Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, August 16, 2016

Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor

Jika teringin untuk menghirup dan makan Sup Special, boleh lar datang ke Batu Pahat, Johor. Gerai kiosk sup ini antara tempat makan yang sering dikunjungi oleh penduduk Batu Pahat mahupun dari luar Batu Pahat. Yang pastinya ianya ialah Gerai Sup Sitam. Sup dengan kuah berempah yang special ini disediakan dengan pelbagai menu seperti sup lidah, perut, kaki, urat, gear box, ekor. Sup kambing dan ayam turut disediakan.

Lokasi Sup Sitam Batu Pahat

Gerai Sup Sitam terletak di Jalan Rahmat, Batu Pahat iaitu berhadapan dengan Pejabat Pos Batu Pahat dan bank HSBC. Ianya terletak berhampiran juga dengan Maybank dan Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat.

Bagi penduduk setempat, lokasi ini lebih dikenali sebagai BP Walk dan hanya "hidup" kira-kira jam 6 petang ke atas. Untuk makluman anda,  BP Walk boleh dikatakan ala-ala Bintang Walk dan sangat meriah ketika malam minggu. Boleh dikatakan hampir di sepanjang BP Walk ini terdapat banyak kiosk menjual makanan. Malah terdapat juga Pub atau Kelab Malam. 


Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor
Inilah dia Gerai Sup Sitam

Di seberang jalan setentang dengan gerai Sup Sitam ialah Pejabat Pos dan bersebelahan dengannya ialah Bank HSBC (rujuk gambar di atas).

 Peta Lokasi Sup Sitam, Batu Pahat

Untuk pengetahuan anda,  Pejabat Pos Batu Pahat merupakan salah satu bangunan lama peninggalan zaman penjajah yang masih utuh di Jalan Rahmat, Batu Pahat

Menu Sup Sitam Batu Pahat



Nasi Lemak dan Mihun Goreng berbungkuskan daun pisang merupakan gandingan makanan bersama Sup Sitam. Maksudnya di sini, sup tadi boleh dimakan bersama Nasi Lemak ataupun Mihun yang diletakkan di atas setiap meja makan.

Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor
Pemilik dan pekerja Gerai Sup Sitam sedang asyik menyediakan bahan untuk membuat sup

Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor
Bahan-bahan hanya disediakan setelah pelanggan memesan makanan. Jadi, pelanggan perlu mengambil masa yang sedikit lama untuk menunggu makanan sampai.

Sementara menunggu sup masak, mangkuk-mangkuk telah diatur oleh pekerja

Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor
Hanya chef dan pemilik gerai ini sahaja yang tahu cara memasak dan menyediakan sup

 Rebusan kuah Sup Sitam

 Campuran daging kambing, perut, urat kaki, lidah, daging lembu

Tempat Makan Best Batu Pahat| Sup Sitam Batu Pahat, Johor


Menu Pilihan Kami di Sup Sitam Batu Pahat


 Sup Special Sitam merupakan sup campur iaitu gabungan ekor, perut, gear box dan sebagainya. Kami memilih Sup Sitam Spesial kerana dapat merasa pelbagai jenis bahan di dalam satu sup. Yang paling special disini adalah kuah sup dengan rasa rempah yang tersendiri..superb rasanya.

 Gandingan Sup Sitam bersama roti dan Nasi Lemak Daun Pisang

 Syok...sebab ada campuran daging kambing, perut, lidah, urat kaki dan selangka. Cik Lan lah yang seronok, saya tak berapa makan sangat sebab rasa kambing yang sangat pekat dan kuat. Walaubagaimanapun, rasa supnya tidak begitu muak kerana dibuat pedas.

Damia posing je lebih. Dia dah kenyang waktu ni..

Suasana malam di BP Walk...

Bagi penggemar sup dan kambing, anda memang patut cuba makan Sup Sitam Batu Pahat kerana rasa supnya sangat berbeza berbanding sup biasa yang disediakan di kedai-kedai lain. Bagi yang tidak gemar kambing, anda boleh memesan sup ayam. Pun sedap juga..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno