Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 2, 2016

Kelas RBLBT Anjuran Dr Kasmah Misran| Rahsia Bicara Luar Biasa Tepat

Kelas Rahsia Bicara Luar Biasa Tepat atau lebih dikenali dengan nama pendeknya RBLBT anjuran Dr Kasmah Misran saya ketahui melalui teleseminar yang dijalankan oleh Tuan Faisal Abdullah. Kupasan topik menarik mengenai rahsia sedekah benar-benar menarik perhatian sehingga saya berani untuk membuat keputusan menyertai Kelas RBLBT.

Kelas yang sememangnya berlainan dari kelas-kelas yang pernah saya pergi sebelum ini. Ianya bukan mengenai teknik pemasaran atau cara menambat pelanggan. Tidak sama sekali. RBLBT lebih menjurus kepada kuasa dalaman atau spiritual, bagaimana bertindak dan mendapatkan hasil optimum menggunakan kekuatan minda separa sedar, dan cara berinteraksi dengan alam yang akhirnya akan membawa kepada sebuah kejayaan yang bukan semata-mata berlandaskan wang malah lebih besar nilainya dari itu.

RBLBT Dr Kasmah Misran
Dr Kasmah Misran

RBLBT Dr Kasmah Misran

RBLBT Dr Kasmah Misran

Para peserta Kelas RBLBT yang fokus belajar ilmu baru

RBLBT Dr Kasmah Misran
Sempat bergambar dengan Dr Kasmah sebelum tamat kelas
Apa ada dalam beg tu? Ada hadiah istimewa dari Dr Kasmah iaitu Perfume Terapi DRK

Ini bukan minyak wangi biasa yang terdapat di pasaran. Ianya merupakan adunan pati lima jenis mawar berlainan warna iaitu mawar merah, putih, kuning, biru dan ungu yang diimport khast dari Egypt. 

Ramuan istimewa ini mampu memberikan keistimewaan dan khasiat yang tinggi untuk si pemakainya kerana gabungan lima jenis pati mawar tersebut menghasilkan gelombang bio-energy magnetik.

RBLBT Dr Kasmah Misran

Banyak betul ilmu baru yang kami belajar hari tu (23/1/2016). Suatu imu hebat bagi menghadapi tahun 2016 yang juga hebat cabarannya.Dr Kasmah masih lagi menganjurkan Kelas RBLBT yang akan diadakan dalam bulan Februari ini. Masih belum terlambat untuk anda bertindak jika mahu merasai pengalaman hebat menerokai kekuatan potensi diri dan alam semesta.

Sila rujuk gambar diatas mengenai modul yang bakal anda pelajari dan bayaran yuran Kelas RBLBT anjuran Dr Kasmah Misran


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno