Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, September 9, 2016

Happy Birthday Damia 5 years

Hari ni Damia genap 5 tahun. Cepat betul Damia dah 5 tahun ye. Dia request nak sambut birthday kat sekolah, so semalam mulalah mama cari idea nak buat goodies bag. 

Cari punya cari ternampak goodies bag DIY kat youtube dari surat khabar. Cantik n kreatif juga kalau buat beg sendiri. So semalam petang mulalah mama lipat surat khabar yang cantik-cantik untuk buat goodies bag Damia.

Antara surat khabar yang dah siap dilipat beserta label Birthday Damia

 Corak 1

 Corak 2

 Corak 3

Cantik pula goodies bag ni bila dah siap packing.Hehe.Puji diri sendiri. Bahagian bawah goodies bag tu mama letak kertas keras biar kuat sikit goodies bag tu.

Setiap pek ada air kotak coklat Dutch Lady, buah pear, dan 2 jenis biskut

Siap packing semua ada 14 pack

 Simple birthday cake for Mia and friends

 Kawan-kawan nyanyikan lagu Birthday untuk Mia



 Cikgu tolong potong kek. Mama ambik gambar. Rasanya Mama patut pegang tangan Mia tadi. Tengok sekarang kan muka mama takde dalam gambar. Haha

 Sepatutnya kelas Damia ada 12 orang tapi tadi 6 orang je ada. Takpelah, goodies extra tu bagi je kawan-kawan kelas lain

Happy Birthday Damia. Jadi anak solehah ye, tak lama lagi nak jadi kakak. Jangan nakal-nakal tau


3 comments:

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno