Bermula 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016, KWSP telah membuka pendaftaran kepada ahlinya untuk menukar akaun KWSP dari Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah. Simpanan Shariah ini akan dilancarkan pada 1 Januari 2017 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Peruntukan yang diberikan pada peringkat permulaan ini adalah sebanyak RM100 bilion dan tertakluk kepada "siapa cepat dia dapat".
Perbezaan Simpanan KWSP Konvensional Dengan Simpanan Shariah
Sila rujuk jadual perbezaan di bawah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah:
CIRI-CIRI
|
SIMPANAN KONVENSIONAL
|
SIMPANAN SHARIAH
|
KEAHLIAN
|
Terbuka kepada semua yang
wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
|
|
AKAD
|
Tidak tertakluk kepada
sebarang akad
|
Tertakluk kepada Akad
Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah
|
KADAR DIVIDEN
|
Kadar dividen adalah
berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional(pelaburan tidak patuh
Syariah dan patuh Syariah).
|
Kadar dividen adalah
berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar
dividen minimum
|
PERAKUAN JAWATANKUASA PENASIHAT SHARIAH (JKPS)
|
Tidak tertakluk kepada
perakuan JKPS
|
Diperakukan oleh JKPS
|
PERTUKARAN AKAUN
|
Ahli boleh memilih untuk
bertukar ke Simpanan Shariah
|
Ahli tidak boleh untuk
memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa
|
Perbezaan ketara di sini ialah kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan kepada portfolio pelaburan patuh shariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum sebanyak 2.5% seperti yang terdapat pada Simpanan Konvensional.
Perubahan KWSP ini adalah suatu perubahan yang sangat baik dan turut mendapat maklum balas positif dari pencarum bukan Islam sebagaimana diberitakan oleh Bernama. KLIK SINI UNTUK BACA
Sebarang maklumat lanjut mengenai pertukaran simpanan KWSP Konvensional kepada Simpanan Shariah, anda boleh rujuk di laman web KWSP sendiri-->www.kwsp.gov.my/shariah/
No comments:
Post a Comment