Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, November 18, 2016

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

Setiap negeri di Malaysia mempunyai tarikan makanannya yang tersendiri. Sebagai contoh:
- Kawasan pantai timur terkenal dengan Nasi Kukus Ayam Berempah, Laksam, Nasi Dagang
- Johor terkenal dengan Asam Pedas Johor (Asam Pedas Tanjung Agas Muar) dan Nasi Baryani
- Sarawak terkenal dengan Laksa Sarawak
- Negeri Sembilan terkenal dengan masakan lemak cili apinya
- Pulau Pinang terkenal dengan Nasi Kandar (Restoran Deen Nasi Kandar, Penang)
- Melaka terkenal dengan Asam Pedas Melaka

Namun kali ini, kami ingin membawa satu lagi tarikan makanan yang agak terkenal di kalangan penduduk negeri Melaka iaitu 'Nasi Gunting'.

Kami mengetahui kewujudan satu lagi tarikan menu di Melaka ini daripada Cik An (pakcik Cik Lan) yang sememangnya telah menetap di Melaka lebih daripada 15 tahun. Menurut Cik An, anaknya Aizad merupakan,  peminat setia Nasi Gunting ini.

Lokasi Gerai Nasi Gunting Melaka

Gerai Nasi Gunting ini terletak di hadapan Pejabat Tenaga Nasional (TNB) Banda Kaba Melaka. Waktu operasi warung Nasi Gunting ini hanyalah pada sebelah malam antara jam 8 ke 11 malam sahaja.

Jika tidak berkesempatan untuk makan di sini, maka anda boleh makan pada waktu pagi di pasar basah Melaka (Penjual Nasi Gunting yang sama).

Lokasi gerai 'Nasi Gunting' Melaka

 Warung Nasi Gunting Melaka

Nasi Digunting?


Tatkala pertama kali mendengar Nasi Gunting disebut oleh Cik Lan, saya tidak boleh membayangkan bagaimanakah agaknya rupa nasi yang digunting. Nasi tu kan dah kecil, nak gunting macam mana lagi ea?

Jika mendengar namanya sahaja kami membayangkan nasi itu digunting, tetapi sebenarnya tidak.

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

Menurut Pak Cik penjual Nasi Gunting ni, nama Nasi Gunting diambil bersempena dengan proses menggunting lauk seperti ketulan besar daging lembu atau perut kepada ketulan kecil untuk dihidangkan bersama nasi putih yang dipanggilnya Nasi Gunting.

Oh, rupa-rupanya yang digunting ialah daging dan perut lembu, bukanlah nasi yang digunting...hehehe

Kesemua ketulan besar daging dan perut ini pada mulanya dimasak dan direnehkan dalam kuah kari spesial yang diciptakan khas dari Pak Cik ni sebelum dihidangkan bersama nasi putih untuk pelanggan. 


 Proses menggunting isi daging lembu, perut dan hati

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka

 Kuah kari spesial untuk disimbah bersama Nasi Gunting sebagai lauk utama

Terdapat dua jenis Nasi Gunting yang dihidangkan iaitu:
     1) Nasi Gunting Daging Lembu
     2) Nasi Gunting Campur (campuran daging lembu dan ketulan perut lembu)

Setiap set Nasi Gunting ini akan dihidangkan bersama ketulan kecil daging lembu atau perut lembu atau campuran daging dan perut lembu yang disimbah dengan kuah kari spesial Nasi Gunting. 

Disertakan juga bersama set Nasi Gunting ini adalah telur masin (separuh), hirisan timun dan sambal tumis. Bagi kami, keistimewaan Nasi Gunting ini terletak pada kuah karinya, iaitu kuah kari yang pekat dan berasa kerisik kelapa.

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka
~ Nasi Gunting, Melaka ~

 Aizad merupakan salah seorang peminat setia Nasi Gunting Melaka..

Menurut Aizad, rasa kuah kari Nasi Gunting ini sukar untuk dijelaskan kerana rasa kuah karinya tidak sama seperti kari mamak atau kari biasa yang kita masak.

Berkumpul makan bersama sambil menikmati keenakan Nasi Gunting Melaka

Tempat Makan Best Melaka| Nasi Gunting, Melaka
Jika anda tanya berkenaan harga, kami sendiri tidak pasti kerana terlupa bertanyakan harga bagi setiap set.

 Tetapi secara kasarnya, malam tersebut kami memesan 9 set Nasi Gunting dan jumlah bayaran yang dikenakan termasuk air ialah RM72. Hanya Amira (adik Aizad) seorang sahaja yang memesan nasi selain Nasi Gunting ketika itu. 

Jadi, berapakah harga sepinggan Nasi Gunting? Sila selesaikan persoalan Matematik ni..Haha.

Sekian sahaja review kami mengenai Nasi Gunting Melaka, selamat mencuba!

4 comments:

  1. Unik kan nama Nasi Gunting.. Apa yg penting, rasa Nasi Gunting.

    ReplyDelete
  2. Tulah, nama yang unik..Dengar nama je buat orang rasa tertanya-tanya..n nak cuba

    ReplyDelete
  3. First time dengar nasi gunting..lain kali boleh la cuba ..tq share info

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno