Setakat ini tempat makan Chili Crab yang paling sedap pernah kami cuba ialah di Restoran Chili's Crab Kota Damansara. Namun baru-baru ini kami tertarik untuk mencuba hidangan Chili Crab di Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong Shah Alam. Review yang diberikan oleh pengunjung boleh tahan juga hebatnya, jadi tidak salah untuk menukar selera sekali sekala.
Restoran Seafood Kayu Manis merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan Cina Muslim sebagaimana Restoran HOMST dan Restoran Adam Lai. Pelbagai jenis ikan dan makanan laut segar lain seperti ketam dipamerkan di dalam akuarium air masin.

Lokasi Restoran Kayu Manis Shah Alam
Alamat:
Kayu Manis Seafood Restaurant
(Cawangan Bukit Jelutong)
No. 31 Jalan Pelapik B U8/B,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor.
Tel: +603-7846 8031
www.kayumanis.my

Restoran Kayu Manis Bukit Jelutong, Shah Alam
Menu utama di sini ialah ketam, maka logo restoran ini juga menggunakan gambar ketam

Suasana dalam kedai yang sentiasa dipenuhi pengunjung.
Sesi Pemilihan Ketam dan Ikan Siakap Hidup
Keistimewaan Restoran Kayu Manis ialah kesegaran makanan lautnya kerana hidupan ini diambil dari akuarium dan dimasak setelah pelanggan membuat pemilihan. Bagi yang tidak begitu kisah akan pemilihan makanan laut ini, anda boleh menyerahkan tugas tersebut kepada pekerja bulat-bulat.
Antara hidangan laut yang dipamerkan di dalam akuarium ialah ketam nipah hidup, ikan kerapu hidup, ikan siakap hidup serta kerangan hidup. Menurut pekerja di sini, setiap ketam nipah ini mempunyai berat antara 600 gram hingga 1.5 kg. Jadi, anda boleh memilih makanan laut di sini mengikut berat yang anda mahukan. Harga hidangan laut dan masakan adalah berdasarkan kepada berat setiap makanan laut yang dipilih.

~ Ketam Nipah ~

Sesi menyauk atau menangkap ikan dan ketam kami dilakukan oleh pekerja kedai di sini
Kami memesan dua ekor ketam nipah dengan setiap ekor mempunyai anggaran berat antara 800g hingga 1kg serta ikan siakap seberat 700g hingga 900g. Setelah pesanan makanan laut serta jenis masakannya ditentukan, maka proses menyauk dilakukan.

Sesi menyauk atau menangkap ikan dan ketam kami dilakukan oleh pekerja kedai di sini
Menu Pilihan Kami di Restoran Kayu Manis
Menu pertama yang kami rasa ialah Ketam Cilinya @ Chili Crab kerana ini adalah menu utama dan pilihan di Restoran Kayu Manis. Pekerja di sini kata "Must try our sepecial Menu".
Ini antara komen Cik Lan lepas cuba Chili Crab:
"Perghhhhh....Memang superb rasa masakan Chili Crab @ ketam cili nya, ditambah lagi rasa isi ketamnya yang manis dan padat isinya. Bak kata orang, lupa sekejap orang di sekeling ketika menikmati ketam cili ni. Rasa kuah cilinya yang tidak begitu pedas, masam-masam manis dan likat disaluti telur hancur. Memang terbaik!"
Cik Lan nampaknya suka sangat Chili Crab di Restoran Kayu Manis. Saya? Saya lebih sukakan Chili Crab di Restoran Chili's Crab Kota Damansara sebab lebih pedas dan kuahnya tidak diletakkan telur hancur. Saya memang tak suka telur. Tapi bukan maksud saya masakan Chili Crab di Restoran Kayu Manis tidak sedap. Ianya memang sedap cuma saya lebih suka Chili's Crab Kota Damansara.
~ Ketam Masak Cili (Chili Crab) ~
...Special Menu must Try...
Menu kedua spesial disini yang kami cuba adalah Ikan Siakap Stim Soy Souce. Salah satu jenis masakan Chinese Sytle yang tidak pedas. Menurut Cik Lan, memang sedap walaupun rasanya hampir sama sahaja dengan semua kedai makan Chinese Style seperti Restoran Adam Lai dan Restoran Chan Abdullah. Mungkin ianya lebih sedap kerana kesegaran ikan siakap itu sendiri.
Rasa kemanisan ikan siakap segar serta lemak ikan yang mencair akibat wap steam serta disaluti kicap soya dan aroma bawang putih serta sedikit daun ketumbar. Damia memang suka ikan masak kicap ni. Berselera betul dia makan.
Rasa kemanisan ikan siakap segar serta lemak ikan yang mencair akibat wap steam serta disaluti kicap soya dan aroma bawang putih serta sedikit daun ketumbar. Damia memang suka ikan masak kicap ni. Berselera betul dia makan.
~ Ikan Siakap Stim ~
Menu berikutnya yang kami cuba ialah sayur kangkung goreng belacan dan telur dadar goreng. Standardlah rasa kangkung belacan dan telur goreng cuma kuantitinya berbeza jika dibandingkan dengan sesetengah kedai yang menghidangkan lebih banyak batang kangkung dari daunnya.
~ Sayur Kangkung Goreng Belacan ~

~ Telur Dadar ~
Senarai Menu (Masakan Chinese Style)
Berikut adalah antara menu lain yang terdapat di Restoran Kayu Manis:
Menu yang menjadi kepakaran restoran ini ialah Chili Crab. Minimum kuantiti ketam yang anda perlu ambil jika ingin merasai sendiri keenakan hidangan ini ialah 2 ekor ketam bersaiz sederhana. Namun, jika anda ingin seekor ketam sahaja, anda perlu memilih ketam bersaiz besar.
Pelbagai jenis masakan ketam lain selain Chili Crab seperti Black Pepper Crab, Steam Crab, Kam Heong Crab dan Salted Egg Crab
Ikan Kod turut disajikan di sini
Pelbagai jenis masakan berasaskan ikan seperti kerapu, siakap dan ikan kod
Hidangan berasaskan sotong dan udang
Pelbagai hidangan berasaskan ayam
Mantou pun turut dijual di sini...
Keniasaanya Montou atau pau mini kosong ini dimakan bersama ketam masak cili (chili crab). Montou ini dimakan dengan mencecah kuah cili ketam sambil menikmati ketam nipah tersebut.

Secara keseluruhannya, Restoran Kayu Manis masakan di Restoran Kayu Manis memang sedap, segar dan setimpal dengan harganya. Hidangan kami keseluruhannya termasuk air berharga RM 223. Boleh tahan juga mahal berbanding restoran China Muslim di tempat lain tetapi kami sangat berpuas hati kerana kuantiti dan kesegaran makanan di sini.
PERCUBAAN KE-2 KAMI MAKAN DI
RESTORAN KAYU MANIS SEAFOOD
Yang ini pula adalah percubaan kedua kami bersama keluarga mentua saya (Famili Cik Lan). Kami mencuba menu yang lain daripada percubaan pertama kami. Bagi kami, dengan harga yang berpatutan tetapi ianya memang berbaloi dan puas hati sebab kerana keenakan masakan gaya cinanya yang sedap dan konsistent rasanya. Antara menu yang kami oerder adalah ketam nipah goreng telur masin, ketam nipah masak kam heong, ikan siakap masak masam manis, telur dadar dan sayur kailan ikan masin.
Pada pandangan kami speciality masakan ketam di Restoran Kayu Manis ni adalah ketam nipah masak cili (chili crab) nya.
~ Ketam Goreng Telur Masin ~
~ Ketam Goreng Kam Heong ~
~ Ikan Siakap Goreng Masam Manis ~
~ Sayur Kailan Goreng Ikan MAsin ~
Hmmm... Tak puas hati reen camni. Tengok gambar-gambar dalam post ni buat reen rasa cam nak je ajak hubby g Kuala Selangor. Kat sana ada satu kedai seafood fav reen.. Tapi kalau ajak, selalu hampa. Hubby letih nak drive.. jauh. :(
ReplyDeleteApa nama kedai seafood kat kuala selangor tu reen?
DeleteApa nama kedai seafood kat kuala selangor tu reen?
DeleteSaya kalau ke sini, selalu order cendol..sedap sangat. Lepas tu, butter soft shell crab...
ReplyDeleteOo..ada cendol sedap ea?boleh try next time ni..tq bgitau...
Delete