Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, July 13, 2016

Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor

Kami menggunakan bantuan Mr Google ketika ke Kukup, Pontian beberapa hari sebelum Ramadhan tempoh hari untuk mencari tempat makan seafood best di Kukup Pontian. Nampaknya, tidak banyak blog atau maklumat yang "updated" mengenai seafood di Kukup.

Rata-rata yang muncul di muka surat pertama Google ialah blog tahun 2011, 2013, nak percaya sangat pun tak boleh juga sebab tak update kan. So, kitaorang buat keputusan untuk cuba masakan di Restoran Mandella. Adik saya pernah makan kat sini tahun 2012, dia cakap sedap. Cuba jelah..

Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor

Lokasi Restoran Mandella Seafood

Untuk pengetahuan semua, Restoran Mandella bukanlah restoran yang menyajikan seafood sebagai menu utama, jadi lokasinya bukanlah terletak di tepi pantai. Kebiasaannya, restoran yang menyajikan seafood sebagai makanan utama akan membenarkan pengunjung memilih jenis ikan, sotong dan udang mereka sendiri seperti di Ana Ikan Bakar Petai dan Seafood Sabah.

Restoran Mandella tidak kurang hanyalah sebuah restoran yang menyediakan masakan panas ala Thai tetapi mereka sangat pakar menyediakan masakan berasaskan udang. Memang sedap sangat!

Alamat Restoran Mandella:

No 47, Kampung Permas Kelapa,
Pontian Johor

Awal-awal lagi saya ingatkan anda, mencari jalan ke Mandella Seafood tidaklah begitu senang kerana ianya terletak di dalam kawasan kampung dan anda perlu melalui kawasan kelapa sawit.

Pandu Arah: Jika anda tidak biasa dengan kawasan ini, cari jalan menghala ke Kukup. Apabila sampai di kawasan Penerok, terus lagi. Pastikan anda jumpa Kukup Golf Resort (di sebelah kanan). Terus lagi, dalam 5 km akan ada simpang, belok kiri. Masuk simpang tersebut dan ikut sahaja signboard Mandella.


Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor

Waktu Urusniaga:

4.00 petang sehingga 12 malam (setiap hari)
Khamis- Tutup

***Jika anda masih tidak dapat menemukan Restoran Mandella, boleh hubungi 012-7695017 atau 07-6969516. Anda juga boleh hubungi mereka untuk sebarang tempahan awal.

Makanan di Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Kukup Pontian


Terdapat pelbagai makanan panas dijual di sini. Ada ayam, ikan, udang dan sotong. Minta sahaja masakan jenis apa, semuanya ada.

Waktu tu kitaorang order tomyam campur, kailan ikan masin, siakap tiga rasa dan udang sambal. Memang Mandella tak kedekut udang. Dalam sayur pun ada udang. Besar-besar pulak tu.


~ Tom Yam Campur ~

~ Kailan Ikan Masin ~
~ Siakap Tiga Rasa ~ 
Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor
~ Udang Sambal ~
Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor

Tempat Makan Seafood Best Kukup| Restoran Mandella Tom Yam Sea Food Pontian Johor
Walaupun tak dapat makan di restoran seafood yang sebenar tapi kami sangat-sangat puas hati dengan masakan di Restoran Mandella. Rasa masakan yang sedap, portion makanan yang banyak dan harga yang sangat berpatutan. 

Korang teka berapa harga keseluruhan makanan yang kitaorang makan?

Cuma RM 117 sahaja termasuk pelbagai jenis air jus buah yang kitaorang order. Memang puas hati sangat. Walaupun ada beberapa blog mengatakan bahawa Restoran Mandella tidak sesedap dahulu, bagi saya masih lagi sedap. Sangat-sangat berbaloi. Tidak rugi mencuba terutamanya Udang Sambal. Mandella masih lagi terbaik!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno