Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, January 14, 2016

Betul ke ebook dan buku rujukan exam PTD secara online dah lapuk?

Najihah Abas tu kawan saya. Kawan sama-sama sekolah menengah di Segamat dulu. Baru-baru ni saya ada contact Jiha, tanya dia apa-apa tips yang boleh dia bagi berkenaan exam PTD. Ternyata Jiha tak keberatan untuk berkongsi. Syukur. 

Maklumat yang dikongsi oleh Jiha ternyata sangat berguna dan menarik minat blog The Vocket untuk berkongsi semula artikel dan perkongsian Jiha di blog mereka. Boleh klik link ni untuk baca tulisan Jiha -->10 tip sempoi buat anda yang bakal ambil exam PTD. Antara pesanan Jiha dalam tulisan beliau ialah:

" Korang TAK PAYAH lah beli segala jenis buku-buku yang kononnya ada tips dan soalan-soalan exam PTD tu. Beda'ah je orang kata. membazir duit oii. Soalan-soalan tu pun banyak dah lapuk."

Tapi saya beli jugak. Punyalah degil, tak nak degar nasihat kawan yang dah bergelar PTD tu. Bukannya saya tak percaya cakap Jiha, tapi sebab saya masih samar-samar, tak nampak lagi bayangan soalan dan tahap kesukaran tu macam mana.Nak studi camne kalau takde buku rujukan, kan? Mentaliti student masih ada, asal exam mesti nak cari buku rujukan. Haha. Pass nyer tak tentu pun lagi!

Saya beli rujukan tu dari Tim Infokerjaya dan rujukan yang dijual adalah dalam bentuk Ebook, bukan dalam bentuk buku yang bercetak. Kalau buku tu mungkin betul tak update sebab polisi dan dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah. Masa zaman Mahathir lain, zaman Pak Lah lain, zaman Najib pun lain. Susah dan agak costing pulak kan kalau asyik nak kena printing buku baru je..

Tapi disebabkan Tim Infokerjaya buat rujukan exam PTD ni dalam bentuk ebook, maka setiap kali diadakan exam PTD pada setiap tahun, kandungan dalam ebook juga sentiasa ditambah baik mengikut kesesuaian semasa. So, bagi saya isu soalan/kandungan buku lapuk takde kot. Pendapat saya lah, setakat saya baca ebook rujukan exam PTD ni, maklumat tu semua sangat membantu bagi saya gambaran awal akan tahap kesukaran exam PTD.

panduan buku tips dan ebook rujukan exam ptd
 Ebook panduan exam PTD

panduan buku tips dan ebook rujukan exam ptd
Buku Malaysia Kita juga bagus sebagai bahan bacaan. Tapi dasar yang dinyatakan dalam buku ni terhad sehingga zaman Pak Lah. Puas saya cari di MPH dan Popular versi terbaru buku Malaysia Kita tapi sayangnya takde yang update version.

Emm..nampaknya dah tinggal 4 hari je lagi nak exam setakat artikel ni ditulis. Saya rasa bagi sesiapa yang nak buat last minute persediaan mungkin sempat lagi. Boleh baca tips yang dikongsikan sahabat saya, Jiha DISINI. Bagi sesiapa yang nak maklumat dan bahan bacaan yang lebih detail, mungkin juga boleh beli buku Malaysia Kita dan juga ebook tips dan panduan exam PTD DISINI-->Panduan, Rujukan dan Tips Exam PTD.


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno