicks
2) Reaching Oblique Crunch
3) Pilates Side Hip Raises (Kiri)
4) Pilates Side Hip Raises (Kanan)
5) Russian Twists
6) Toe Touch Crunches
7) Pilates Leg Pulls (facing down)
8) Pilates Leg Pulls (facing up)
9) Pilates Toe Taps
10) Knee Tuck Crunches

1) Flutter Kicks

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Posisi berbaring. Kepala diangkat sedikit, tangan kiri dan kanan di sisi, kaki lurus. Perlahan-lahan, angkat kaki ke atas secara berselang seli. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

2) Reaching Oblique Crunch



Posisi berbaring tetapi kaki dibengkokkan ke atas seperti gambar. Sebelah tangan di bahagian bawah kepala, manakala sebelah tangan lagi cuba menyentuh sisi kaki secara bersilang (maksudnya, tangan kanan cuba sentuh sisi kaki sebelah kiri). Lakukan dalam kiraan 45 saat.

3) Pilates Side Hip Raises (Kiri)


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Posisi seperti gambarajah di atas. Tolakkan punggung ke atas. Tangan di bahagian bawah cuba menahan berat badan semampu mungkin. Ketika menolak punggung ke atas, posisi badan mestilah tegak.Lakukan dalam kiraan 45 saat.

4) Pilates Side Hip Raises (Kanan)

Sama seperti di atas. Bezanya hanya posisi kiri dan kanan pinggang sahaja.

5) Russian Twists


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Pergerakan ini mudah sahaja. Hanya perlu memusingkan badan ke kiri dan kanan dengan kedudukan tangan dan kaki seperti gambarajah. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

6) Toe Touch Crunches


Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman
Posisi menelentang tetapi kaki dan tangan diangkat ke atas seperti gambarajah. Kemudian, angkat badan supaya tangan mencecah kaki. Lakukan dalam kiraan 45 saat.


7) Pilates Leg Pulls (facing down)

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Kedudukan badan, kaki dan tangan seperti gambarajah di atas. Muka menghadap ke bawah. Kemudian, angkat kaki kiri dan kanan secara berselang seli ke atas. Pastikan kaki anda lurus ketika ini. Tangan cuba sedaya upaya untuk menampung berat badan. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

8) Pilates Leg Pulls (facing up)

                                 Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman


Kedudukan tangan dan kaki hendaklah lurus seperti posisi di atas. Muka menghadap ke atas. Kemudian, angkat kaki kiri dan kanan secara berselang seli ke atas. Pastikan kaki anda lurus ketika ini. Tangan cuba sedaya upaya untuk menampung berat badan. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

9) Pilates Toe Taps

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Posisi menelentang dengan tangan kanan dan kiri di bahagian sisi. Kemudian, bengkokkan kaki 90 darjah seperti gambarajah di atas. Turunkan kaki kiri dan kanan secara berselang seli. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

10) Knee Tuck Crunches

Cara Kempiskan Perut Buncit Melalui 10 Minit Senaman

Kedudukan kaki dan tangan seperti posisi di atas. Perlahan-lahan, luruskan kaki ke hadapan tetapi jangan menyentuh lantai. Lakukan dalam kiraan 45 saat.

Video Kempiskan Perut

Jika anda ingin menyaksikan pergerakan senaman ini dengan lebih jelas, maka saksikan video di bawah dari Fitness Blender.


Selamat mengempiskan perut buncit dan semoga berjaya!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno