Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 28, 2016

Tempat Menarik Di Perak| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak

Pengalaman menyaksikan proses penghasilan labu sayong secara "live" benar-benar mengujakan saya. Sudah agak lama saya berhajat untuk ke sini, namun baru kali ini berkesempatan melawat tempat penghasilan seni kraf tangan yang menjadi lambang warisan tradisional negeri Perak.

Proses pembuatan labu sayong sememangnya memerlukan kemahiran tinggi dan halus. Kemahiran ini kebiasaannya diwarisi secara turun temurun dari ahli keluarga masing-masing. 


Lokasi Tempat Penghasilan Labu Sayong


Tempat penghasilan labu sayong di negeri Perak terdapat dengan banyaknya di Kuala Kangsar. Kebanyakan lokasi penghasilan labu sayong ini bertempat di rumah pengusaha labu sayong itu sendiri. Berikut adalah dua lokasi utama yang boleh anda kunjungi:

1) Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas

2) Kampung Pauh Sayong Hulu, Mukim Sayong

**Bagi memudahkan pencarian, guna aplikasi Waze sahaja. Anda cari Sayong, Perak. Klik link ini untuk ke laman web Waze--> https://www.waze.com

Waktu operasi:

Sejujurnya saya tidak begitu pasti tentang waktu operasi tempat penghasilan labu sayong ini. Tetapi disebabkan mereka mengusahakan perniagaan membuat labu sayong ini di rumah, bagi saya anda bebas untuk berkunjung pada bila-bila waktu yang dirasakan sesuai untuk berkunjung ke rumah seseorang.

Anda faham maksud saya? Biasanya kalau berkunjung ke rumah seseorang, kita tidak akan datang seawal jam 8 pagi bukan? Pada fikiran saya jam 10 pagi ke atas adalah waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini.

Waktu tamat operasi pula saya agak pasti kerana kunjungan kami tempoh hari adalah sehingga jam 6 petang dimana pada waktu itu kebanyakan pengusaha telah pun menutup kedai mereka. Kami sampai kira-kira jam 4 petang, jadi sempat juga berkunjung ke tiga buah kedai.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Kami memilih untuk menyaksikan proses membuat labu sayong di Kampung Pauh kerana Cik Lan telah beberapa kali berkunjung ke sini. Tambahan pula, jarak antara satu pengusaha dengan pengusaha labu sayong yang lain hanyalah beberapa meter sahaja. Jadi, senanglah untuk pengunjung membuat perbandingan harga dan kekemasan labu sayong sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Di sepanjang jalan di Kampung Pauh ini, terdapat banyak pengusaha labu sayong. Ada pengusaha yang sangat ramah dan menerangkan dengan jelas tentang ciri-ciri labu sayong yang baik dan menunjukkan cara menghasilkannya. Namun ada juga yang bersikap acuh tidak acuh sahaja dengan anda. Jadi, jarak yang berdekatan antara mereka membolehkan anda untuk bebas memilih kedai yang anda sukai.

P/s: Ada kedai yang terletak berdekatan sehingga anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Namun ada juga yang memerlukan anda menaiki kenderaan. Tetapi yang pastinya, kesemua pengusaha ini terletak di dalam satu kampung yang sama.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Kami sempat berkunjung ke beberapa buah tempat yang berbeza. 

Pagar sekolah di dalam kampung ini turut dihiasi labu sayong di setiap tiang pagar. Menarik, bukan?

Tempat Membuat @ Pengusaha Labu Sayong di Kampung Pauh, Mukim Sayong Kuala Kangsar

(Nota: Kesilapan paling besar saya ketika ini adalah tidak mengambil nama perniagaan atau kedai mereka. Jadi saya tidak dapat berkongsi dengan anda secara tepat tentang tempat kami berkunjung tempoh hari. Harap maaf)

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 1 


Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Ini adalah tempat pertama yang kami kunjungi di Kampung Pauh untuk menyaksikan cara labu sayong dihasilkan. Teliti benar Damia memerhati.

Anda boleh juga lihat video ini di Youtube mengenai penghasilan labu sayong

Kedai ini juga merupakan antara kedai membuat labu sayong yang terbesar di kampung ini. Anda mempunyai banyak pilihan dengan harga yang sangat murah berbanding tempat lain.

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Geram betul tengok labu sayong ni!!

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Damia pun sibuk mencuba bekas air yang diperbuat dari tanah liat ini


Membeli beberapa biji labu sayong sebagai pemberian kepada ahli keluarga

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 2 

Tempat Menarik Di Perak Malaysia| Labu Sayong Kuala Kangsar Perak
Ini pula adalah tempat kedua yang kami kunjungi di sini. Kali ini, pengusaha lebih menumpukan kepada pasaran borong seperti tempahan majlis perkahwinan. Mereka tidak mempunyai stok untuk dijual secara runcit. 

Jika ada yang menempah, baharulah labu sayong akan dibuat mengikut jumlah permintaan. Disebabkan pembelian adalah secara borong, maka harga yang ditawarkan juga adalah tersangat rendah.

Pengusaha menunjukkan tanah dan acuan yang digunakan untuk membuat labu sayong

Sambil rancak berbual, tangannya turut ligat mengukir labu sayong kecil yang sedang disiapkan untuk tempahan majlis perkahwinan.

Tempat Penghasilan Labu Sayong No 3 


Kali ketiga, kami masuk ke sebuah kedai yang di luarnya bersusun beberapa buah kereta. Di suatu sudut di dalam kedai pula, terlihat sekumpulan pengunjung asyik melihat labu sayong diukir sambil mendengar penerangan dari pihak pengusaha.

Kedai ini juga mempunyai pelbagai pilihan labu sayong pelbagai kegunaan seperti dijadikan lampu, perhiasan rumah dan tempat menyimpan air

Halus sungguh hasil tangan mereka

Jika anda ingin mendapat gambaran yang jelas lagi mengenai labu sayong di Perak, boleh rujuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Blog tulisan Sobri Yaacob juga menjelaskan perihal labu sayong dengan terperinci.

Ini pula labu sayong yang kami beli dan dijadikan tempat menyimpan air.
Dingin betul air dari labu sayong.

Sekian sahaja kisah lawatan sambil belajar keluarga kecil kami. Satu lagi pendedahan baru buat Damia dan mamanya juga.

**********************************************************************************
Anda ingin bermalam di Perak? Sambil berpeluang menyaksikan pembuatan labu sayong, anda juga boleh melawat tempat menarik lain di negeri ini. Mencari hotel bukan lagi suatu perkara yang sukar kini dengan pelbagai kecanggihan teknologi. 

Anda ingin menempah hotel? Saya cadangkan anda ke laman HotelsCombined. Di situ, anda boleh membuat perbandingan harga terbaik bagi setiap hotel.

Ya, hanya pada satu website sahaja anda boleh membuat perbandingan harga hotel dan menempahnya dengan harga terbaik.

“Ingin menempah hotel? Banding tawaran hotel terbaik di HotelsCombined
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno