Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, November 4, 2016

Perancangan Tempat Lawatan Ke Langkawi

Antara tempat cadangan kitaorang ke Langkawi nanti ialah Island Hopping, Cable Car, Kilim GeoForest Park n Kompleks Haji Ismail Group. Post ni khusus untuk adik-adikku..Haha. Senang korang nak refer nanti. Gambar semua pinjam dari Google Photo..

1) Island Hopping

- merangkumi lawatan ke 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Bukit Singa dan Pulau Beras Basah
- ada bayaran tambahan RM 3 untuk masuk ke kawasan tasik

Pulau Dayang Bunting

 Boleh mandi kat tasik ni kalau pandai berenang

 Kena mendaki sikit sebelum sampai ke tasik

Kalau tak nak mandi duduk tepi je la..Haha

Pulau Bukit Singa

- Tempat bagi helang makan. Tapi pengunjung tak dibenarkan bagi atas faktor keselamatan.
- Orang bawa bot akan campakkan daging hancur untuk helang sambar



Pulau Beras Basah

- boleh mandi n snorkeling kat sini tapi kena sewa alat snorkelling sendiri
- ramai orang cakap view tak berapa cantik untuk snorkelling




2) Kilim Geoforest Park

Dibawa menaiki bot ke:
- Gua Kelawar
- Fish Farm
- Eagle Feeding
- Andaman Sea
- Crocodile Cave
-Mangrove sightseeing

Gua Kelawar

 Gua kelawar

Ada blogger cakap tak dibenarkan ambil gambar guna flash sebab kelawar tak suka cahaya


Fish Farm

                                  
Boleh bagi ikan makan

 Disediakan restoran seafood. Boleh makan tengahari kat sini

Eagle Feeding


Laut Andaman


 Merentas Laut Andaman..Pi, ko mesti dah biasa buat benda ni kan? Dah memang kerja ko..haha

Crocodile Cave

 Bot boleh lalu bawah gua kalau paras air tak tinggi 

Keunikan batuan yang berbentuk seperti buaya. Takde buaya pun kat sini orang tu cakap

Mangrove Sightseeing


Tengok hutan paya bakau

3) Cable Car

Aku tak pergi sini tau sebab dah pernah merasa hari tu. Cukup la sekali. Time korang gi sini aku gi la tempat lain. Underwater World ke..bawa Damia tengok ikan.


Best pergi sini..

4) HIG Kompleks

 Boleh bawa ibu shopping kat sini nanti


Tu jelah cadangan aku so far. Kalau ada nak tambah tempat lain nanti bagitau ye. Ke korang rasa Island Hopping n Kilim Geoforest Park macam lebih kurang?? Kalau nak pergi salah satu je pun bagitau juga ye..K, Bye

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno