Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, August 19, 2016

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya|Makan Durian Sampai Senak

Musim durian tiba lagi. Dimana-mana sahaja kini memperkatakan tentang durian termasuklah Rancangan Majalah 3 yang memaparkan kisah Raja Buah ini ataupun Durian serta pelbagai ragam dan cara memakan durian. Tidak kurang juga dipaparkan cara durian dipromosikan seperti pakej makan durian di dusun dan makan durian secara buffet.

Terliur dengan keenakan durian yang digambarkan, baru-baru ini kami turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan raja buah ini secara buffet di Petaling Jaya, Selangor.



Lokasi Gerai Durian Buffet Petaling Jaya Selangor

Makan durian secara buffet bermaksud anda perlu membayar sejumlah bayaran yang telah ditetapkan oleh penjual durian dan kemudiannya dibenarkan untuk makan seberapa banyak durian yang anda mahu.

Lokasi gerai durian buffet yang kami cuba ni terletak di SS2, Petaling Jaya. Rujuk alamat lengkap di bawah:

DurianSS2
193, Jalan SS 2/24, SS 2, 
47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya

Harga dan Pakej Buffet Durian SS2


Pelbagai jenis durian tempatan terdiri dari durian kacukan dan durian kampung ada dijual di sini. Terdapat dua pakej yang disediakan di Gerai Durian SS2 iaitu:

1) Pakej makan durian segar berdasarkan berat dengan harga semasa yang berpatutan mengikut jenis.

2) Pakej Buffet yang berharga RM25 untuk durian kampung sahaja dan RM35 untuk durian campuran (kampung + kacukan). 


Mungkin ada yang beranggapan pakej buffet ini agak mahal berbanding di pekan-pekan kecil atau di bandar lain. Tetapi bagi kami, pakej buffet ni agak berbaloi kerana kualiti isi durian yang sangat baik.


Antara jenis buah durian yang terdapat di Gerai Durian SS2. Contoh durian kacukan adalah seperti Durian Raja Kunyit, Musang King, Tawa, Tracka, Hor-Lor, Dato Nina, Udang Merah, Mas Selangor, Mas Johor, Jiuji, D-24, D-88, D-96, D-101 dan Durian XO.

Berikut dinyatakan harga mengikut kilo jika anda berminat dengan pakej pertama (makan mengikut berat durian):

Raja Kunyit- RM46/kg
Udang Merah- RM35/kg
XO- 25/kg
D24- RM 22/kg
D88-RM 22/kg
D101- RM22/kg
Durian asli- RM12/kg

                 
           Berbakul-bakul durian disediakan dari kacukan dan kampung untuk Pakej Buffet.


Pengalaman Makan Durian SS2


Kami memilih Pakej Buffet Durian RM35 untuk merasai perbezaan antara durian kampung dan kacukan. Boleh dikatakan semua durian yang kami dapat adalah elok, menguning serta lemak-lemak pahit dengan bau durian yang sangat kuat.

                  Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya

 Antara durian yang kami nikmati. Menurut pekerja di sini, ini adalah durian D-24 jenis kacukan.

Berwarna kuning pekat, bau yang kuat serta rasa yang lemak pahit. Rasanya sangat berbeza dari kebiasaan durian kampung. Setiap pangsa isinya juga hanya satu sahaja. Sesetengah orang menggelar isi sebegini sebagai "kucing tidur". 

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya
Bagi pakej buffet, anda makanlah hingga kenyang+ sendawa durian + senak perut

Jika rasa durian yang dihidangkan tidak sedap, maka anda boleh meminta untuk ditukarkan dengan durian lain tanpa perlu menghabiskan durian yang tidak sedap itu tadi. Itulah keistimewaan pakej buffet di Gerai Durian SS2.

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya

 Malah, setiap kali habis sebiji durian, pekerja akan menambahkan lagi durian dengan meletakkanya di atas meja. Pekerja akan menghidangkan durian sebiji demi sebiji sehingga anda "Surrender".


 Suasana gerai yang sentiasa dipenuhi dengan peminat-peminat durian.
 


 Salah satu produk hasil buah durian yang dijual di DurianSS2 iaitu Aiskrim Durian

Selain durian, buah kelapa hijau untuk minuman air kelapa segar turut dijual di sini

 Damia hanya minum air kelapa. Kenapa? Budak ni bau durian pun dia boleh loya

Pakej Makan Buffet Durian SS2 Petaling Jaya

 Cik Lan saja kenakan Damia. Paksa dia jilat durian sikit je. Dia terus nak termuntah dan jerit
 "busuk giler!" "Hanchang!". Haha. Muka kelakar Damia.

Actually saya pun tak suka durian juga, tapi ok sikitlah dari Damia. At least saya boleh bau dan makan seulas. Ok la tu. Budak ni bau pun tak boleh. Haha.

Kita minum air kelapa jelah Damia ye. Datang sini teman ayah je makan durian. Haha

Apapun Pakej Buffet Durian SS2 memang terbaik. Kalau anda tahu lokasi makan buffet durian yang lebih baik dari Durian SS2, bolehlah kongsikan cerita anda dengan kami ye..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno