SkyCab Cable Car Langkawi merupakan tempat wajib untuk dikunjungi jika anda berada di Langkawi. Namun bagi yang gayat mungkin harus berfikir beberapa kali. Kenapa? Kerana stesen kereta kabel ini hanya mempunyai 3 stesen iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Dalam erti kata mudahnya, kabel tempat gondola disangkutkan itu hanya dihubungkan oleh tiga batang pacak tiang sahaja untuk menyokongnya. Memang ngeri!
Lokasi SkyCab Cable Car Langkawi
SkyCab Cable Car Langkawi terletak di dalam Oriental Village, di kaki Gunung Machinchang iaitu kira-kira 39 minit memandu dari Pekan Kuah atau 20 minit memandu dari Langkawi International Airport.
Peta jalan ke SkyCab. Ihsan: www.panoramalangkawi.com
Dalam kawasan Oriental Village
Pemandangan Dari Dalam Gondola SkyCab Cable Car Langkawi
Pandangan dari gondola di Base Station
Damia sangat sporting. Dia tak takut ketinggian
Cuak juga sebenarnya duduk dalam gondola ni. Terutamanya apabila gondola berhenti tiba-tiba dan kami terbuai-buai di atas kabel buat beberapa minit. Rupa-rupanya keadaan gondola terhenti itu adalah disebabkan oleh pengunjung yang mempunyai kesukaran untuk memasuki gondola.
Katakan terdapat warga emas ingin memasuki gondola, maka kelajuan pergerakan gondola akan dilambatkan sedikit bagi memudahkan warga emas itu tadi memasuki gondola. Jadi kami yang telah berada di tengah-tengah gunung ini turut terasa kesannya. Panjang lebar penerangan petugas di SkyCab ketika Cik Lan bertanya kenapa gondola berhenti seketika di awangan.
Cantik betul pemandangan batuan di Gunung Machinchang
Menurut sumber, Langkawi Geopark adalah satu kawasan yang wujud hasil dari pembentukan batuan geologi lebih kurang 500 tahun dahulu. Kalau diikutkan, puncak pertama (Base Station) dan kedua (Middle Station) serta sky bridge (Top Station) ini terletak di atas batuan geologi.
Top Station- Menunggu giliran menaiki Sky Glide untuk ke Sky Bridge
Tujuan utama Sky Glide ini adalah untuk memudahkan pengunjung terutamanya yang tidak berkemampuan untuk berjalan kaki ke Sky Bridge.
Cik Lan pernah pergi sini tahun 2012, waktu tu Sky Glide tidak wujud lagi. Jadi, suka atau tidak pengunjung perlu berjalan kaki untuk sampai ke Sky Bridge. Menurut Cik Lan, jaraknya tidaklah terlalu jauh. Tetapi perjalanan yang berbukit-bukit itu menyukarkan pengunjung terutamanya warga emas dan pastinya juga buat mereka yang jarang bersenam.
Untuk turun ke Sky Bridge mungkin masih boleh bertahan, tetapi dari Sky Bridge untuk naik semula ke Top Station yang sedikit menyukarkan. Termengah-mengah mendaki dibuatnya.
Sabar menunggu Sky Glide
Sky Glide bentuknya seperti lif. Bezanya ada rel di bawah bagi menggerakkannya. Ala-ala naik roller coster yang bergerak perlahan dalam bentuk lif.
Akhirnya sampai di Sky Bridge!
Masha Allah, cantik betul pemandangan dari sini, pada ketinggian kira-kira 708 meter dari aras laut
Di atas Sky Bridge terdapat beberapa kawasan yang dibina dari kaca. Jadi, pengunjung boleh berdiri di sini dan melihat pemandangan bawah secara terus. Boleh tahan kecut perut juga. Haha
Salah seorang pengunjung di sini yang ingin bergambar dengan Damia. Mia comel sangat ke? Anak mama memang comel..Hehe
Bergambar kenangan di atas Sky Bridge dan diabadikan di dalam fridge magnet. Kenangan terindah di SkyCab Cable Car Langkawi!
No comments:
Post a Comment