Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Setiap kali tiba tahun baru pastinya ramai diantara kita yang berkobar-kobar dengan azam dan semangat yang baru untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek termasuklah pendidikan, kewangan dan amalan juga ibadah kita kepada pencipta. 

Bagi sesiapa yang tidak ada perasaan ingin berubah menjadi yang lebih baik, barangkali mereka telah berpuas hati dan selesa dengan apa yang dimiliki selama ini. Alhamdulillah..

Tetapi bagi seseorang yang mempunyai banyak impian, pastinya mereka perlu berusaha keras untuk mencapai apa sahaja yang diimpikan dan dihajatkan. Semoga Allah memberkati usaha kalian. Saya doakan anda semua berjaya mencapai sebahagian atau kesemua impian anda. Insya Allah..Amin..



© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno