Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, October 11, 2016

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Perak

Pernah dengar Kellie's Castle berhantu? Percaya atau tidak, peniaga di kawasan ini juga turut mengakui bahawa tempat ini sedikit "keras". Hati-hati bila bercakap, jaga mulut. Pesan kakak penjual cenderamata itu kepada kami. Ngeri juga pun ada.

Tapi memang tidak dinafikan apabila berada di dalam Kellie's Castle memang agak "berlainan" sedikit rasanya. Sayup. Perasaan seperti sedang menziarahi kematian seseorang. Saya je rasa macam tu kot, orang lain saya tengok happy-happy je bergambar dan bergelak ketawa. Abaikan je perasaan saya tadi tu ye. Datanglah ke sini tanpa was-was dan riang gembira. Haha.

Lokasi Kellie's Castle

Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak

Peta Lokasi Kellie's Castle. Ianya terletak di Jalan Gopeng-Batu Gajah. Mudah sahaja dilihat dari tepi jalan utama.


Sejarah Pembinaan Kellie's Castle

Kellie's Castle merupakan lambang cinta dan kasih sayang seorang lelaki kepada isteri dan anak-anaknya. Insan bernama William Kellie Smith merancang untuk menghasilkan sebuah rumah umpama istana dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan yang rapi untuk isteri dan anak-anaknya tetapi sayang, ketika dalam proses pembinaan rumah tersebut beliau telah menemui ajal terlebih dahulu.
 Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Kellie terlalu berminat dan terpengaruh dengan agama Hindu dan budaya India, disebabkan itu beliau merancang untuk menghasilkan sebuah rumah yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan seni bina arkitek Madras.
 Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Bagi mencapai impian tersebut, Kellie telah menggaji sekumpulan pekerja dari India supaya ciri-ciri rumah yang dikehendakinya dapat dihasilkan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, rumah umpama istana ini turut dilengkapi dengan sistem lif untuk ke bahagian atas rumah. Lif tersebut merupakan lif yang pertama terdapat di Malaya ketika itu (jika berjaya disiapkan).

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan kehadiran 3 buah terowong rahsia.

Terowong 1 menuju ke Kuil Hindu yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan rumah ini.
Terowong 2 menuju ke jalan keluar yang berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie. Laluan terowong ini dikatakan telah runtuh dan menimbus kereta berkenaan.
Terowong 3 ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2003 sewaktu JKR menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan raya di KM4 Jalan Gopeng-Batu Gajah

Kellie turut merancang untuk membina gelanggang tenis di tingkat 2 dan menjadikan bahagian bumbung sebagai tempat berkumpul dan berparti golongan elite yang telah menetap di Malaya.

Pembinaan Kellie's Castle bukan sahaja mendapat perhatian penduduk Malaya ketika itu, bahkan turut mendapat liputan akhbar London Financier pada 15 September 1911 kerana keunikan seni bina bangunannya.
Namun begitu, impian Kellie hancur berkecai apabila ramai pekerja yang membina rumah tersebut mati akibat menjadi mangsa Spanish Flu pada waktu itu. Kellie sendiri mati akibat diserang Pneumonia di Portugal pada tahun 1926. 

Akibat terlalu sedih dan kecewa, isteri Kellie telah menjual keseluruhan tanah dan rumah ini kepada sebuah syarikat British iaitu Harrisons & Crossfield dan beliau pulang ke Scotland. Syarikat British yang membeli rumah ini pula tidak berminat untuk meneruskan idea pembinaan Kellie's Castle, maka terbengkalailah pembinaan Kellie's Castle sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut boleh BACA SEJARAH KELLIE'S CASTLE DISINI
Kini, Kellie's Castle telah diperbaiki binaannya supaya sesuai dilawati oleh orang ramai. Ianya turut menjadi tempat pilihan pelancong apabila ke Perak dan istana ini pernah dijadikan tapak lokasi untuk penggambaran filem Anna & The King.

Sekitar Pemandangan Kellie's Castle


Sebatang sungai dihadapan Kellie's Castle. Pengunjung perlu menyeberangi jambatan untuk sampai ke rumah unik ini.

Cuaca sangat terik ketika kunjungan kami ke sini

Damia beriya-iya ingin naik ke bumbung, tingkat demi tingkat kami jelajahi

Akhirnya sampai di bumbung tingkat 2. Gambar di sebelah kanan pula merupakan koridor di tingkat 2. Di koridor inilah penduduk tempatan ternampak kelibat roh Kellie. Dipercayai roh Kellie tidak tenteram kerana impiannya tidak terlaksana.

Kawasan ini dikenali sebagai Koridor Berhantu

Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Seronok betul Damia dapat naik atas bumbung


Tempat Menarik di Perak|Kellie's Caste Batu Gajah Perak
Bersebelahan Istana Kellie's ialah Rumah Kellas yang merupakan rumah pertama Kellie dimana ditempatkan penempatan orang gaji, pekerja dan klinik. Berdekatan dengan Rumah Kellas terdapat sebuah terowong yang dapat menghubungkan kawasan rumah ini dengan kuil yang berdekatan

Bagi tujuan keselamatan, terowong ini telah ditutup.


Rumah kellas ini dibina pada tahun 1905 dan sebahagiannya telah runtuh semasa Perang Dunia Kedua


Kini pengurusan Istana Kellie diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Aqfast Enterpise. Biarlah istana ini kekal diselubungi misteri, tetapi nilai kasih sayang dan sejarah di sebaliknya dilupa jangan.

Sempena Tahun Melawat Perak 2017, maka singgahlah ke istana ini jika berkesempatan!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno