Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, December 14, 2016

Restoran Windmill Aeon Shah Alam

Lama betul tak dapat update blog secara konsisten. Semuanya gara-gara tugasan ghost writer yang menuntut fokus tinggi untuk mengejar target masa. Ok, just a simple entry this time tentang Restoran Windmill yang kami kunjungi beberapa hari selepas persembahan Damia di tadikanya.

Kami datang untuk menyaksikan Damia melakukan persembahan bersempena Graduation Day murid-murid 6 tahun, tak sangka rupa-rupanya terdapat juga anugerah penyampaian cemerlang untuk semua pelajar. Lebih memeranjatkan Damia menggondol 5 anugerah malam tu. Haha. Dia sendiri pun tak tahu dia akan dapat hadiah banyak macam tu. Ada masa nanti saya update sikit tentang persembahan dan penyampaian anugerah tersebut ye.

So, nak dijadikan cerita, Cik Lan belanja makan di Restoran Windmill ini bagi meraikan kejayaan Damia.

Restoran Windmill (Aeon Shah Alam)..(kredit foto to www.shuhaidakabdy.com)

Suasana Restoran Windmill Aeon Shah Alam

Menu pilihan Kami di Restoran Windmill Aeon Shah Alam




 
Kid Plate Set
Gabungan spagethi bolognaise + sosej goreng + kentang goreng + minuman vitagen

 ~ Lamb Shank ~

~ Spaghetti Carbonara ~


 Set Tiram (Oyster) mentah....

Pengalaman pertama saya makan tiram mentah. Rasanya lebih kurang macam makan umai di Sabah Hanya diperahkan dengan air perahan lemon sahaja..hehehe


Cara makan tiram mentah:

1 - Angkat tiram dari hidangan di atas permukaan ais dan perahkan  lemon ke dalam tiram tersebut. Lemon digunakan untuk memasak tiram yang mentah.
2- Tambah sedikit cili sos masam (jika ada)
3 - Gaulkan rata tiram dengan campuran lemon dan sos masam hingga sebati di dalam cengkerangnya.
4- Angkat tiram yang telah digaul dengan perahan lemon dan cecah dengan cili sos dan pencicah ala-ala mayonis yang diberi
5- Terus makan keseluruhan tiram sekali ngap..(Perhatian!!..jangan makan sikit-sikit). Ini untuk mengelakkan bau hanyir tiram..hehehe


Pencuci Mulut...

 Ais Krim Windmill (Trademark restoran ni)

Sekian sahaja kisah di Restoran Windmill. Banyak lagi tempat-tempat makan best yang ingin saya ceritakan kepada anda di lain waktu. Tunggu!!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno