Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, January 13, 2016

Hotel Unik & Lama|1926 Heritage Hotel Georgetown Pulau Pinang

Bulan lepas (Hujung Disember 2015) sekali lagi Cik Lan ada conferens kat Pulau Pinang dan kali ni kami memilih untuk menetap di hotel yang mempunyai konsep seni bina bangunan lama (Colonial Style Building) dan akhirnya kami memilih untuk menginap di 1926 Heritage Hotel, Penang. Bangunan ini dibina pada tahun 1926 dan pernah menjadi rumah kepada pegawai British untuk pegawai imigresen dan pentadbir tempatan Pulau Pinang. 

Pada asalnya, kami tidak berhasrat untuk menginap di hotel ni setelah membaca review yang ditinggalkan oleh penginap terdahulu di Trip Advisor dimana kebanyakan komen yang diberikan berbaur negatif. Antaranya seperti:


" Hotel lama, pintu bilik sangat bermasalah dan memerlukan sedikit kemahiran untuk membukanya"
"Tuala yang berbau busuk dan bilik berbau asap rokok"
"Layanan yang diberikan oleh customer service sangat teruk. Mereka tidak akan melayan karenah anda!"


Siapa tak ngeri bila baca komen-komen macam tu dan bila dilihat rating yang diberi hanyalah 2 dari 5 bintang, kami terus membatalkan hasrat awal untuk menginap di 1926 Heritage Hotel Pulau Pinang. Tapi orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan. Memang tepat sangat perumpamaan tu.

Kebetulan hari tersebut ada event besar di Pulau Pinang (Penang Pesta Chingay Prade 2015) dan nak dijadikan cerita, kebanyakan hotel yang standard dan biasa orang stay ni dah habis untuk malam tu bagi bilik saiz Standard. Yang tinggal hanyalah Suite sahaja yang harganya RM600++. Memang taklah, kitaorang nak tidur kat Suite kan..

Terpusing-terpusing juga kami dalam kereta beberapa jam mencari hotel yang ada bilik saiz Standard dan berharga "standard" juga. Yelah, Penang ada event besar waktu tu dan ditambah pula dengan cuti sekolah, harga bilik yang biasanya RM 200 jadi RM400.

Ok, last choice, saya Google website 1926  Heritage Hotel dan diaorang ada buat promotion. Satu bilik Deluxe cuma berharga RM 170. Oklah tu, ambil je walau dalam fikiran waktu tu diterjah dengan komen-komen dari pengunjung sebelumnya di Trip Advisor. Tapi sedapkan hati jugalah, sebab kat website 1926 heritage Hotel, diaorang ada menyatakan sebab kenapa diadakan promosi. Sebab diaorang refurbish semula hotel tu. Emm...sholud be ok.


Lokasi 1926 Heritage Hotel Georgetown Pulau Pinang


Hotel yang masih kukuh dengan seni bina lama ini terletak di Georgetown dan hanya mengambil masa 10 - 20 minit dari Terminal Feri, manakala 30 - 40 minit dari Penang International Airport (Normal Hour). Boleh rujuk alamat dibawah:
1926 Heritage Hotel
227, Jalan Burma, 10050, Pulau Pinang
Bahagian tepi hotel, menghadap jalan besar. 
Pada awalnya saya ingat ni bahagian hadapan

Hotel ni terletak betul-betul di tepi jalan di Jalan Burma, Georgetown

Ini pula ialah bahagian hadapan hotel. 

Persekitaran 1926 Heritage Hotel Georgetown Pulau Pinang


Sekitar kawasan hotel yang dihiasi bunga yang melilit

Walaupun agak scary pada waktu malam, tapi ramai yang stay hotel ni rupa-rupanya pada waktu tu, terutamanya waktu cuti sekolah..Bangunan hotel di sini mempunyai pintu dan tingkap kayu zaman kolonial, koridor yang panjang, beranda yang nyaman serta tingkap zaman Victoria serta gambar-gambar Pulau Pinang yang lama,. Malah rasa nostalgia dapat dirasai di hotel tersebut.


 Antara kemudahan disediakan seperti kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak


Jalan antara ke bilik-bilik hotel.. lorong disini adalah lorong asal dalam bangunan..dengan lorong yang panjang serta berbentuk seperti keadaan zaman kolonial juga memberikan satu kelainan..apatah lagi dengan lorong yang sunyi disebabkan privasi untuk penghuni dan tetamu di setiap bilik...


Keadaan dalam bilik tempat kami menginap..walaupun dalaman bilik telah diubahsuai sedikit mengikut keadaan semasa, tetapi dengan susunan dalaman, keadaan tingkap dan pintu kayu kami serta suasana dalaman dengan pengcahayaan kuning dapat dirasakan seperti berada di zaman kolonial tahun 1926..satu pengalaman yang best..Cik Lan memang suka kalau suasan macam nie..lain dari yang lain katanya...


Kami memilih untuk mengambil bilik yang terletak di hadapan kolam renang. Keistimewaan bilik ni ialah mempunyai dua pintu iaitu pintu utama untuk masuk dari hadapan dan satu lagi pintu ialah pintu yang menghubungkan kami dengan kolam renang (tengok gambar atas ni). Dan kalau korang boleh nampak, pintu ni mempunyai selak yang sangat besar. Memang style pintu rumah dulu-dula la ada selak ni. 

Saya terfikir, "Agaknya,inilah pintu yang dikatakan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk membukanya". Tapi pintu kitaorang waktu tu ok je. takde sebarang masalah langsung. Alhamdulillah..

Kalau disuruh bagi rate, saya boleh bagi 4.5/5. Bagi saya semuanya ok waktu kami menginap di 1926 Heritage Hotel Georgetown Pulau Pinang . Apa yang ok?
1) Servis-ok
2) Keadaan bilik -ok
3) Aircond-ok
4) Wifi-ok
5) Fasilitie Hotel - ok

So, saya rasa bagi sesiapa yang teringin nak ubah selera menginap di hotel lama seperti di 1926 Heritage Hotel Georgetown Pulau Pinang, bolehlah berbuat demikian tanpa rasa ragu ye kerana pengalaman yang mendebarkan pada mulanya ini telah berakhir dengan sebuah keyakinan yang pasti.



© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno