Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, November 3, 2016

Perancangan ke Langkawi

2 hari ni serabut betul cari tempat penginapan untuk "family day" kat Langkawi hujung bulan nanti. Nak cari kena bertepatan dengan kehendak 8 orang kepala. Susah betul nak puaskan hati semua orang. Nasib baik setahun sekali, kalau hari-hari keje deal ngan orang mesti serabut. Haha. Baik ngadap komputer tulis buku..

 Mula-mula buat cantik-cantik pakai excel


Lepas tu tulis tangan je..lagi senang. Nampak tak tulisan tahap serabut dah tu..Haha

Draf itenary..Baru cadangan..

Dalam kepala ni nak pergi Island Hopping, Kilim Geoforest Park, Underwater World, Cable Car n shopping sikit la. Cable Car mungkin saya tak naik sebab dah pernah merasa naik tahun lepas. Cukup la sekali, gayat. Haha..Biar diaorang je naik Cable Car.

Kalau ada cadangan tempat menarik lain di Langkawi bolehlah bagi idea ye. Bye!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno