Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, September 20, 2016

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Tertanya-tanya saya, macam manalah rasa nasi buluh atau lebih dikenali sebagai Nasi Bamboo. Agaknya rasa lemak-lemak macam makan lemang tu ke? Sekarang dah cuba barulah tahu rasa Nasi Bamboo yang menjadi viral kini dan restoran ini memang sentiasa dipenuhi pengunjung.

Lokasi Nasi Bamboo Sungai Klah

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah terletak di Jalan Persekutuan Sungkai - Slim River. Ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Sungkai, betul-betul di tepi jalan selepas turun dari jambatan apabila keluar Lebuhraya PLUS arah Utara, Exit Sungkai.

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak
Signboard restoran terpampang sebesar-besarnya dan restoran ini juga memang luas dan menyediakan tempat makan yang mencukupi

Deretan kenderaan yang singgah makan disini

Waktu operasi bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 6.00 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat

Menu Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak


Pada asalnya saya ingatkan restoran ini hanya menyajikan hidangan nasi dalam buluh dan beberapa lauk pauk. Rupa-rupanya terdapat pelbagai pilihan menu dan lauk pauk yang disediakan di sini. Rambang mata memilih.

Restoran Nasi Bamboo menggunakan konsep layan diri. Terdapat beberapa sudut/kaunter di dalam restoran ini iaitu Kaunter Bakaran, Kaunter Bamboo Nasi Kukus, Kaunter Lauk-Pauk, Kaunter Air, Kaunter Jualan Lain-lain (baju, madu dan sebagainya).

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak
                                    Suasana dalam Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah

Setiap kaunter mempunyai "cashier" yang berlainan. Jadi, walaupun ramai orang, servis mereka boleh dikatakan cepat kerana pengunjung tidak tertumpu kepada satu-satu kaunter sahaja untuk mengambil makanan dan membuat pembayaran.

Menu utama ialah Nasi Bamboo yang dikukus

Ayam kampung bakar. Ada ayam kampung serabut, ayam kampung bunian dan ayam kampung percik. Harga ayam pula ialah RM 8.00 hingga RM 12.00 mengikut saiz.

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak
Ikan bakar Talapia, Siakap, Baung, Keli dan Mambong. Terdapat dua jenis ikan bakar iaitu Ikan Bakar Spesial dan Ikan Bakar Sambal. Harga pula adalah mengikut saiz seperti tertera pada gambar di atas.

Daging Kambing Salai berharga RM 10 sepinggan

Pelbagai jenis pilihan lauk-pauk seperti sayur lemak, daging masak hitam, kari ayam, lemak ketam dan lain-lain

Ulam-ulaman dan ikan kering


Menu Pilihan Kami di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak


Ini pula ialah menu yang menjadi pilihan kami di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak. Banyak juga menu kami sebab kali pertama datang dan semua menu pun nampak sangat menyelerakan.

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak
Inilah dia rupa Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak. Nasi yang dibalut dalam sejenis daun dan diletakkan di dalam buluh dan kemudiannya dikukus. Nasinya berbau sedikit harum, mungkin aroma semulajadi dari daun tadi dan rasanya sama seperti hidangan Nasi Kukus. Bezanya Nasi Bamboo di kukus di dalam batang buluh dan dibalut daun.
Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak
Kami order 3 set Nasi Bamboo

Tempat Makan Best di Perak| Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak\
~ Set Nasi Bamboo Sungai Klah ~

Setiap set didatangkan bersama dengan sambal, kuah kari (tiada dalam gambar), timun, ulam, serunding kelapa dan telur masin

~ Ayam Kampung  Bakar Bermadu ~

~ Sayur Pucuk Turi, soh hoon dan telur masak lemak cili api ~

~ Ulam-ulaman dan Kuah Lemak Ketam ~

~ Ikan Talapia Bakar ~

~ Daging Kambing Bakar ~

Betul-betul kenyang makan kat sini

Selamat mencuba Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak! Bagi kami rasa makanan di sini boleh tahan, almaklumlah masakan kampung, memang sedap. Cuma tahap kebersihan mungkin perlu ditingkatkan (terlalu banyak lalat). Sambil makan tangan kena halau lalat. 


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno