Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, July 20, 2016

Tempat Makan Best Johor| Satay Maharani Muar| R & H Cafe

Sekali lagi entri berkisar tentang sate tetapi sate kali ini sedikit istimewa kerana Sultan Johor  pernah singgah untuk makan di sini. Restoran yang dimaksudkan ialah R & H Cafe Satay Maharani Muar, Johor

Lokasi R & H Cafe Satay Maharani Muar

Tidak susah mencari jalan ke restoran ini. Ianya terletak betul-betul di hadapan Terminal Hentian Bas Muar. Terminal di sebelah kanan, restoran pula di sebelah kiri jalan. Jika anda turun bas, maka perlulah melintas jalan.

 Hati-hati, kenderaan agak sibuk di waktu pagi dan tengahari.

Ini dia pintu masuk R & H Cafe Satay Maharani

Alamat Lokasi: 130-2 bangunan Mara, Jalan Maharani Muar

Waktu Operasi: Sarapan pagi sehingga makanan habis.

 Saya pernah datang pukul 12 tengahari, sudah tiada makanan dan pekerja sibuk mengemas restoran. Jadi, sila rancang perjalanan anda, jika betul-betul ingin makan di sini.

Suasana di R & H Cafe Satay Maharani Muar

Menu utama di restoran ini adalah Satay Maharani dengan rempah istimewa turun temurun. Di bahagian hadapan kedai, pekerja bertungkus lumus membakar sate sepantas mungkin. 

Restoran ini memang sentiasa penuh dengan orang ramai. Fenemona orang berdiri menunggu di sebelah meja anda makan itu biasa sahaja kelihatan.

Alhamdulillah rezeki kami waktu itu, tidak perlu menunggu lama.

Ini pula ialah bahagian belakang restoran ini yang berkonsepkan taman. Meja makan turut disediakan di kawasan ini bagi menampung bilangan pengunjung yang terlalu ramai.

Dinding kedai ini dipenuhi dengan gambar-gambar artis dan orang kenamaan yang pernah makan di sini, tidak terkecuali ialah gambar Sultan Johor

Kredit gambar dari blog explorasa.my dan johorkaki.blogspot.com

Menu Pilihan Kami di R & H Cafe Satay Maharani Muar

Tidak lengkap rasanya jika datang ke sini tetapi tidak mencuba sate istimewa mereka. Sejujurnya, rasanya tidaklah sehebat yang dibayangkan. Mungkin sebab saya pernah makan sate yang lebih sedap dari Satay Maharani Muar. 

Jika anda ingin makan sate yang sedap, boleh cuba di Satay Ayang Pantai, SerembanSatay Station Shah Alam dan Satay Tulang Senawang

 ~ Set Sate Maharani : Sate Ayam, Sate Lembu dan Sate Perut ~

 ~ Mee Rebus ~

 ~ Lontong ~

 ~ Tauhu Bakar ~

 ~ Roti Bakar Adik Manja ~

Pilihan makanan untuk sarapan pagi memang banyak  terdapat di Satay Maharani Muar, usah risau. Hanya sahaja anda perlu cepat untuk mendapatkan tempat duduk dan menikmati makanan di R & H Cafe Satay Maharani Muar sepuas-puasnya.

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno