Vista Brasserie Restaurant merupakan restoran kedua milik Chef Zubir selain dari Laman Grill yang terletak di Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam. Vista Brasserie Restaurant mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana menyediakan pelbagai hidangan barbeku dan
sizzling dari seluruh dunia merangkumi hidangan terpanyaki Jepun, barbeku Korea dan barbeku Brazil yang dikenali sebagai Churrasco.

Churrasco tidak seperti barbeku biasa kerana cara hidangannya yang sungguh menarik, unik dan istimewa. Keunikannya terletak pada kaedah memasak dan persembahan barbeku itu sendiri iaitu kepingan daging yang telah diperap, dicucuk menggunakan pencucuk khas, dipanggang pada arang batu dan kemudiannya dihidangkan terus ke meja pelanggan.

Dapur arang batu khas untuk membakar daging barbeku

Lokasi Vista Brasserie Restaurant By Chef Zubir

Alamat:
Vista Brasserie Restaurant
B-LG-6 Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14
Suasana Dalaman Vista Brasserie Restaurant By Chef Zubir
Hiasan dalaman yang ringkas tetapi kemas
Sesi memilih minuman sambil melihat menu di Vista Brasserie Restaurant
Kami memilih pakej buffet iaitu RM 70 untuk setiap seorang. Untuk pengetahuan anda, pakej buffet ini termasuklah pakej Barbeku Brazil Churasco. Makanlah sehingga benar-benar kenyang! Oh ya, RM 70 tu belum termasuk minuman. Harga minuman mengikut menu.
Pekerja akan datang kepada setiap orang yang berada di meja tersebut dan menghiriskan daging barbeku mengikut jumlah yang dikehendaki oleh pelanggan.
Setiap bakaran daging mempunyai rasa barbeku yang istimewa. Pelanggan boleh memesan untuk masak sempurna (well done) atau separa masak (half cook) untuk setiap daging barbeku.
Kami semua memilih daging yang dipanggang sempurna, tetapi Cik Lan dan Abah memilih daging yang dipanggang separuh masak. Katanya daging yang separuh masak ni lebih juicy rasa dagingnya serta tidak liat...
Kami memilih pakej buffet iaitu RM 70 untuk setiap seorang. Untuk pengetahuan anda, pakej buffet ini termasuklah pakej Barbeku Brazil Churasco. Makanlah sehingga benar-benar kenyang! Oh ya, RM 70 tu belum termasuk minuman. Harga minuman mengikut menu.
Pakej Buffet Barbeku Brazil, Churasco
Inilah keistimewaan Vista Brasserie Restaurant yang jarang disediakan di restoran barbeku lain. Setelah perapan rempahan daging yang telah dicucuk pada pencucuk khas dan dibakar dengan dapur arang batu khas itu masak, pekerja akan terus membawa daging barbeku tersebut ke meja pelanggan.Pekerja akan datang kepada setiap orang yang berada di meja tersebut dan menghiriskan daging barbeku mengikut jumlah yang dikehendaki oleh pelanggan.
Kami semua memilih daging yang dipanggang sempurna, tetapi Cik Lan dan Abah memilih daging yang dipanggang separuh masak. Katanya daging yang separuh masak ni lebih juicy rasa dagingnya serta tidak liat...
Pakej Barbeku Brazil Churasco ini merangkumi daging ayam, lembu, kambing, sosej ayam dan buah nenas bersalut karamel yang berbau wangi selepas dibakar.
Anda bebas untuk memanggil pekerja ini seberapa banyak kali pun untuk menghiris daging ke pinggan anda. Makanlah sehingga puas dan kenyang...hehehe
Selain itu, pakej buffet juga menyediakan pelbagai jenis makanan lain seperti aneka salad, kek, puding, biskut, buah-buahan, nasi dan pasta.
Pelbagai jenis salad dan dressings
Pelbagai jenis pencuci mulut merangkumi kek, manisan, buah-buahan, puding dan biskut
Hidangan tambahan utama seperti nasi, pasta, ayam goreng dan masakan berasaskan kambing turut disediakan di dalam pakej buffet
Pilih-pilih, makan kenyang-kenyang! Haha
Menu Lain di Vista Brasserie Restaurant
Sekiranya anda tidak berhasrat untuk makan sekenyang-kenyangnya melalui Pakej Buffet, anda juga mempunyai pilihan lain secara ala-carte. Jangan risau. Tetapi saya pasti, jika anda melihat harganya, anda akan merasakan pakej buffet adalah yang terbaik.
Japanese Terpanyaki Emperor dan Ultimate Combo Skewer misalannya berharga RM 59.90. Jika anda mengambil pakej bufet, harganya RM 70 tetapi anda dapat merasai pelbagai jenis makanan. Jadi lebih untung, betul tak?
Tapi segala-galanya terpulang kepada selera masing-masing
Pelbagai jenis sandwich dan pasta
Nasi lemak, mee goreng dan nasi goreng turut disajikan secara ala- carte
Pelbagai jenis kek dan pencuci mulut
SURPRISE....Jeng..Jeng...Jeng....
Di saat akhir, Lin (adik ipar) memesan dua potong kek sebagai simbolik kepada Hari Lahir Mak, Abah, Damia dan ulang tahun perkahwinan kami yang masing-masing jatuh pada bulan September dan Oktober. Juga, sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan Lin & Iwan yang bakal tiba.

Menyambut Hari Lahir Mak, Abah dan Damia
Ulang tahun perkahwinan kami
Oreo Cheese Cake dan Macadamia Cake (agaknyalah, tak ingat nama penuh dia. Hee)
Sesi fotografi bersama owner Restoran Vista Brasserie iaitu Chef Zubir
Secara jujurnya kami lebih sukakan Vista Brasserie Restaurant berbanding Laman Grill. Apapun sekali lagi, semuanya bergantung kepada selera anak tekak masing-masing. Selamat mencuba menu daging barbeku di Vista Brasserie Restaurant By Chef Zubir, enjoy!!

Menarik.. Banyak pula tu pilihan makanan yang kita boleh mamam. :)
ReplyDeletebetul tu reen..puas hati gak la
Delete