Nampaknya pasaran hotel di Malaysia sudah mula mengorak langkah ke arah mewujudkan hotel yang unik dan pelik tetapi selesa untuk didiami malah menarik perhatian untuk tujuan pelancongan. Selain bas yang yurut dijadikan hotel dimana entri mengenai itu pernah saya tulis disini--> Bustel Melaka, baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi untuk merasai pengalaman bermalam di dalam kontena yang telah diubah suai menjadi sebuah penginapan (hotel).
Macam manalah agaknya tidur dalam kontena ye?
Dari luar, Hotel Kontena yang terletak di Muar ini kelihatan menarik untuk dijadikan tempat singgah bermalam kepada sesiapa sahaja jika bertandang ke Bandar Muar...
Kontena-kontena disusun secara bertindih sehingga membentuk 3 bangunan tingkat...
Lokasi Hotel Pelik & Unik Malaysia| Hotel Kontena Muar Johor
Muar juga turut dikenali sebagai Bandar Maharani @ Bandar Diraja dan
sebagai salah satu daerah di utara negeri Johor serta bersempadan dengan
Negeri Melaka. Salah satu mercu tanda Bandar Muar ini ini adalah
replika Mahkota Diraja Johor yang terletak di salah satu bulatan di
tangah-tengah bandar Muar ini.
Hotel Kontena (Container Hotel) yang terletak di Muar, Johor ini terletak di alamat seperti berikut:
PPT Muar Hotel (Container Hotel)
Alamat:
41-3, Jalan Bakri
84000 Muar, Johor.
Tel. No.: 06 - 953 9999
Anda perlu mencari hotel yang dipanggil PPT Muar Hotel. Kalau guna waze, maka search PPT Muar Hotel sebab Hotel Kontena ni merupakan salah satu hotel baru bagi PPT Muar Hotel. Pengurusan kedua-dua buah hotel ini adalah sama.
Persekitaran Luar Hotel Kontena Muar
Perkarangan Hotel Kontena
Pandangan tepi Hotel Kontena Muar
Susun Atur Bilik & Kemudahan di Hotel Kontena Muar
Satu kontena = satu bilik
Terdapat tangga utama yang menghubungkan setiap satu tingkat di Hotel Kontena. Tangga di Tingkat 2 dan 3 pula bercabang ke kiri dan kanan bahagian Hotel Kontena
Hiasan dalaman hotel juga menarik dan kebersihan hotel memang terbaik. Bagi setiap 2 buah kontena, terdapat satu mesin penapis air bagi memudahkan pengunjung mendapatkan bekalan air bersih. Pada setiap tingkat juga terdapat telefon awam yang boleh digunakan untuk berhubung dengan bahagian pengurusan hotel.
p/s: Saya guna telefon ni untuk request sterika
Untuk pengetahuan anda, Hotel Kontena Muar ini berkongsi receptionist dan servis pengurusan hotel yang sama dengan PPT Hotel Muar. Maksudnya di sini, ketika anda ingin mendaftar untuk menginap di hotel ini, anda perlu berurusan di bahagian penyambut tetamu di PPT Hotel.
Pandangan atas/bumbung dalam Hotel Kontena ini pula dihiasi dengan lukisan awan yang nampak seolah-olah awan yang sebenar dan seolah-olahnya kontena ini berada di luar...
Anda akan dapati ada pelbagai jenis kontena dalam hotel ni..
Rekaan Dalaman Bilik di Hotel Kontena Muar
Mesti anda tertanya-tanya dan tidak sabar untuk melihat rekaan dalaman bilik di Hotel Kontena ni kan? Yelah,untuk bermalam walaupun sehari, keselesaan adalah perkara penting yang wajib diambil perhatian sebelum memilih sesuatu hotel.

Bilik kami Kontena B201..
Ok tak? Ada nampak macam kontena tak? Nampak macam hotel biasa je kan?
Ok, side lagi satu ni dah start nampak kontena sebab bilik kami merupakan bilik yang paling hujung
Dinding tandas adalah dinding kontena yang asal. Waktu mandi kalau ada orang berdiri di luar memang boleh dengarlah bunyi korang mandi. Macam mana saya tahu? Sebab masa Cik Lan mandi, kebetulan saya keluar bilik ambil air dari penapis air, so dengarlah Cik Lan bercakap sorang-sorang dalam bilik air. Haha

Tapi katil dan tilam memang selesa. Standard hotel biasalah..cuma ruang untuk bergerak tu agak terbatas sedikit. Walau bagaimanapun Hotel Kontena Muar ini agak sedikit luas berbanding Bustel di Melaka.
Kami memilih bilik yang dilengkapi dengan balkoni. So, bolehlah kalau nak ambil angin luar sambil tengok pemandangan Bandar Muar. Bilik yang ada balkoni kalau tak silap dikenakan ekstra charge.
Suasana Malam di Hotel Kontena Muar Johor
colourful....
Suatu pengalaman yang menarik dan lari dari kebiasaan menginap di hotel-hotel biasa. Hotel yang lain dari yang lain ini juga kadangkala kosnya sedikit rendah berbanding hotel biasa. Contohnya seperti hotel kontena ni, satu malam bayaran yang dikenakan adalah RM130.
Bagi saya, tahap keselesaan di Hotel Kontena Muar ini masih di paras yang memuaskan cuma anda perlu tahan telinga sedikit ketika hujan. Bunyi hujan yang jatuh di atas zink kontena itu sedikit merimaskan. Haha.
Diharapkan semoga pada waktu akan datang terdapat banyak lagi hotel unik dan pelik yang akan dibina di Malaysia supaya kami boleh cuba lagi dan cerita kepada anda! Selamat mencuba dan merasai pengalaman menarik menginap di Hotel Kontena Muar!