Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, March 9, 2016

Ghost Writer Malaysia| Proses Keseluruhan Servis Ghost Writer

Sepanjang saya melakukan servis Ghost Writer ni, ramai juga yang bertanya:
"Gaya tulisan macam mana ye?"

Soalan yang sukar untuk dijawab sebab saya tak boleh nak bagi contoh atau testimoni pelanggan sebab semua ni 'private and confidential'.

Kalau saya publish secara terang-terangan di blog atau reply pertanyaan melalui whatsapp:
 "Tuan cari buku ni di pasaran, buku tu saya sebenarnya yang tulis"-Kantoi la nanti kan..

Jadi, kebiasaannya kalau pelanggan betul-betul ingin tahu, saya akan bawa manuskrip/draf buku yang saya buat dan tunjukkan kepada bakal pelanggan. Tajuk buku pula saya tulis secara umum sahaja atau saya ubah sepenuhnya bagi menjaga privasi pelanggan yang sedia ada.

Ada juga yang bertanya, macam mana pula proses keseluruhan servis ghost writer ini dari awal hinggalah buku siap? Baiklah, akan saya perincikan dalam entri kali ini.

Proses Keseluruhan Servis Ghost Writer

Langkah 1: Sesi perbincangan awal
Pelanggan bertanya bagi mendapatkan maklumat mengenai harga dan tempoh masa untuk menyiapkan sesebuah buku. Kebiasaannya pelanggan akan "call" atau "whatsapp"
Langkah 2: Sesi perbincangan lanjut
Perbincangan kali ini lebih mendalam dan jelas tentang hala tuju buku tersebut seperti target pembaca, gaya bahasa yang ingin digunakan, plot cerita dan isi kandungan. Pertemuan perlu diaturkan bagi memudahkan sesi perbincangan.
Langkah 3: Draf isi kandungan dan penyediaan bahan
Pelanggan perlu menyediakan draf isi kandungan. Sila nyatakan dengan jelas bilangan topik/bab yang ingin dihasilkan beserta penerangan bagi setiap bab.
Pelanggan juga perlu menyediakan segala jenis bahan rujukan yang ingin digunakan sepanjang proses penulisan. Bahan rujukan termasuklah buku, e-book, laman web dan sebagainya.
Langkah 4: Bayaran Pendahuluan
Bayaran pendahuluan berupa separuh (50%) dari jumlah anggaran harga keseluruhan buku.
Langkah 5: Proses penulisan buku
Tempoh masa menulis bergantung kepada bilangan muka surat yang ingin dihasilkan.
Langkah 6: Bayaran akhir
Pelanggan perlu melunaskan bayaran akhir dalam tempoh 3 hari setelah buku disiapkan.

Saya rasa sekian dahulu entri kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada mereka di luar sana yang memerlukan servis dan bantuan dari ghost writer. Jika ada yang masih kabur mengenai servis ghost writer boleh baca penerangan lanjut DISINI-Servis Ghost Writer

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno