Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 16, 2016

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

Jika disebut menu nasi dagang pastinya kita terbayang nasi berhalba beserta kari ikan tongkol. Nasi dagang sememangnya terkenal sebagai makanan tarikan utama dari pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Tetapi entri kali ini adalah nasi dagang yang terletak diutara semenanjung Malaysia dan terletak di pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi.

Nasi Dagang Pak Malau; Namanya sahaja sudah membuatkan hati tertarik dan fikiran melayang-layang membayangkan rupa Pak Malau yang namanya sering disebut dalam pantun filem melayu klasik.

"Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu"

Barangkali disebabkan nama keramat tersebut, gerai Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Langkawi ini menjadi perhatian ramai pengunjung dan mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri.

Konsep Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Gerai Nasi Dagang Pak Malau ini mempunyai konsep Melayu klasik lama ala-ala nama Pak Malau juga. Kebetulan, sewaktu kami hadir pemilik kedai yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Malau turut berada di situ. 

Gaya pakaiannya tidak ubah seperti watak Pak Pandir yang sering digambarkan oleh penulis buku cerita kanak-kanak--> seorang lelaki yang berkain pelekat, berbaju t-shirt putih, bertali pinggang hijau besar, berkopiah putih serta berjanggut agak panjang dalam lingkungan usia 60-an.

Rupa-rupanya akhbar Utusan juga pernah membuat liputan mengenai Gerai Nasi Dagang Pak Malau ini. Patutlah, pengunjung sentiasa ramai, telah mendapat publisiti media rupa-rupanya. Boleh baca akhbar Utusan DISINI-Nasi Dagang Pak Malau.

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

Bersebelahan dengan Gerai Nasi Dagang Pak Malau turut disediakan homestay yang diberi nama Teratak Pak Malau yang boleh disewa untuk bermalam kepada pelawat. Gerai dan homestay ini terletak betul-betul di kawasan sawah padi yang berlatar belakangkan kawasan Gunung Raya. 

Konsep gerai Nasi Dagang Pak Malau ni juga bercirikan melayu tradisional. Jika dilihat ruang makan di dalam gerai dan susun atur kerusi juga meja kayunya, akan mengingatkan kita pada drama Melayu lama ketika zaman pendekar.

p/s: Drama berunsur pendekar yang boleh terbang dan melompat tinggi sekarang dah takde. Masa saya kecik dulu selalu tengok drama pendekar. Korang pernah tengok ke?

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Di sekitar Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Homestay yang terletak bersebelahan dengan Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Lokasi Nasi Dagang Pak Malau Langkawi


Nasi dagang Pak Malau terletak di :

Jalan Makam Mahsuri,
Pulau Langkawi Kedah. 


Untuk mempermudahkan pencarian Gerai Nasi Dagang Pak Malau ni, anda boleh cari saja lokasi ke Makam Mahsuri. Ini kerana Gerai Nasi Dagang Pak Malau ni terletak di Jalan Makam Mahsuri.

Bagi saya yang sekali-sekala sampai di Langkawi ni, guna waze je senang. Tak payah pening-pening dan terpusing-pusing. Haha. Sekarang kan dah banyak Apps canggih di telefon. Manfaatkanlah sebaik mungkin ye..


Nasi Dagang Pak Malau mempunyai pilihan hidangan yang tersendiri seperti kambing kurma, ikan / ayam gulai, daging kerutub dan ayam goreng berempah dengan harga berpatutan. Senarai harga  untuk set Nasi Dagang Pak Malau:

Kambing Kurma = RM14.00
Ikan / Ayam Gulai = RM7.00
Daging Kerutub = RM8.00
Ayam goreng berempah = RM8.00

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
Suasana dalam Gerai Pak Malau dengan cara susunan yang unik dan tersendiri seperti dalam filem melayu lama..ala-ala melayu tradisional..


Menu Hidangan Nasi Dagang Pak Malau Langkawi


Nasi Dagang Pak Malau ini boleh dimakan dengan pilihan hidangan seperti Kambing Kurma, Ikan/Ayam Gulai, daging kerutub dan ayam goreng berempah.

Kami hanya memilih hidangan ikan gulai dan daging gulai untuk dimakan bersama nasi dagang.

Korang tahu tak Gulai tu apa? Gulai = Kari ye..

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau
 ~ Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Tongkol ~

 ~ Nasi Dagang bersama Gulai Daging Lembu ~

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau

 Memang seronok dapat makan dengan sausana berlatar belakangkan sawah padi yang menguning beserta angin yang sepoi-sepoi bahasa disertakan pula dengan burung burung sawah yang beterbangan...suasananya memang tenang dan mengujakan kepada tetamu pelanggan
Nasi Dagang Pak Malau ni...

Tempat Makan Best Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau 
Hidangan nasi dagang beserta kuah gulai (kuah kari) yang memang teramatlah sedap. Kualiti beras yang baik (seperti pulut) serta nasi dagang beraromakan halba (sejenis herba), memang tip top..malah kuah karinya juga pekat dan berasa.

Memang sedap. Serius! Maknanya gerai Nasi Dagang Pak Malau ni menjadi tumpuan ramai pengunjung bukan hanya kerana namanya yang unik, malah masakannya juga sedap dan harga yang berpatutan. 

Jika singgah ke Langkawi, jangan lupa singgah makan Nasi Dagang Pak Malau ye, memang sebuah tempat makan best dan sedap di Langkawi yang patut anda kunjungi dan cuba.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno