Bulan Ramadhan dan Syawal kali ini memang penuh dengan cabaran dan kepenatan kerana kami baru sahaja berpindah rumah, dari Seksyen U11 ke Seksyen 13 Shah Alam. Disebabkan jarak yang dekat kira-kira 10 min dari rumah lama ke rumah baru, maka kami mengangkat barang sedikit demi sedikit ke rumah baru menggunakan kereta pada hampir setiap malam di bulan Ramadhan tempoh hari.
Waktu tidur dan belajar Damia juga sedikit terganggu disebabkan perubahan ini. "Mia kat sekolah kena rotan ma, sebab tidur kat kelas". Takpelah Mia, dah siap pindah ni kita adjust semula jadual ye.
Alkisahnya, disebabkan perpindahan ini, kami terpaksa menjual sofa dan kabinet lama kerana di rumah baru telah ada built in cabinet, sementara sofa pula telah dibeli sofa baru. Fikir-punya fikir macam mana nak jual sofa dan kabinet lama ni. Akhirnya saya mengiklankan kedua-dua perabot terpakai ini di www.mudah.my.
Memang betul-betul mudah. Dalam masa 10 minit sahaja gambar dimuat naik di Mudah, terdapat lebih kurang 20 orang bertanyakan mengenai sofa dan kabinet. Laku keras betul sofa dan kabinet ni.
Sofa kami jual RM70
Kabinet dapur pula RM 80
Air cond 2 hp kami jual RM 500
Semuanya habis terjual dalam masa kurang 15 minit. Dashat!
Murah sangat ke? Sampai berebut-rebut orang beli. Haha. Yang tak dapat tu, kecewa, sedih pun ada.
No comments:
Post a Comment