Tempat menarik di Gopeng Perak yang kami kunjungi baru-baru ini mengingatkan saya kepada pengalaman bekerja sambilan selepas tamat Degree dan menunggu kemasukan panggilan Masters. Ketika itu saya bekerja sambilan dengan satu syarikat yang mengusahakan tanaman Jatropha dan Gaharu. Mr Joo Lee, adalah orang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan tanaman gaharu yang pada waktu itu masih lagi baru di Malaysia (sekitar 2009).
Ladang Gaharu Organik di Malaysia
Gaharu Tea Valley Gopeng berkeluasan 300 ekar dengan tanaman pokok gaharu sebanyak 200 000 batang keseluruhannya dan mendapat pengiktirafan "Malaysia Books of Records" kerana perladangannya secara organik. Tiada penggunaan baja kimia, racun perosak dan racun rumpai di ladang ini.
HOGA (Holistics Gaharu)
Lokasi Gaharu Tea Valley
Alamat Lokasi:
Gaharu Tea Valley Gopeng
Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
P/s: Juga terdapat di aplikasi "Waze". Taipkan sahaja Gaharu Tea Valley Gopeng
P/s: Juga terdapat di aplikasi "Waze". Taipkan sahaja Gaharu Tea Valley Gopeng
Bangunan utama Gaharu Tea Valley
Bayaran Masuk ke Gaharu Tea Valley
Bagi warganegara Malaysia, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. Percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
Bagi pelancong luar pula (bukan warganegara Malaysia), bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM35 bagi dewasa dan RM 20 bagi kanak-kanak. Manakala, setakat ini, tempat meletak kenderaan masih lagi tidak dikenakan bayaran.

Bayaran yang dikenakan ini didatangkan sekali dengan pakej lawatan ke ladang gaharu. Terdapat 3 stesen kesemuanya iaitu:
Stesen 1: Viewing Stage
Stesen 2: Hugging Park
Stesen 3: Lover's Park
Van disediakan bagi membawa pelawat ke ladang gaharu dan teh gaharu diberikan percuma mengikut bilangan tiket yang dibeli.
STESEN PERTAMA: Viewing Stage
Stesen pertama merupakan kawasan tertinggi di ladang gaharu ini dimana pengunjung bebas mengambil gambar pemandangan pokok-pokok gaharu dari platform yang telah dibina.
Platform yang dibina bagi memudahkan pengunjung mengambil gambar dari puncak tertinggi ladang gaharu
Anak pokok gaharu yang masih kecil
Suasana pemandangan bukit yang ditanami penuh dengan pokok gaharu
Besar betul ladang ni, 200 000 pokok gaharu. Memang hebat. Kos pembinaan ladang ini pun pastinya sangat besar.
Sesi berfoto berlatar belakangkan pokok gaharu (sambil menunggu ketibaan van untuk ke stesen yang kedua)
Stesen pertama turut menyediakan ruangan bergambar 3D
Perjalanan menuju ke stesen kedua disajikan dengan pokok gaharu yang matang berusia 10-15 tahun
STESEN KEDUA: Hugging Park
Kenapa dinamakan Hugging Park? Kerana batang pokok gaharu di sini telah dilukiskan dengan gambar-gambar haiwan dan kebanyakan pengunjung memeluk pokok gaharu ini sambil bergambar. Memeluk pokok gaharu juga dipercayai dapat memberikan tuah dan kekayaan bagi sesetengah masyarakat.
Tidak melepaskan peluang bergambar di pokok gaharu berlukiskan gambar beruang
Harganya ialah RM 3 sebotol

Menikmati kepahitan dan kekelatan Teh HOGA campuran ekstrak dari pokok gaharu dan bunga goji (bunga gaharu)
STESEN KETIGA: Lover's Park
Lover's Park dihiasi dengan botol bergantungan yang berwarna-warni
Dinamakan Lover's Park atau Taman Cinta Kekasih kerana tempat ini sering dikunjungi oleh pengunjung dari pelbagai bangsa dan usia bagi tujuan menyatakan hasrat agar cinta mereka berpanjangan.
Botol-botol bergantungan yang di letakkan di bahagian atas sepanjang tangga
Terdapat kolam kecil di sini
Sekitar Lover's Park. Nak juga nampak macam kekasih, Damia ambilkan gambar Mama n Ayah. Haha
KEDAI CENDERAMATA
Sebelum balik, kami tidak melepaskan peluang untuk ke bahagian cenderamata
Jeli Teh HOGA dan Telur Teh HOGA turut dijual di sini. Telur HOGA berharga RM1.60 sebiji dan rasanya lebih kurang dengan telur pindang
Damia dan mama makan ais krim gaharu. Ayah pula makan telur gaharu
Hadapan Kedai Cenderamata "Gaharu Tea Valley Gopeng"
Produk teh daripada Pokok Gaharu dan bunga Goji (Bunga Gaharu).
Satu pek di dalam bekas berwarna pink dan hijau itu mengandungi 200 sachet teh gaharu dan dijual dengan harga RM 359.90. Kami beli satu pek 25 sachet je berharga RM 79.90 dan biskut gaharu berharga RM 19.90.
Satu pek di dalam bekas berwarna pink dan hijau itu mengandungi 200 sachet teh gaharu dan dijual dengan harga RM 359.90. Kami beli satu pek 25 sachet je berharga RM 79.90 dan biskut gaharu berharga RM 19.90.
Wangian daripada Pokok Gaharu
Sesi minum teh gaharu "Yam Cha"
Khasiat "Teh Gaharu HOGA"
Khasiat "Teh Goji Gaharu HOGA"
Lawatan sambil belajar ke Ladang Gaharu Tea Valley memang sangat menyeronokkan. Diharapkan lebih banyak tempat-tempat menarik yang bersifat menambah pengetahuan dibina di Malaysia.