Apa pengalaman anda ketika membeli air kelapa? Adakalanya terlalu manis kerana dicampur banyak air gula. Adakalanya pula terlalu tawar dan tidak berasa kelapa kerana dicampur terlalu banyak air. Namun, jika anda cuba air kelapa yang satu ini saya pasti anda tidak akan menyesal.
Sebiji buah kelapa muda dikupas dengan sangat bersih tanpa menanggalkan sedikit pun isinya di dalam tempurung!...malah ia tidak bocor.. hanya air kelapa yang dibaluti isi kelapa muda sahaja akan dibawa keluar tanpa pecah...Menakjubkan bunyinya!!,,,hehehe
Lokasi Air Kelapa Lambung @ Snow Ball
Terletak di Jeti Melaka River Cruise, terdapat satu deratan bazar yang menjual makanan ringan, belacan melaka, air minuman, barangan cenderamata dan sebagainya. Salah satu dari gerai tersebut menjual air kelapa asli dengan gaya yang sangat menarik perhatian ramai..
Tarikan Air Kelapa Lambung @ Snow Ball
Menariknya mengenai Air "Kelapa Lambung" ataupun Snow Ball ini ialah teknik mengeluarkan isi kelapa bersama air kelapa didalamnya dari tempurungnya tanpa kebocoran dari isi kelapa tersebut. Malah air kelapa yang masih disaluti isi kelapa ini bebrebntuk bulat dan pengunjung hanya perlu mencucuk straw atau penyedut minuman pada isi kelapa yang telah dikeluarkan untuk meminumnya. Pada pandangan mata kasar kami, penjual air Kelapa Lambung ini sangat terlatih mengeluarkan isi kelapa tanpa merosakkan teksturnya.
Kami tekun memerhatikan teknik mengeluarkan isi kelapa berserta air di dalamnya tanpa mengalami sebarang kerosakan/kebocoran pada tekstur isi kelapa tersebut


Proses mencungkil isi kelapa
Selepas mencungkil isi kelapa, penjual dengan pantasnya melambung dan kemudiannya menyambut isi kelapa tersebut ke dalam bekas.
Sangat profesional! Bukan semua orang mampu melakukan aksi sebegini.
Inilah hasilnya!!
Air Kelapa Lambung (Snow Ball) bersama air kelapa di dalamny...
Air Kelapa Lambung (Snow Ball) bersama air kelapa di dalamny...
Keaslian Air Kelapa Lambung @ Snow Ball
Rasa air kelapa yang sangat asli tanpa sebarang campuran gula dan air. Mudah juga untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana tanpa tempurung kelapa yang berat.

Masing-masing dengan sebiji Snow Ball di tangan

Cantik je isi kelapa ni kan? Macam sayang pula nak makan..

Cik Zaimah menikmati air Kelapa Lambung dengan penuh gaya yang tersendiri..hehehe!
Pada saya, air kelapa lambung ini patut dicuba oleh semua orang. Harganya juga berpatutan iaitu RM 5 sebiji. Jika anda ke Melaka, jangan lupa singgah di Melaka River Park & Cruise untuk merasai keenakan dan keunikan Snow Ball!
Thanks for post:
ReplyDeleteship hàng hóa tới Hy Lạp
ship hàng hóa tới albania
ship đồ sang albania
chuyển phát cấp tốc đi Hy Lạp
order ship đi tây ban nha