Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, April 11, 2016

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang

Damia teringin sangat nak tengok gajah baru-baru ni, semuanya asbab penangan video Lin naik gajah yang Damia tengok kat Batu Pahat tempoh hari. Semalam sebelum bertolak Cik Lan tanya lagi sekali:

Cik Lan: Mia nak pergi tengok elephant ke nak pergi Zoo? Zoo ada macam-macam. Ada giraffe, ada tiger..
Damia: Tengok elephant
Cik Lan: Mia nak tengok gajah ke nak tengok burung? Kat tempat burung ada baaanyak burung..
Mia: Nak gajah

Dah beriya-iya sangat nak tengok gajah si Damia ni, so keputusannya pergi tengok gajah kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang. Day trip je kitaorang. Bertolak dari Shah Alam pukul 9 pagi, sampai Kuala Gandah dalam pukul 12.30 tengahari.


Lokasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan & Bayaran Masuk


Lokasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti di bawah:

 Pusat Konservasi Gajah
Kuala Gandah, Lanchang,
 28500 Lanchang, Pahang, Malaysia

Bayaran masuk adalah percuma tetapi pengunjung perlu mengisi borang terlebih dahulu bagi tujuan pendaftaran. Semasa mengisi borang pendaftaran, pengunjung boleh membuat sumbangan untuk tujuan pemeliharaan gajah.

Tips: Anda dinasihatkan supaya merancang jadual perjalanan ke sini kerana pertunjukan dan aktiviti bersama gajah hanya dilakukan pada jam 10.30 pagi dan 2.30 petang sahaja setiap hari.

Aktiviti Bersama Gajah

Ada pelbagai aktiviti bersama gajah seperti sesi memberi makanan, memandikan gajah dan pertunjukan dari gajah. Bagi aktiviti seperti memandikan gajah pula, bayaran ekstra dikenakan iaitu sebanyak RM 10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, juga anda perlu membayar RM50 untuk tour guide sepanjang aktiviti tersebut.


Aktiviti 1: Memberi makan gajah

Aktiviti yang patut anda cuba di sini ialah memberi makan kepada gajah. Ianya merupakan suatu sesi perkenalan terbaik untuk anda lebih mesra dengan haiwan ini. Makanan untuk gajah yang berupa tebu dan kacang kulit ada dijual dengan harga RM 3 bagi setiap ikat tebu dan pek kacang.

 Damia membeli makanan untuk si gajah. Excited betul dia!

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Sesi memberi makanan

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Damia mula-mula tu takut juga. Lepas tu bila dia dah berani, tak cukup dengan tebu, dia belikan pula si gajah tu kacang. Rezeki kau la gajah..Tapi memang seronok bagi gajah ni makan sebab dia friendly tapi cepat merajuk. Kalau kita acah-acah dia atau lambat nak letak makanan tu pada belalai dia akan undur dan pergi ke sudut lain. Lama sikit baru dia akan datang semula pada kita.

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Tak tahu cara nak bagi gajah makan? Senang je, masukkan makanan yang kecil seperti kacang ke dalam belalai gajah macam gambar kat atas ni. lepas tu, gajah akan sedut dan masukkan dalam mulut dia. Cayalah Cik lan, dapat snap moment ni..!

Kalau makanan tu besar pula, letakkan sahaja pada belalai gajah. Gajah akan belit makanan tu dan sumbat dalam mulut dia. Bising betul bunyi diaorang ni makan. Bunyi kacang lain, bunyi tebu lain. Apa tidaknya, makan dengan kulit-kulit! Confirm la bising kan? Haha
  


Aktiviti 2: Sesi Pertunjukan Si Gajah

Aktiviti yang dinanti-nantikan akhirnya sampai juga waktunya. Tepat jam 2 petang, pengunjung yang sedang aysik memberi makan kepada gajah diarahkan untuk berkumpul bagi menyaksikan pertunjukan gajah terlatih. Menurut penerangan yang diberikan sebelum pertunjukan bermula, terdapat 26 ekor gajah yang telah diselamatkan dan dijaga di Pusat Konservasi Gajah ini. 8 ekor daripadanya adalah anak gajah, manakala selebihnya adalah gajah dewasa.
Pengunjung yang telah berkumpul dan menantikan pertunjukan gajah

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Almaklumlah, berjalan pada musim panas yang melampau ni, maka masing-masing bermandi peluh termasuklah Si Damia. Dari pakai tudung sampai terpaksa buka tudung dia.

Pertunjukan dimulakan dengan sesi perarakan masuk gajah-gajah. Terdapat 6 ekor gajah yang terlibat dengan pertunjukan dan setiap ekor gajah mempunyai pelatih masing-masing yang menunggang di atas mereka.

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Kemudian, juru acara memperkenalkan seekor demi seekor gajah-gajah ini beserta nama dan umur mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap gajah mempunyai nama mereka yang tersendiri dan kebanyakan nama ini diberi berdasarkan sejarah mereka. Contohnya, ada seekor gajah yang bernama Siput kerana mengambil nama sempena tempat gajah tersebut diselamatkan iaitu Sungai Siput, Perak. Kalau tak silap saya, Siput ni baru berusia 11 tahun.

Selain Siput, ada juga gajah yang bernama Siti. Siti merupakan gajah pembuat kerja (working elephant). Gajah pembuat kerja ni membantu ketika aktiviti menyelamatkan gajah-gajah yang lain. mereka bekerja dengan menarik rantai besi. Selain Siti, ada lagi seekor gajah pembuat kerja tapi saya tak ingat nama dia.

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Sewaktu pertunjukan juga, pengunjung ditunjukkan dengan cara-cara pelatih menaiki gajah tersebut. Terdapat 3 cara untuk menaiki gajah iaitu menggunakan kaki gajah, belalai gajah dan ketika gajah berbaring. Salah seekor dari gajah tersebut juga menunjukkan cara mereka tidur. Kesemua gajah ini sangat jinak dan mendengar arahan pelatih mereka.

Selain itu, terdapat juga seekor gajah yang paling kuat ingatan dan memahami arahan antara kesemua gajah yang lain. Maka, gajah yang kuat ingatan ini telah ditugaskan untuk masuk ke dalam hutan dan berinteraksi/memujuk gajah-gajah liar yang lain pada situasi-situasi tertentu.

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Selepas tamat pertunjukan, pengunjung sekali lagi berpeluang memberi makan kepada gajah-gajah ini. Kali ini, makanan untuk haiwan bersaiz besar ini adalah buah betik.

 
Ramai betul pengunjung waktu ni, almaklumlah hari Ahad

Aktiviti 3: Sesi Sang Gajah Bermandi Selepas Pertunjukan

Selepas selesai memberi makan betik, gajah-gajah ini diarahkan untuk mandi di sungai. Menurut tour guide kami, gajah memang suka mandi dan setiap 2 jam petugas perlu menyiram air ke badan mereka. Mereka menyiram air bukan hanya kerana gajah suka akan air dan mandi tetapi kerana gajah akan mudah dijangkiti penyakit jika kekurangan air.

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Para pelatih memandikan gajah masing-masing

Seronok betul Si Gajah ni main air dan berendam

Aktiviti 4: Sesi Pemberian Susu Kepada Anak Gajah

Ketika gajah dewasa seronok berendam dalam sungai, si anak pula diberikan susu. Botol susu anak gajah ni boleh memuatkan sehingga 2.5 liter air susu. Susunya pula diperbuat dari campuran susu tepung jenama X (tak begitu jelas jenama apa), dicampur dengan gula perang dan dibancuh bersama air yang telah dimasak. Kelas ko jah, susu anak gajah ni! Haha


Aktiviti 5: Sesi Memandikan Anak Gajah

Ini adalah sesi dan pertunjukan gajah yang terakhir dimana pengunjung yang telah membuat bayaran ekstra untuk memandikan anak gajah akan turun bersama-sama ke dalam sungai dan memandikan anak gajah tersebut di bawah pengawasan pelatih yang bertauliah.
Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Cara memandikan gajah: Mula-mula ambil tanah dalam sungai dan letak atas badan gajah

Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Lepas tu, gosok badan gajah menggunakan tanah tadi ala-ala skrub gitu. Lepas tu simbah dengan air. Siap!
Basah lencun baju. Nampak tak muka Damia tersenyum puas hati? Haha. nak sangat tengok gajah


Tempat Menarik di Pahang|Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang
Foto Kenangan Mandi Bersama Anak Gajah

Betul-betul suatu pengalaman yang menyeronokkan dan takkan dilupakan sampai bila-bila. Bagi ibu bapa yang tak tahu nak bawa family dan anak-anak pergi mana, bolehlah bawa mereka ke salah satu tempat menarik di Pahang ini, juga menjadi tarikan pelancong iaitu Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno