Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, October 27, 2016

GIVEAWAY PLAY-DOH CAKE PARTY BERNILAI RM99.90 X AZLINDA ALIN

Sekali lagi join giveaway Azlinda Alin. Untuk kali yang entah ke berapa saya sendiri tidak ingat. Kali ini hadiah yang ditawarkan berupa Play Doh Cake Party yang bernilai RM 99.00. Giveaway kali ini juga merupakan kerjasama Azlinda Alin dengan pihak Hasbro Malaysia.



Syarat Mudah Join Giveaway


1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.

2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.

4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.

5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen blog Azlinda Alin.


Tarikh Tutup Giveaway


Giveaway ini bermula pada 24 Oktober 2016 dan akan tamat pada 7 November 2016

3 Sebab khairunnisahamdan.com patut menang adalah kerana:


1) Pertama kali mahu berjinak-jinak dengan Play Doh. Jarang belikan Damia mainan berbentuk plastasin kerana kebiasaannya plastasin akan meninggalkan kesan lekit pada simen.

2) Membantu meningkatkan daya kreativiti Damia yang tinggi imaginasi. Kami perasan Damia memang kuat imaginasinya tapi kami jarang menyalurkan imaginasi tersebut ke arah pembentukan kreativitinya. 

3) Juga sebagai permainan baru untuk Damia yang bakal dapat adik tak lama lagi. Amin..Boleh Damia main dengan adik sama-sama.

Wednesday, October 26, 2016

Aktiviti di Bukit Fraser| Day Trip To Fraser Hill

Kali terakhir kami ke Bukit Fraser ialah pada bulan Ogos tahun 2015 (Klik Sini-->Bukit Fraser)

Dua minggu lepas sekali lagi kami berkesempatan ke sini walaupun sebenarnya tiada dalam perancangan. Niat asalnya nak bawa mak dan abah merasa Ais Krim Bentong, tapi disebabkan kedai ais krim tersebut masih tutup waktu itu dan kami tidak mahu membuang masa, maka rancangan kami terpaksa bertukar ke Bukit Fraser memandangkan Damia teringin sangat untuk menunggang kuda dan kebetulan pula mak dan abah sudah bertahun-tahun lamanya tidak ke sini.

Aktiviti 1: Menunggang Kuda di The Paddock


Melayan keinginan Si Kecik ni..Posing memang No 1

Kami sampai agak awal ketika itu, kira-kira jam 1.00 petang. The Paddock pula buka pada jam 2.00 petang, maka menunggu sambil bergambar dan makan jagung.

Akhirnya dapat juga Damia naik kuda. Tidak ramai pengunjung ketika ini, maka tidak perlu kami beratur lama menunggu giliran

Seronok betul Damia dapat naik kuda

Perbezaan Damia menunggang kuda tahun 2011 dan 2016. Tahun 2011 kami pernah ke sini dan pada waktu tersebut Damia baru sahaja berusia 3 bulan. Damia duduk dalam "kantung kangaroo" tu..
Tahun 2011 Bukit Fraser sangat sejuk. Lihat sahaja gambar Damia sewaktu bayi, pemandangan belakang berkabus. Baru-baru ini kami pergi tidak begitu. Panas dan sedikit angin dingin sekali sekala sahaja.

Aktiviti 2: Bermain Mini Golf

Seperti biasa kalau ke Bukit Fraser, Damia akan minta untuk main golf. Ada lebih kurang 9 track kesukaran kalau tak silap. Baru track pertama bola golf tak masuk lubang dah stress dia. Susahlah itulah inilah, ada je yang dia tak puas hati. Haha

 Aktiviti 3: Bermain Sampan Kayuh di Allen 's Water Bukit Fraser


Aktiviti ini kami tak pernah cuba lagi dan abah beriya-iya nak bawa Damia berkayuh

Mula-mula tu cuak juga muka Damia. Macam patung je kat sebelah Atuk

Lama sikit barulah dia berani pusing badan sikit, tengok ikan

 Aktiviti 4: Minum Petang (Tea-Time) di Ye Old Smoke House Bukit Fraser


Cik Lan memang suka minum petang di Smoke House ni. Setiap kali lawatan kami ke Bukit Fraser, dia mesti akan singgah minum petang atau makan di sini.

Kali ni minum petang dengan atuk dan nenek

Macam biasa la menu minum petang kami di sini, satu teko teh dan pelbagai jenis kek dan scone

Ada kek oren, coklat, pisang dan pie. Scone pula diletakkan jem straberi dan cream

Sesi bergambar sebelum turun dan pulang ke Shah Alam.

Sekian sahaja kisah trip ringkas kami ke Bukit Fraser. Walaupun pendek, tetapi tetap seronok. Lama-lama kat sini pun nak buat apa, tiada aktiviti sangat. Sebelah malam lagilah mati kutu, sunyi sepi kerana semua premis rekreasi telah tutup. Bolehlah, menikmati ketenangan sekali sekala. Haha. Tapi kalau nak cari idea tulis buku, tempat macam ni memang tersangatlah sesuai.

Tuesday, October 25, 2016

GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Hadiah giveaway kali ini macam best je, koleksi limited edition jam tangan Lisa Surihani. Saja je join, mana tahu ada rezeki macam hari tu. Hehe.


Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani dan diberi jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

Klik gambar  diatas untuk join contest

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog Azlinda Alin pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Semoga berjaya ! 



Monday, October 24, 2016

Damia Exam Akhir Tahun

Sabtu dan Ahad baru-baru ni kami tidak kemana-mana sebab Damia nak exam akhir tahun bermula hari ni, 24/10/16 hinggalah 28/10/16. Dua hari ni memang tolong Damia ulangkaji ikut syllabus yang cikgu dah bagi.

Syllabus yang cover dalam exam. Senang sikit nak ulangkaji bila cikgu buat macam ni

Bila dia dah penat belajar mulalah dia main toys, selfie n main teacher-teacher sorang-sorang.


Sempat pula dia ambil gambar pinggan mangkuk, main masak-masak sorang-sorang



Lepas bosan main sorang-sorang kacau Mama masak pula kat dapur. Kata nak tolong mama, saya bagilah dia tumbuk bawang. Mula-mula tu seronok sambil nyanyi lepas tu at last mama yang kena sambung. Haha. pedih mata la tu.

Good luck exam ye Damia. Ayah janji nak belikan Mia beg kan kalau dapat A semua..Hihi..exam tadika je pun..

Friday, October 21, 2016

Radio Al-Quran

Seorang sahabat memperkenalkan radio Al-Quran kepada saya. Pertama kali melihatnya sahaja hati telah terpaut. Bagus juga ni kalau ada di rumah. Nak beli, takut pula kualiti audionya tidak sebaik mana.

Maka si sahabat merakamkan rakaman bacaan dari radio Al-Quran miliknya. Jelas suara rakamannya, tidak mendesah dan pecah audionya sebagaimana ipad Al-Quran yang pernah saya beli sebelum ini. Insya Allah ada rezeki akan dapatkan satu untuk Damia.

Rakaman audio dari radio Al-Quran


 Didatangkan dalam 2 warna iaitu merah dan hijau

Bukan ayat Al-Quran sahaja yang ada, malah zikir, selawat dan rakaman ceramah turut termasuk dalam rakaman radio Al-Quran ini.

Memang baik untuk kanak-kanak menghafaz menggunakan otak kanan dan secara tidak langsung (bukan menghafaz gaya orang dewasa yang mengulang-ulang ayat demi ayat). Kebolehan otak kanak-kanak sangat luar biasa, apatah lagi dengan mukjizat Al-Quran, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.

Thursday, October 20, 2016

Set penjagaan kulit organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin

Mary Jardin? Pertama kali saya dengar nama produk ni, saya ingatkan ianya produk buatan luar negara. Tanya punya tanya, baca punya baca rupa-rupanya produk Mary Jardin adalah keluaran tempatan dan diformulasikan oleh seorang doktor yang berpengalaman bertugas di Klinik Dermatologi iaitu Doktor Maryam Aziz.

Keistimewaan Mary Jardin:


1) Home made
2) 100% Natural dan organik
3) Berasaskan lavender
4) Produk berasaskan tumbuhan
5) Memberi kesan terapi
6) Halal dan berkelulusan KKM
7) Merawat dan menyelesaikan masalah kulit seperti:
    -jerawat dan jeragat
    - kulit kering/berminyak/sensitif
    - menyahtoksin kulit
    - membuang blackhead dan whitehead
    - membersihkan pori-pori

Set Penjagaan Kulit Mary Jardin

Terdapat dua set iaitu basic set dan full set.

Basic set mengandungi facial soap, detox clay mask dan face oil

Full set pula mengandungi facial soap, detox clay mask, face oil dan serum

Bahan-bahan yang terkandung dalam facial soap

Bahan-bahan dalam face oil


Bahan-bahan dalam serum

Kesemuanya 100% organik dan selamat!

Antara Pengalaman Pengguna Mary Jardin





Mary Jardin Agent


Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set penjagaan kulit muka yang organik ini, boleh hubungi Nisa di talian 013-7751357

Anda juga boleh membaca review mengenai sabun Mary Jardin secara terperinci DISINI--> Review Sabun Mary Jardin

Wednesday, October 19, 2016

Cara Tukar Format Dari CD Audio Track Ke Format MP3

Tutorial ini khusus untuk sesiapa yang mahu menukar format CD yang dibeli kepada format MP3. Format CD hanya boleh didengar di radio, dalam kereta atau komputer tetapi format MP3 lebih menyeluruh dan boleh didengar melalui telefon pintar masing-masing.

Kebanyakan CD yang dibeli dalam format CD Audio Track

Jika mahu menukar format CD Audio Track kepada format MP3, anda boleh mengikuti beberapa langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Buka Windows Media Player dari komputer anda



Langkah 2: Masukkan CD anda ke dalam CD drive dan Windows Media Player akan memaparkan kesemua file yang terdapat dalam CD tersebut



Langkah 3: Pilih/Tick file yang anda inginkan, kemudian pergi ke bahagian "Rip settings" di bahagian atas, "Format" dan tick pada "MP3"



Langkah 4: Masih lagi di bahagian "Rip settings" tapi kali ini anda perlu memilih "Audio Quality". 


Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang mana satu. Namun perlu diingatkan di sini bahawa semakin besar saiz yang anda pilih, semakin baik jugalah kualiti lagu yang bakal dimainkan. Cuma ia pastinya akan mengambil ruang yang lebih besar untuk penyimpanan.

Saya memilih 256 Kbps.


Langkah 5: Klik pada button " Rip CD"

Pastikan anda telah memilih file mana yang ingin ditukarkan dari format CD ke format MP3 


Langkah 6: Fail anda telah berjaya ditukar format dan secara automatiknya disimpan ke dalam Music Library di dalam komputer anda.



Sekian sahaja langkah demi langkah untuk menukar format dari CD Audio Track ke format MP3.

Semoga berjaya!

Tuesday, October 18, 2016

Asam Pedas Man Cathay, Batu Pahat Johor

Negeri Johor sememangnya terkenal dengan masakan asam pedasnya. Antara daerah yang terkenal dengan masakan asam pedas ialah Muar dan Batu Pahat. Entri sebelum ini adalah asam pedas di Tanjung Agas, Muar. Manakal entri ini berkaitan salah satu kedai makan asam pedas di Batu Pahat yang boleh anda cuba iaitu Asam Pedas Man Cathay. Nak senang ke lokasi, hanya guna aplikasi waze aje.

Lokasi:

Asam Pedas Man Cathay
Jalan Hamidon,
83000 Batu Pahat,
Johor.


Terletak di Jalan Hamidon. Gerai ini sesak pada waktu tengahari

Pelan lokasi Man Cathay Asam Pedas


Di Batu Pahat banyak kedai-kedai makan yang menjual asam pedas pada waktu tegahhari dengan pelbagai rasa yang tersendiri. Terdapat juga Asam Pedas Yana dan Asam Pedas Ibu (Antara asam pedas terkenal di Batu Pahat). Tapi anda perlu tiba awal di gerai-gerai ni sebab akanpenuh sesak ketika waktu makan tengah hari. Kadang-kadang terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran demi semangkuk asam pedas.

Asam Pedas Man Cathay terletak di celah-celah deretan kedai makan yang lain.

Selain Asam Pedas Man Cathay, ada juga Asam Pedas Tambak dan Asam Pedas 2000.

 ~ Telur Dadar @ Telur Goreng ~


Cik Lan memang suka makan asam pedas bersama telur dadar @ telur goreng. Menurut Cik Lan jika makan asam pedas tanpa telur goreng adalah satu kekurangan besar dalam menikmati asam pedas. 

Tetapi apa yang saya perhatikan, kebanyakan gerai asam pedas di Johor terutamanya di Muar dan Batu Pahat menyediakan hidangan telur dadar. Malah rata-rata peminat asam pedas akan memesan telur dadar ini bersama set asam pedas. 

 ~ Asam Pedas Ikan Pari dan Ikan Merah ~


Dari segi rasa pula, asam pedas Man Cathay mempunyai sedikit rempah ratus atau herba, sedikit manis dan masam, mungkin mengandungi sedikit halba. Lain orang lain cita rasanya. Ada yang suka asam pedas daun kesum, asam pedas serai, asam pedas berhalba, asam pedas daun limau purut dan lain-lain.

~ Kuah Asam Pedas ~

 Sekian sahaja, entri pendek dari kami tentang asam pedas di Batu Pahat.

Selamat Menjamu Selera!

Tuesday, October 11, 2016

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Perak

Pernah dengar Kellie's Castle berhantu? Percaya atau tidak, peniaga di kawasan ini juga turut mengakui bahawa tempat ini sedikit "keras". Hati-hati bila bercakap, jaga mulut. Pesan kakak penjual cenderamata itu kepada kami. Ngeri juga pun ada.

Tapi memang tidak dinafikan apabila berada di dalam Kellie's Castle memang agak "berlainan" sedikit rasanya. Sayup. Perasaan seperti sedang menziarahi kematian seseorang. Saya je rasa macam tu kot, orang lain saya tengok happy-happy je bergambar dan bergelak ketawa. Abaikan je perasaan saya tadi tu ye. Datanglah ke sini tanpa was-was dan riang gembira. Haha.

Lokasi Kellie's Castle

Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak

Peta Lokasi Kellie's Castle. Ianya terletak di Jalan Gopeng-Batu Gajah. Mudah sahaja dilihat dari tepi jalan utama.


Sejarah Pembinaan Kellie's Castle

Kellie's Castle merupakan lambang cinta dan kasih sayang seorang lelaki kepada isteri dan anak-anaknya. Insan bernama William Kellie Smith merancang untuk menghasilkan sebuah rumah umpama istana dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan yang rapi untuk isteri dan anak-anaknya tetapi sayang, ketika dalam proses pembinaan rumah tersebut beliau telah menemui ajal terlebih dahulu.
 Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Kellie terlalu berminat dan terpengaruh dengan agama Hindu dan budaya India, disebabkan itu beliau merancang untuk menghasilkan sebuah rumah yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan seni bina arkitek Madras.
 Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Bagi mencapai impian tersebut, Kellie telah menggaji sekumpulan pekerja dari India supaya ciri-ciri rumah yang dikehendakinya dapat dihasilkan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, rumah umpama istana ini turut dilengkapi dengan sistem lif untuk ke bahagian atas rumah. Lif tersebut merupakan lif yang pertama terdapat di Malaya ketika itu (jika berjaya disiapkan).

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan kehadiran 3 buah terowong rahsia.

Terowong 1 menuju ke Kuil Hindu yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan rumah ini.
Terowong 2 menuju ke jalan keluar yang berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie. Laluan terowong ini dikatakan telah runtuh dan menimbus kereta berkenaan.
Terowong 3 ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2003 sewaktu JKR menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan raya di KM4 Jalan Gopeng-Batu Gajah

Kellie turut merancang untuk membina gelanggang tenis di tingkat 2 dan menjadikan bahagian bumbung sebagai tempat berkumpul dan berparti golongan elite yang telah menetap di Malaya.

Pembinaan Kellie's Castle bukan sahaja mendapat perhatian penduduk Malaya ketika itu, bahkan turut mendapat liputan akhbar London Financier pada 15 September 1911 kerana keunikan seni bina bangunannya.
Namun begitu, impian Kellie hancur berkecai apabila ramai pekerja yang membina rumah tersebut mati akibat menjadi mangsa Spanish Flu pada waktu itu. Kellie sendiri mati akibat diserang Pneumonia di Portugal pada tahun 1926. 

Akibat terlalu sedih dan kecewa, isteri Kellie telah menjual keseluruhan tanah dan rumah ini kepada sebuah syarikat British iaitu Harrisons & Crossfield dan beliau pulang ke Scotland. Syarikat British yang membeli rumah ini pula tidak berminat untuk meneruskan idea pembinaan Kellie's Castle, maka terbengkalailah pembinaan Kellie's Castle sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut boleh BACA SEJARAH KELLIE'S CASTLE DISINI
Kini, Kellie's Castle telah diperbaiki binaannya supaya sesuai dilawati oleh orang ramai. Ianya turut menjadi tempat pilihan pelancong apabila ke Perak dan istana ini pernah dijadikan tapak lokasi untuk penggambaran filem Anna & The King.

Sekitar Pemandangan Kellie's Castle


Sebatang sungai dihadapan Kellie's Castle. Pengunjung perlu menyeberangi jambatan untuk sampai ke rumah unik ini.

Cuaca sangat terik ketika kunjungan kami ke sini

Damia beriya-iya ingin naik ke bumbung, tingkat demi tingkat kami jelajahi

Akhirnya sampai di bumbung tingkat 2. Gambar di sebelah kanan pula merupakan koridor di tingkat 2. Di koridor inilah penduduk tempatan ternampak kelibat roh Kellie. Dipercayai roh Kellie tidak tenteram kerana impiannya tidak terlaksana.

Kawasan ini dikenali sebagai Koridor Berhantu

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Seronok betul Damia dapat naik atas bumbung


Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Bersebelahan Istana Kellie's ialah Rumah Kellas yang merupakan rumah pertama Kellie dimana ditempatkan penempatan orang gaji, pekerja dan klinik. Berdekatan dengan Rumah Kellas terdapat sebuah terowong yang dapat menghubungkan kawasan rumah ini dengan kuil yang berdekatan

Bagi tujuan keselamatan, terowong ini telah ditutup.


Rumah kellas ini dibina pada tahun 1905 dan sebahagiannya telah runtuh semasa Perang Dunia Kedua


Kini pengurusan Istana Kellie diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Aqfast Enterpise. Biarlah istana ini kekal diselubungi misteri, tetapi nilai kasih sayang dan sejarah di sebaliknya dilupa jangan.

Sempena Tahun Melawat Perak 2017, maka singgahlah ke istana ini jika berkesempatan!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno