Sejarah Makam Mahsuri
Saya rasa ramai yang
telah tahu tentang sejarah Mahsuri. Jadi di sini saya ringkaskan sahaja cerita
di sebalik sejarah Mahsuri ya.
Mahsuri merupakan anak kepada
pasangan Pandak Maya dan Mak Andam yang dikhabarkan sangat cantik rupa paras
dan baik tingkah lakunya. Beliau telah berkahwin dengan Wan Derus dan telah
mengandung tetapi tanpa pengetahuan Wan Derus kerana ketika itu Wan Derus telah
keluar dari Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam.
Ketika pemergian Wan Derus, Mahsuri
menetap di rumah ibu bapanya. Ditakdirkan ketika itu, datang pula seorang penyair
(sesetengah sumber mengatakan peniaga) bernama Deramang dan dia menetap di rumah
Mahsuri atas belas kasihan ibu bapa Mahsuri. Setelah Mahsuri melahirkan
anaknya, fitnah tersebar luas dek perbuatan jahat Wan Mahora (kakak ipar
Mahsuri) yang mengatakan bahawa Mahsuri mempunyai hubungan sulit dengan Deramang
dan anak tersebut adalah anak mereka berdua.
Disebabkan itu, Mahsuri dan
Deramang dijatuhkan hukuman mati yang dijalankan di Padang Matsirat tanpa
menunggu kepulangan suaminya, Wan Derus. Pujukan dan rayuan ibu bapa Mahsuri
ketika itu tidak diendahkan sama sekali, maka terjatuhlah hukuman mati ke atas
mereka berdua. Sebelum itu, Mahsuri yang telah difitnah sempat bersumpah bahawa
dia tidak pernah menghalalkan darahnya jatuh ke bumi dan menyumpah Langkawi
menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Ibarat bumi
menerima sumpahan tersebut, darah Mahsuri yang mengalir berwarna putih.
Langkawi juga semenjak itu tidak pernah aman dari bala bencana seperti kegiatan
lanun dan jenayah yang teruk.
(Sumber: Wikipedia--ayat telah diolah ikut gaya sendiri)
Makam Mahsuri
Lokasi Makam Mahsuri
Kini, jika anda ingin melawat Makam Mahsuri, ianya terletak kira-kira
17 km dari Langkawi International Airport (lebih kurang 20 minit).
Alamat: Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka (17 km dari Pekan
Kuah)
Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang
Makam Mahsuri kini menjadi tumpuan utama pelancong ketika berkunjung ke Langkawi
Apa Yang Terdapat Di Makam Mahsuri?
Selain Makam Mahsuri itu sendiri, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh anda lihat di sini seperti rumah tradisional Kedah, Telaga Mahsuri dan pelbagai kuih-muih tradisional yang masih lagi panas.
1) Rumah Tradisional Kedah
Damia paling suka masuk dalam rumah ni
2) Telaga Mahsuri
Air dari telaga ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Ramai yang berkunjung ke sini akan membasuh muka dengan air dari telaga ini sebagai penyeri wajah. Tidak kurang juga yang datang berkerusi roda dan disapukan kepada kaki supaya cepat sembuh
Saya dan Damia pun cuci muka jugak. Seri wajah...hehe
Cik Lan pun turut sama mencuba. Damia repeat banyak kali cuci muka dia. Excited tak pernah tengok perigi agaknya..
3) Gerai Makanan Kuih Tradisional
Kuih Tradisional Kedah seperti Kuih Karas, Kuih Loyang dan Kuih Peneram turut dijual di sini
Kuih Peneram yang masih lagi "fresh" baru keluar dari kuali
Semoga info mengenai Makam Mahsuri ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang ingin berkunjung ke sini ya. Jumpa lagi di lain entri!
Semoga info mengenai Makam Mahsuri ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang ingin berkunjung ke sini ya. Jumpa lagi di lain entri!