Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, November 18, 2016

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

Setiap negeri di Malaysia mempunyai tarikan makanannya yang tersendiri. Sebagai contoh:
- Kawasan pantai timur terkenal dengan Nasi Kukus Ayam Berempah, Laksam, Nasi Dagang
- Johor terkenal dengan Asam Pedas Johor (Asam Pedas Tanjung Agas Muar) dan Nasi Baryani
- Sarawak terkenal dengan Laksa Sarawak
- Negeri Sembilan terkenal dengan masakan lemak cili apinya
- Pulau Pinang terkenal dengan Nasi Kandar (Restoran Deen Nasi Kandar, Penang)
- Melaka terkenal dengan Asam Pedas Melaka

Namun kali ini, kami ingin membawa satu lagi tarikan makanan yang agak terkenal di kalangan penduduk negeri Melaka iaitu 'Nasi Gunting'.

Kami mengetahui kewujudan satu lagi tarikan menu di Melaka ini daripada Cik An (pakcik Cik Lan) yang sememangnya telah menetap di Melaka lebih daripada 15 tahun. Menurut Cik An, anaknya Aizad merupakan,  peminat setia Nasi Gunting ini.

Lokasi Gerai Nasi Gunting Melaka

Gerai Nasi Gunting ini terletak di hadapan Pejabat Tenaga Nasional (TNB) Banda Kaba Melaka. Waktu operasi warung Nasi Gunting ini hanyalah pada sebelah malam antara jam 8 ke 11 malam sahaja.

Jika tidak berkesempatan untuk makan di sini, maka anda boleh makan pada waktu pagi di pasar basah Melaka (Penjual Nasi Gunting yang sama).

Lokasi gerai 'Nasi Gunting' Melaka

 Warung Nasi Gunting Melaka

Nasi Digunting?


Tatkala pertama kali mendengar Nasi Gunting disebut oleh Cik Lan, saya tidak boleh membayangkan bagaimanakah agaknya rupa nasi yang digunting. Nasi tu kan dah kecil, nak gunting macam mana lagi ea?

Jika mendengar namanya sahaja kami membayangkan nasi itu digunting, tetapi sebenarnya tidak.

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

Menurut Pak Cik penjual Nasi Gunting ni, nama Nasi Gunting diambil bersempena dengan proses menggunting lauk seperti ketulan besar daging lembu atau perut kepada ketulan kecil untuk dihidangkan bersama nasi putih yang dipanggilnya Nasi Gunting.

Oh, rupa-rupanya yang digunting ialah daging dan perut lembu, bukanlah nasi yang digunting...hehehe

Kesemua ketulan besar daging dan perut ini pada mulanya dimasak dan direnehkan dalam kuah kari spesial yang diciptakan khas dari Pak Cik ni sebelum dihidangkan bersama nasi putih untuk pelanggan. 


 Proses menggunting isi daging lembu, perut dan hati

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

 Kuah kari spesial untuk disimbah bersama Nasi Gunting sebagai lauk utama

Terdapat dua jenis Nasi Gunting yang dihidangkan iaitu:
     1) Nasi Gunting Daging Lembu
     2) Nasi Gunting Campur (campuran daging lembu dan ketulan perut lembu)

Setiap set Nasi Gunting ini akan dihidangkan bersama ketulan kecil daging lembu atau perut lembu atau campuran daging dan perut lembu yang disimbah dengan kuah kari spesial Nasi Gunting. 

Disertakan juga bersama set Nasi Gunting ini adalah telur masin (separuh), hirisan timun dan sambal tumis. Bagi kami, keistimewaan Nasi Gunting ini terletak pada kuah karinya, iaitu kuah kari yang pekat dan berasa kerisik kelapa.

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka
~ Nasi Gunting, Melaka ~

 Aizad merupakan salah seorang peminat setia Nasi Gunting Melaka..

Menurut Aizad, rasa kuah kari Nasi Gunting ini sukar untuk dijelaskan kerana rasa kuah karinya tidak sama seperti kari mamak atau kari biasa yang kita masak.

Berkumpul makan bersama sambil menikmati keenakan Nasi Gunting Melaka

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka
Jika anda tanya berkenaan harga, kami sendiri tidak pasti kerana terlupa bertanyakan harga bagi setiap set.

 Tetapi secara kasarnya, malam tersebut kami memesan 9 set Nasi Gunting dan jumlah bayaran yang dikenakan termasuk air ialah RM72. Hanya Amira (adik Aizad) seorang sahaja yang memesan nasi selain Nasi Gunting ketika itu. 

Jadi, berapakah harga sepinggan Nasi Gunting? Sila selesaikan persoalan Matematik ni..Haha.

Sekian sahaja review kami mengenai Nasi Gunting Melaka, selamat mencuba!

Tuesday, November 15, 2016

Hotel Best dan Menarik di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka

Percutian singkat ke Melaka kali ini, tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Almaklumlah, cuma 2 hari 1 malam sahaja. Tujuan kami ke Melaka adalah untuk menghantar sepupu Cik Lan bertunang. Kami ke Melaka awal sehari dari majlis tersebut. Kali ini, kami memilih untuk menginap
di Swiss Garden Hotel & Residence Melaka yang terletak di:

Swiss Garden Hotel & Residence Melaka,
http://www.swissgarden.com/hotels/sghrm/

Setibanya di Bandaraya Melaka jam 2.15petang, kami terus ke hotel untuk check-in. Proses check-in yang mudah kerana Cik Lan dah siap tempah dan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan Agoda (agoda.com.my).

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka

Selesai urusan check-in kami terus ke bilik di aras 18 untuk berehat. 15 minit selepas kami masuk ke dalam bilik hotel, pintu bilik kami diketuk oleh seseorang. Sambil memandang sesama sendiri kerana kami tiada memesan apa-apa, Cik Lan membuka pintu dan dikejutkan oleh sejambak bunga ros segar yang dihantar oleh dua orang pekerja hotel.

Rupa-rupanya bunga tersebut dihantar kepada kami sebagai tanda penghargaan kepada penghuni hotel.

 Set jambangan bunga ros segar

Bunga ros segar yang menjadi perhiasan sementara dalam bilik...dan dibawa pulang bersama...hehehe

Damia dan bunga ros segar


Suasana Bilik di Swiss Garden Hotel Melaka


Kami memilih bilik jenis Executive Suite berbentuk studio apartment yang mempunyai ruang tamu yang agak luas dan selesa serta satu bilik tidur. Malah bilik ini juga dilengkapi dengan set sofa, meja makan, kabinet dapur kering, 2 bilik mandi, 2 set televisyen dan balkoni yang luas.

Bahagian ruang tamu

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka
Di bahagian tengah yang mejadi penghubung antara ruang tamu dan bilik tidur diletakkan 
wardrobe dan ruang tandas utama.

Dari ruang balkoni bilik kami di Tingkat 18, kami disajikan dengan pemandangan Bandaraya Melaka yang begitu cantik, tersusun dan bersih sekali. 

Bilik kami juga menghadap Sungai Melaka dan sesekali kelihatan bot membawa pengunjung mengelilingi Sungai Melaka (Melaka River Cruise). Dari bilik kami juga kelihatan Kampung Morten yang terletak di tepi Sungai Melaka yang tersusun rapi. Dari atas, Kampung Morten kelihatan jelas melalui bumbung rumahnya yang bewarna merah.

 Kampung Morten dan Sungai Melaka

 
Sekitar luar bilik

  "Aktiviti Mandi Kolam"

Antara kemudahan yang disediakan di Swiss Garden Hotel ialah kolam mandi kanak-kanak beserta permainan air, kolam dewasa,gimnasium dan spa. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web:



Seperti biasa, Damia pasti mengajak ke kolam renang.

Kolam mandi kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai jenis pancutan air, gelongsor dan pistol air

"Sky Garden Lounge, Swiss Garden Hotel Melaka"


Setelah selesai mandi kolam, di sebelah lewat petang pula Cik Lan mengajak kami minum petang sambil menikmati udara segar (baru lepas hujan) di Sky Garden Lounge yang merupakan kafe di Tingkat 31.

Di sini, kami hanya duduk santai sambil minum petang menikmati angin sepoi-sepoi dan matahari terbenam. Suasana di sky garden ini agak romantik lebih-lebih lagi pada sebelah malam kerana dihiasi lampu bewarna - warni.

Pemandangan dari Tingkat 31 yang sangat cantik

Bersama air jus masing-masing

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka
Mango Juice, Apple Juice, Lemon Juice dan Mixed Fruit....slurrppp

Juga sepotong kek coklat

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel MelakaSambil minum sambil bergambar

Damia sorang habiskan kek. memang penggemar kek coklat tegar budak ni. Kek lain semua dia tak makan.


Suasana malam dengan lampu warna-warni. Pemandangan yang benar-benar sangat cantik. Amat mempersonakan diiringi alunan muzik jazz..

Selepas minum petang di Sky Garden, Swiss Garden Hotel Melaka, kami bertemu Cik An iaitu bapa saudara Cik Lan. Beliau bakal menunjukkan kami Kedai Makan Nasi Gunting yang sedap di Melaka.

Ikuti perkongsian kisah kami dalam entri seterusnya mengenai Nasi Gunting-->Baca DISINI

Thursday, November 10, 2016

Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37

Mc Donalds dan Burger King sememangnya telah terkenal dengan penjualan burger mereka yang berkonsepkan francais. Maka, pergilah ke mana-mana pelosok tanah air dan dunia anda pasti dapat merasai burger keluaran mereka.

Walaupun burger mereka sudah bertaraf antarabangsa, sesekali tekak pasti akan merindui rasa burger keluaran Malaysia terutamanya daging burger buatan Ramly Burger. Namun, jika silap memilih gerai burger anda pastinya akan kecewa dengan rasanya. Ada yang sekadar meletakkan beberapa potongan bawang dan timun, ada juga yang hanya memicitkan sedikit sos dan mayonis sahaja.

Harganya? Semakin lama semakin mahal pastinya. Seingat saya, sewaktu saya belajar di UPM sekitar tahun 2005-2013 dahulu, harga Burger Ayam biasa hanyalah RM 2 sahaja. Kemudiannya harga tersebut naik kepada RM 2.20, RM 2.50, RM 2.80, RM 3.00 dan sekarang boleh mencecah sehingga RM 3.70. Manalah ada barang yang tidak naik harga sekarang ini?

Lokasi Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37


Tetapi jika anda ingin merasai keenakan burger yang menggunakan daging burger keluaran Ramly Burger, saya mencadangkan anda untuk mencuba Burger 37 yang terletak di Batu Pahat Johor.

Cara daging burger dimasak, sayur-sayuran segar beserta sos dan mayonis yang boleh dikatakan melimpah ruah. Harga pun sangat berpatutan. Saya jamin anda pasti sukakannya!

 Alamat Burger 37:

No 37, Jalan Murni, Taman Murni Batu Pahat Johor

Waktu operasi: 7.30 malam sehingga 1 pagi


Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37

           
                  Menggunakan sayur-sayuran segar dan diletakkan dalam kuantiti yang banyak

Pelbagai Jenis Burger di Burger 37 Batu Pahat


Antara pilihan burger yang terdapat di sini ialah burger biasa, special, double, double special dan tripple. Pilihan daging pula ialah ayam dan daging. Sila rujuk gambar di bawah untuk jenis burger dan harga bagi setiap jenis burger:

Senarai harga burger. Burger biasa cuma RM 2.50 sahaja

           Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37  
                                                                  Burger Tripple

            
Burger Special

Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37
Burger Double
                              Burger Sedap di Batu Pahat Johor| Burger 37
 Sekiranya anda mahukan cheese leleh sebagai tambahan kepada burger anda, hanya tambahan RM 1.20 sahaja dikenakan

Bagi tambahan cheese keping, bayaran RM 1 sahaja dikenakan sebagai tambahan

Tempahan Burger dan Menu Lain Untuk Sebarang Majlis


Untuk makluman anda, Burger 37 turut menerima tempahan burger dan menu lain sekiranya anda mengadakan sebarang majlis istimewa. Setakat ini, tempahan hanyalah diambil untuk kawasan Batu Pahat sahaja.

         

Turut menerima tempahan untuk kuantiti yang banyak

             
             
Antara menu lain untuk tempahan majlis seperti kari, asam pedas, mee goreng dan pelbagai lagi jenis makanan. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Nana di 012-7469054 atau melalui Facebook: Manja Anja

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno