Kalau korang perasan, dua tiga hari ni post saya pendek-pendek je. Asyik join giveaway memanjang. Sebenarnya bukan apa, tak sempat nak tulis panjang-panjang dan update tentang review tempat makan & travel best. Ada satu lagi projek ghost writer saya dapat minggu lepas, berkisar tentang motivasi perniagaan. Client saya kali ini pun bukan calang-calang orangnya, seorang CEO sebuah syarikat yang sedang hebat membina nama di Malaysia.
Saya takkan reveal lebih-lebih, just to update yang "saya tak sempat tulis tentang review tempat makan & travel best" buat masa ni. Ada kesempatan, saya curi-curi masa untuk update blog ye..
Sebelum terlupa, bagi yang beragama Islam, selamat menyambut hari raya puasa!