Nak makan ikan bakar di kawasan Muar, Johor? Medan Ikan Bakar Sabak Awor adalah tempat yang paling sesuai untuk anda cuba. Terdapat pelbagai pilihan makanan laut (seafood) di situ seperti ikan, udang dan sotong.
Gerai Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar ini berkonsepkan medan selera (food court) dengan terdapat banyak gerai-gerai di bawah satu bumbung di Sabak Awor, Muar Johor. Kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan laut yang segar dan anda bebas memilih mengikut cita rasa masing-masing.
Gerai Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar ini berkonsepkan medan selera (food court) dengan terdapat banyak gerai-gerai di bawah satu bumbung di Sabak Awor, Muar Johor. Kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan laut yang segar dan anda bebas memilih mengikut cita rasa masing-masing.
Lokasi Medan Ikan Bakar dan Seafood Sabak Awor Muar
Jika anda mempunyai aplikasi Waze, taipkan sahaja "Sabak Awor". Jalan yang paling mudah ialah melalui jalan pintasan Melaka-Muar (Lebuh AMJ). Kedudukan Sabak Awor ini juga terletak di tepi Sungai Muar.
Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar Johor
Peta lokasi untuk ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar Johor.
Pilihan Gerai Seafood

Setiap gerai sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada malam minggu

Terdapat juga sate disediakan di sini
Pelbagai jenis ikan dijual seperti ikan cencaru, ikan pari, ikan siakap dan ikan merah yang segar-segar belaka
Sotong dengan pelbagai saiz juga turut dijual disini. Boleh dikatakan setiap kedai akan mempamerkan hasil lautnya dihadapan gerai masing masing.
Makanan laut lain seperti udang, ketam, kupang dan lala buluh juga ada
Masakan Pilihan Kami di Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor
Setelah memilih makanan laut pilihan anda, anda juga perlu menetapkan sendiri menu masakan yang anda inginkan. Kami memilih Ikan Siakap Kukus, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Ikan Pari Bakar Bersambal, Sotong Goreng Tepung, Telur Dadar, Kangkung Belacan dan Kailan Ikan Masin.
~ Ikan Siakap Kukus (steam) ~
~ Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ~
~ Ikan Pari Bakar Bersambal ~

~ Sotong Goreng Tepung ~
~ Telur Dadar ~

~ Kangkung Belacan ~
Tadaaa! Inilah hasil pilihan makanan kami. 3 jenis ikan, 2 jenis sayur, sotong dan telur dadar. Air pula kami order Fresh Orange guna jug. Penuh meja dari hujung ke hujung. Memang makan sampai perut keras. Hahaha.
Semua makanan yang kami order ni cuma berharga RM140. Memang murah, berbaloi dan memuaskan. Cuma masakannya sahaja tidak begitu sedap mengikut Cik Lan. Setakat ok sahaja.
p/s: Hari tu kami memilih gerai No 3. So, korang bolehlah cuba gerai lain ye. Pilihlah mana-mana pun. Ada yang kata gerai kedua dari hujung belakang paling sedap.Emm.. tak tahulah tu, next time kalau datang boleh cuba gerai lain pula.
Di pintu masuk ke Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor ini juga ada menyediakan gerai-gerai sampingan yang menjual aksesori pakaian seperti brooch, tudung, baju kanak-kanak, mainan kanak-kanak. Boleh lar beli sebagai cenderahati. Kami sempat juga cuci mata sebelum balik.
Apapun, setakat ni memang Sabak Awor menjadi pilihan makanan seafood di Muar Johor. Selamat mencuba!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlang2 dah ke muo tu apa kata anda singgah ke melaka..di melaka juga terdapat banyak makanan yang sedap dan terbaik..jika anda tidak tahu dimana ingin tinggal. Jangan risau kami di anugerah homestay mempunyai 9 buah homestay yg menRik untuk anda dan kluarga dimana turut mempunyai private swimming pool..anda boleh lihat pada link dibawah
ReplyDeletehttp://www.AnugerahHomestay.com
Jika anda ke muo apa kata anda ke Melaka pula..dimana di melaka juga terdapat makanan yang sedap dan menarik..untuk tempat tinggal anda jangan risau..kami di anugerah Homestay mempunyai 9 buah homestay dimana terdapat juga homestay yg mmpunyai private swimming pool..homestay2 kMi juga berdekatan dengan tempat makanan yg sedap dan menrik..anda boleh tekan link dibawah untuk keterangan lanjut
ReplyDeletewww.AnugerahHomestay.com
www.AnugerahHomestay.com
ReplyDelete